Subhanallah... Alhamdulillah.. Allahuakbar.. Bulan Ramadhan bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Tinggal 6hari jer lagi korang.. Satu bulan yang amatlah dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam di seluruh dunia. Bagaimanakah persediaan korang semua untuk menyambut ketibaannya?
Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Oleh itu kedatangannya memang amat bermakna dan amatlah teristimewa.. Apa yang telah kita ketahui bahawa bulan Ramadhan adalah sebaik-baik bulan. Disitulah turunnya ayat suci Al-Quran. Selain itu, Ramadhan juga menjadi waktu yang sangat spesial bagi umat Islam untuk memperbanyakkan ibadah dan memperkuatkan hubungan dengan Allah SWT.
Untuk menyambut bulan yang mulia ini dan juga menunaikan ibadah puasa dengan sepenuhnya, sudah sewajarnya kita memerlukan persiapan yang rapi. Jom ibu kongsikan pada korang semua sedikit sebanyak persediaan untuk menyambut ketibaan Ramadhan...
1. Persediaan Iman
Persediaan yang paling asas untuk Ramadhan adalah persediaan untuk iman. Persediaan dalam iman boleh dilakukan dengan mula mengamalkan kawalan tabiat buruk harian. Ini boleh dilakukan dengan cara yang mudah seperti memastikan Solat cukup lima waktu jika selama ini pernah meninggalkan solat. Perbanyakkan belajar tentang mengenal Allah supaya bila tibanya Ramadhan kita beribadah dalam keadaan dengan penuh khusyuk
2. Belajar membaca Al-Quran
Belajarlah membaca Al-Quran jika sekiranya selama ini kita lalai untuk membacanya disebabkan lemah dalam pembacaan, inilah waktunya untuk korang belajar supaya bila tibanya Ramadhan kita boleh membaca Al-Quran dengan sempurna.
3. Pengurusan waktu
Uruskan susunan jadual kerja dengan lebih teratur supaya waktu untuk beribadah tidak terganggu bila tibanya Ramadhan, Settlekan semua kerja sebelum Ramadhan tiba supaya tidak mengganggu fikiran untuk fokus kepada ibadah kita nanti.
4. Buang tabiat buruk
Cuba untuk belajar membuang tabiat buruk harian kita selama ini. Jika sekiranya setiap hari kita suka mengumpat, mengeji, menghina orang dan sebagainya, cuba belajar buangkannya dari sekarang supaya bila tibanya Ramadhan kita berada dalam keadaan yang suci bersih jiwa dan raga.
5. Menjaga kesihatan
Menjaga kesihatan fizikal dan mental amatlah penting untuk memastikan tubuh badan kita kekal sihat sepanjang kita berpuasa nanti. Ramadhan adalah waktu untuk berpuasa seharian penuh, oleh kerana itu, kesihatan fizikal dan mental harus dijaga agar dapat menjalankan ibadah dengan baik. Pastikan bekalan ubat dan vitamin, bekalan peti kecemasan, dan bekalan air minum bersih yang cukup. Amalkan senaman ringan untuk lebih bertenaga sepanjang Ramadhan nanti.
6. Menjaga kebersihan
Kumpulkan semua ahli keluarga dan ajaklah untuk bergotong royong bersihkan rumah dan halaman rumah supaya kelihatan lebih bersih dan tenang. Apabila keadaan bersih dan tenang, insyaallah kita semua dapat menjalani ibadah puasa dalam keadaan tenang dan khusyuk.
7. Mempersiapkan stok makanan
Persiapankan semua stok2 makanan kering atau basah untuk mengelakkan kita kelam kabut saat Ramadhan tiba. Persiapankan juga makanan yang berkhasiat agar tidak kekurangan energy selama berpuasa. Perbanyakkan makan sayur dan buah-buahan supaya badan kekal sihat sebelum dan sepanjang Ramadhan berlalu..
8. Meningkatkan kebaikan
Ramadhan adalah waktu yang tepat untuk memperbanyakkan kebaikan, seperti bersedekah dan membantu sesama manusia. Sebelum Ramadhan tiba, latihlah diri kita agar dapat meningkatkan kebaikan untuk menjadi lebih baik lagi di bulan suci tersebut. Persiapkan duit untuk bersedekah jika mampu. Jika tidak mampu, persiapkan tenaga untuk menolong jemaah masjid membahagikan juadah berbuka.
Dengan bersiap menyambut kedatangan Ramadhan, kita dapat menjalani bulan suci tersebut dengan lebih baik dan memperoleh manfaat yang lebih besar dari ibadah yang dilakukan. Semoga ibadah kita semua diterima oleh Allah SWT..
0 Ulasan