Pesan Untuk Anak-anak Ibu

Untuk anak-anak ku..

Tiada yang lebih membanggakan Ibumu di dunia ini, melainkan ibumu Meninggalkan anak yang Soleh dan Solehah.

Jika nanti sudah sampai masanya untuk ibumu pergi bertemu illahi.. Hantarkan ibumu ke kuburan dengan bangga lalu berkatalah di dalam hatimu “_inilah ibuku yang selalu mengajar mencintai Allah dan Rasulullah.

Ingatlah pesan ibumu ini wahai anak2ku..

Ketika kamu sujud, sujudmu bukan kerana kamu takutkan neraka Allah, akan tetapi kerana kamu mencintai Allah dan rasulnya.

Mengertilah duhai anak2ku.. Dunia ini hanyalah pentas untuk kamu di uji sejauh mana kamu mengingati sang pencipta (Allah). Selalulah hidupkan Sunnah nabi kita walaupun sekecil-kecil perkara. Janganlah kamu leka dan lalai akan keseronokan yang ada di depan kamu kerana itu akan membawa kamu ke jalan yang salah..

Pesan murni dari ibumu ini.. 

Jangan sesekali berpecah belah sesama kamu adik beradik kerana itulah sebenar2 kebahagiaan keluarga kamu.. Apapun situasinya selalulah hidupkan perbincangan dengan cara Rasulullah. 

Pesan paling penting dalam hidupmu..

Jangan sesekali meninggalkan solat2 sunat di pertiga malam terutamanya solat tahajjud. Selalulah membaca ayat-ayat suci AL-quran terutamanya surah Al-Kahfi dan lain2. Begitu juga bacaan zikir-zikir selepas solat, bacaan hadith2, bacaan hadith, bacaan ma'thurat, dan bacaan doa2 yang kamu telah belajar. 






0 Ulasan