Demam Dan Batuk Datang Terjah


Assalamualaikum semua kawan-kawan yang ibu rindui.. Ibu bukan sengaja senyapkan diri tapi kitorang sekeluarga terkena demam batuk dan selesema. Sekarang ni pun ibu sendiri sedang batuk kuat, tapi ibu gagahkan jua diri untuk memberitahu pada korang semua pasal keaadan semasa keluarga ibu. 

Terseksa jiwa raga bila mendengar rintihan dan tangisan anak2. Bergilir-gilir kitorang jaga sesama sendiri, mana yang larat sikit dialah yang tolong handle apa2 yang patut. Nak kata tak makan ubat, dah makan.. Tak tahu kenapa semakin berjangkit dan semakin teruk. Semua badan anak2 jadi lemah. Ada yang sakit belakang, ada yang sakit mulut dan sebagainya.

Part yang paling teruk dalam rumah ni adalah BATUK.  Bukan batuk biasa2 tau korang, sekali batuk bagai tercucuk duri di sudut hati. Sampai rasa tak boleh nak bernafas gituu. Bila dah selesai jer buat sesuatu kerja ataupun bergerak, terus tercungap-cungap dibuatnya.

Tak boleh lupa time mula2 ibu kena, dia start dengan lenguh-lenguh badan, sakit bahagian peha dan betis. Lepas tu akan rasa mual, pening dan pitam. Ibu terus jer tidur time tu, anak2 yang masih sihat tolong jagakan adik2 yang kecik. Time tu just adik ngan nono jer yang betul-betul lesu. 

Bila bangun jer dari tidur, pening kepala tu tak boleh nak bincang lah, boleh bawak pengsan lah jawabnya. Tapi apakan daya, diri ini bergelar seorang ibu, jadinya kena gagahkan diri untuk anak2. Kena bangun dan kuatkan diri untuk selesaikan apa yang penting2. Yerlah kan, main tengah puasa.

Itulah jerlah kot yang ibu nak share kat korang semua dulu sebab ibu dah rasa letih sangat ni.. So, ibu mintak maaf sangat-sangat untuk buat masa terdekat ini, ibu tak dapat nak fokuskan pada blog ibu.. insyaallah bila semua orang dah sihat walafiat, ibu teruskan macam biasa.. Nanti ibu payung lah satu dua resepi tu..

0 Ulasan