Gempa Bumi Di Turki

ANKARA – Satu gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter menggegarkan tenggara Turki semalam, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS), menyebabkan sejumlah bangunan di beberapa buah bandar runtuh, manakala kerosakan turut berlaku di negara jiran, Syria.

Pada peringkat awal, pegawai-pegawai tempatan berkata, 53 orang terkorban, namun angka korban dijangka terus meningkat kerana bencana berlaku ketika penduduk sedang tidur. 

Korban gempa bumi besar yang melanda kawasan Turki dan barat laut Syria itu telah meningkat ke 3,700 orang pada isnin lalu dengan cuaca musim sejuk yang membeku menambah keperitan nasib ribuan yang tercedera atau kehilangan tempat tinggal. Cuaca juga menjejaskan usaha mencari mangsa yang terselamat.

Gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter itu meruntuhkan seluruh bangunan-bangunan pangsapuri di bandar-bandar Turki dan menimbulkan lebih banyak kemusnahan kepada berjuta-juta rakyat Syria yang sebelum ini kehilangan tempat tinggal akibat perang bertahun-tahun.

Gempa bumi itu melanda sebelum matahari terbit dalam cuaca buruk dan disusuli oleh satu lagi gempa besar pada awal petang kemudiannya.

Rakaman televisyen menunjukkan orang ramai berdiri dalam salji sambil memakai baju tidur dan dalam keadaan terkejut. Mereka menyaksikan pasukan penyelamat menggali runtuhan kediaman-kediaman yang rosak.

Gempa berlaku pukul 4.17 (waktu tempatan) pada kedalaman sekitar 17.9 kilometer, kata agensi AS tersebut, manakala gegaran susulan bermagnitud 6.7 berlaku 15 minit kemudian. 



0 Ulasan