Kek adalah antara kegemaran orang ramai terutamanya apabila menyambut birthday, anniversary, hari perpisahan, hari raya, pelbagai jenis jamuan dan sebagainya.
Selain itu kek juga boleh dijadikan sebagai hobi di masa lapang dan boleh di makan bersama ahli keluarga untuk meluangkan masa bersama-sama.
Bahan-bahan yang umum digunakan untuk membuat kek adalah:
1. Tepung
Tepung adalah bahan utama dalam membuat sebarang jenis kek 🍰. Terdapat beberapa jenis tepung yang perlu korang tahu sebelum membuat kek kerana beberapa tepung mempunyai fungsi yang tersendiri.
- Tepung gandum
- Tepung penaik
- Tepung kek
2. Gula pasir
Gula berfungsi memberikan rasa manis dan melembutkan adunan. Ada sesetengah kek yang mempunyai kandungan gula yang tinggi agar menjadi pengawet semulajadi supaya kek tahan lebih lama contohnya kek buah. Dalam kek mentega, gula dicampur dengan mentega dan dipukul hingga kembang dan gebu. Gula ini membantu lemak memerangkap sel-sel udara yang penting untuk menaikkan adunan kek nanti. Dalam kek yang menggunakan kaedah membuih (foaming method) seperti membuat kek span, gula membantu menstabilkan buih-buih telur supaya mudah digaul dengan bahan-bahan lain seperti tepung gandum.
4. Mentega atau margarin
Mentega juga adalah bahan mentah yang penting dalam membuat kek. Ada dua jenis mentega dalam membuat kek iaitu:-
- Mentega tanpa garam @ unsalted butter
- Mentega garam @ salted butter
5. Baking powder
Baking powder atau serbuk penaik mengandungi gabungan antara 2 bahan iaitu serbuk baking soda dan sejenis campuran ejen berasid. Ianya akan terus bertindaklas menghasilkan gas karbon dioksida apabila bercampur dengan adunan yang mengandungi cecair. Kebanyakan resipi menggunakan baking powder kerana rasanya lebih neutral berbanding baking soda serta tidak perlu lagi bergantung kepada bahan asid tambahan lain sebagai ajen pengaktif.
Ada 2 jenis baking powder yang terdapat di pasaran iaitu:-
- Single action baking powder - mula bertindakbalas sebagai ejen penaik apabila bercampur dengan cecair dan kemudian menghasilkan gas karbon dioksida yang menyebabkan gelembung udara terbentuk menjadikan kek dan biskut lebih ringan dan berongga.
- Double action baking powder - ada 2 tindakbalas yang terhasil iaitu apabila ia bercampur dengan cecair dan kemudian tindakbalas berlaku sekali lagi apabila ia diletakkan di dalam haba yang tinggi, menjadikan kek lebih stabil dan gebu.
6. Baking soda
Baking soda atau soda bikarbonat ialah sejenis "chemical leavening" yang berperanan sebagai ejen penaik di dalam proses penghasilan kek dan biskut. Ia mengandungi satu bahan sahaja iaitu "sodium bicarbonate".
Apabila baking soda bertindak balas dengan bahan-bahan yang mengandungi asid seperti susu, coklat atau buttermilk, ia akan menghasilkan sejenis gas iaitu karbon dioksida dan gelembung udara akan terbentuk di dalam haba yang tinggi menjadikan permukaannya kek dan biskut kembang serta naik tinggi.
Tindakbalas baking soda terhasil dengan segera setelah bahan-bahan di adun, jadi anda perlu bakar di dalam oven dengan kadar yang segera. Dari segi rasa, baking soda mempunyai rasa sedikit pahit kerana beralkali dan boleh menjejaskan rasa kek dan biskut jika diletak secara berlebihan.
7. Susu cair
Pada produksi bakery, susu berperan sebagai cairan untuk melarutkan bahan-bahan lain pada adonan roti dan kue selain memberikan kelembaban dan membantu pertumbuhan ragi.
Selain memberikan rasa yang sedap dalam kek atau kuih, susu juga memiliki banyak fungsi kerana mengandungi lemak dan protein. Protein pada susu membantu untuk membuat adonan jadi kuat, boleh mengembang dan tahan bila dipanggang. Sementara lemak pada susu membantu membuat kek atau kuih rasa lebih lembut dan lembab (moist). Susu juga memegang peranan dalam men-coklat-kan permukaan kek atau kuih.
8. Gula halus (fine granulated sugar)
8. Vanilla kastor trak atau essence
Kalau korang nak tahu, extrak vanilla ni diperbuat daripada batang vanilla. Peranan vanilla amatlah penting dalam membuat kek. Ia menyedapkan lagi rasa kek atau kuih kerana ia mempunyai aroma yang kuat dan sedap bila dimasukkan ke dalam bahan-bahan untuk membuat kek. Selain itu ia juga dapat membantu menghilangkan bau hanyir telur di dalam adunan tersebut.
9. Serbuk coklat atau tepung cocoa (untuk membuat kek coklat)
Koko berfungsi sebagai bahan perisa yang paling digemari dalam pembuatan produk bakeri. Dihasilkan daripada biji koko dan diproses untuk menjadi serbuk koko, cocoa butter, coklat cip, coklat kompoun dan cocoa liquor. Ia mempunyai rasa yang sedap.
10. Buah-buahan atau kekacang sebagai tambahan rasa atau topping.
Hampir semua orang menyukai kekacang disebabkan rasanya yang lemak membuatkan kacang amat sesuai di jadikan ringan atau di olah menjadi pelbagai jenis masakan seperti kek atau kuih. Ia juga dijadikan hiasan untuk kek supaya kelihatan lebih cantik dan sedap bila di makan.
Begitu juga dengan buah-buahan. Ia adalah satu bahan yang sihat dan sedap untuk dimasukkan ke dalam adunan kek untuk rasa yang lebih lazat. Ia juga mempunyai rasa yang berbeza-beza. Amat sesuai untuk membuat topping kek supaya kelihatan lebih cantik dan menarik.
Namun, setiap resepi kek boleh sahaja menggunakan bahan-bahan tambahan yang berbeza bergantung pada jenis kek yang ingin dibuat dan preferensi pribadi.
0 Ulasan