Bilakah Berlakunya Malam Lailatul Qadar?


Lailatul qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil di bulan Ramadan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Carilah Lailatulqadar pada sepuluh akhir bulan Ramadan dalam malam ganjil.”

Diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah R.Anha bahawa Rasulullah SAW apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadan, Baginda menghidupkan malam tersebut dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya.

Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan yang bermaksud:

Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadan malebihi usahanya daripada malam-malam lain.” 

Terdapat banyak pendapat tentang bila berlakunya lailatul qadar, antaranya adalah:

1. Berlaku Pada 27 Ramadan

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam 27 Ramadan. Hujah mereka amat banyak, antaranya:

  • Mengikut Abu Ka’ab katanya: “Demi Allah sesungguhnya Ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatulqadar jatuh dalam bulan Ramadan, manakala Lailatulqadar pula jatuh pada malam ke-27. Akan tetapi, dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya.”
  • Daripada riwayat Muawiyah yang bermaksud: “Bahawa Nabi SAW telah bersabda bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam ke-27.”
  • Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir (hia) yang kembalinya kepada Lailatulqadar.
  • Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibn Umar R.Anhuma yang bermaksud: “Sesiapa yang mencari Lailatulqadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu Lailatulqadar pada malam yang ke-27.”

2. Berlaku Pada 23 Ramadan

Inilah pendapat Imam Syafie. Inilah juga pendapat Malik, Ibn Khuzaimah, Abu Awanah dan al-tahawi. Ia berdasarkan hadis riwayat Abdullah bin Unais bahawa Rasulullah SAW bersabda: Carilah malam Qadar pada malam 23 Ramadan.”

3. Berlaku Pada 21 Ramadan

Inilah juga pendapat yang dipilih oleh Imam Shafie. Dia berdalilkan pada riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi daripada Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tuntutlah malam 17,21 dan 23 Ramadan.”

4. Berlaku Pada 24 Ramadan

Ini berdasarkan hadis Ibnu Abbas bahawa Baginda SAW bersabda: Carilah malam Lailatulqadar pada malam 24 Ramadan.” — Riwayat Muhammad bin Nasr Ahmad daripada Bilal dan al-Tayalisi.

5. Berlaku Pada Malam Terakhir Ramadan

Hal ini berdasarkan hadis Muawiyah RA bahawa Nabi SAW bersabda: Carilah malam Qadar pada akhir malam Ramadan.” — Riwayat Ibn Nasr.

Tanda-Tanda Lailatul Qadar

Apakah alamat atau tanda-tanda berlakunya lailatul qadar?

Sebahagian para ulama telah menyebut dalam kitab masing-masing berkenaan dengan sebahagian tanda dan alamat yang mungkin dapat dilihat oleh “sebahagian” hamba Allah yang diizinkanNya. Ini kerana, banyak hadis dan pengkhabaran orang soleh serta riwayat mereka yang telah membincangkan alamat tersebut, antaranya:

1. Muncul pada 10malam terakhir

Kebiasannya ia akan berlaku pada malam tarikh genap tapi tak mustahil juga untuk berlaku pada malam lain kerana yang penting ia akan muncul jua pada 10malam terakhir.

2. Malam tersebut terang dan nyaman dan tidak panas pada paginya.

Ubadah Bin Somit R.A berkata secara marfu’:  Sesungguhnya malam tersebut bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam tersebut dan tidak terlalu panas dan tiadalah tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya hingga ke waktu pagi. Dan daripada tandanya bahawa matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut.  Lihat Umdah al-Qari 11/134.

2. Matahari terbit tidak terang dan tidak panas

Daripada Ubay Bin Kaab R.A menyatakan daripada Nabi SAW, sabdanya yang bermaksud: Sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak mempunyai cahaya dan kepanasan.”

Mengikut riwayat daripada ucapan Ibnu Mas'ud berkata:  Sesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam qadar.”  — Lihat Umdah al-Qari 11/134.

3. Rasa khusyuk ketika beribadah

Dikatakan malam itu jadi sunyi sepi, tiada gangguan bising dari orang sekeliling, rasa nyaman, rasa hati tenteram. bila lihat di luar akan rasa malam yang paling nyaman, air pun terasa sejuk, pokok-pokok seperti tunduk sujud kepada yang Maha Esa, dam jika beribadah terasa dekat dengan Allah.

4. Bulan akan muncul dan nampak separuh

5. Tidak turun hujan walaupun dalam musim hujan

oleh itu jom kita perbanyakkan ibadah pada 10malam terakhir ramadhan






0 Ulasan