Esok Dah Puasa !!!

Teringat time kecik2 dulu bila dengar pengumuman puasa dan raya.. 😊

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Korang semua sihat? Alhamdulillah kalau yang sihat tu, mana yang sakit tu jangan susah hati, ingatlah tu tanda Allah sayang kita. Jika kita sabar dan redha insyallah makin sayang Allah pada kita. Sentiasa bersyukur tatkala sihat ataupun sakit.

Pagi ni korang masak apa? Esok dah nak puasa kita ni.. Macam mana persiapan korang? Cer komen sikit apa plan korang.. Ibu dengan anak2 rancang nak buat aktiviti kejutkan kawan2 ibu dan kawan2 diorang qiamullail nak2 lagi 10malam terakhir. Jika niat kita betul, insyaallah kita akan bertemu malam lailatul qadar, siapa tahu kan..

Dulu ibu pernah buat siap ada group lagi. Ramai yang join, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Harap tahun ni Allah merahmati lah apa yang di hajati. 

Sebenarnya pagi ni ibu nak share dengan korang tazkirah dari ustaz Wan untuk persiapan Ramadhan kali ni. Klik jer kat link bawah ni..

https://www.youtube.com/live/QywkxFSUQ_0?feature=share 

Nanti pakat2 tengok dan ambillah segala yang baik untuk sama2 kita amalkan.. 👍

0 Ulasan