Nikmat Sihat

Adik alam dengan Muhammad lah batuk laginya, tapi tak lah teruk sangat.


Assalamualaikum semua.. Korang semua apa khabar? Moga Allah memberi nikmat kesihatan pada korang semua untuk terus beribadah.. Ibu sekeluarga alhamdulillah hampir pulih dari jangkitan virus pada awal ramdhan hari tu.. Hampir 3minggu jugaklah menahan sakit seluruh badan dengan batuk dan sebagainya. Tinggal adik alam dengan muhammad jer lagi batuk sikit-sikit tapi aktif macam biasa dah. Anak-anak semua pun nampak dah selera sikit makan. Syukur sangat-sangat.

Nikmat sihat ni adalah anugerah yang paling besar sebenarnya. Bila kita sakit, boleh kata semua benda tak boleh buat terutama ibadah pun terbengkalai. Itu yang kita tak nak. Tapi kena juga beringat sakit tu juga adalah anugerah dan kasih sayang dari Allah. Bila kita sabar menjalani ujian sakit, insyaallah diampunkan dosa-dosa kita terhadapnya. 

Dalam keadaan sakit, banyak benda yang kita boleh belajar supaya diri kita lebih dekat kepada Allah. Ibu sekeluarga sakit hari tu pun, banyak benda yang dipelajari dan peringatan untuk kami sekeluarga. Time sakitlah sebenarnya kita boleh mencari siapa diri kita yang sebenar dan apa silap kita selama ni (bagi yang cuba mengingati allah lah). Ada jer sesetengah orang, bila sakit salahkan tuhan dan berkata Allah tak sayangkan dia dan sebagainya. 

Kat situlah peranan iman di hati. Dari sudut mana kita lihat bila kita dalam keaadan susah. Apa yang pasti Allah sentiasa jer ada time susah ataupun senang kerana semuanya datang darinya jua. Lagi banyak kita ingat padanya lagi Allah kasih pada kita. Ujian tetap akan datang dan pergi pada semua hambanya sama ada kecil atau besar mengikut apa yang Allah telah tetapkan untuk setiap individu. Kasih sayangnya terletak di situ bagi yang memahaminya. 

Kita tengok sikit firman Allah..

SETIAP ujian daripada Allah SWT adalah untuk memperakukan iman yang yang benar. Allah SWT berfirman: "Patutkah manusia menyangka mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: 'Kami beriman', sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" Surah al-Ankabut ayat 2

Oleh itu, setiap ujian atau musibah yang berlaku dalam hidup kita seumpama suntikan vaksin ke dalam tubuh kita. Hendaklah kita menerimanya sebagai pelindung kepada iman kita sebagaimana vaksin melindungi diri daripada penyakit. Oleh itu, sesiapa yang bersabar atas ujian Allah SWT bermakna dia seolah-olah menyuntik vaksin iman dalam dirinya untuk menetapkan keimanan dan meningkatkan tahap ketakwaan kepada Allah SWT.

Allah SWT berfirman: "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar:" Surah al-Baqarah ayat 155

Sebagaimana juga firman Allah SWT: "Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami mengenai adanya orang berjuang daripada kalangan kamu dan orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita tentang keadaan kamu." Surah Muhammad ayat 31


BAIK ATAU BURUK SESUATU PERKARA SEMUANYA DATANG DARI ALLAH JUA.. HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI APA YANG TERBAIK UNTUK KITA..

0 Ulasan