Ciri-ciri Keluarga Bahagia


Membina keluarga ibarat membina rumah. Jika asasnya kuat insyaallah KUKUHLAH sebuah rumah tersebut. Begitulah juga sebaliknya. 


Setiapa pasangan yang dah berkahwin yang memiliki cahaya mata pasti inginkan keluarga bahagia. Oleh sebab itu kita sanggup lakukan apa sahaja untuk membina keluarga bahagia. Ada yang berusaha mencari apakah ciri-ciri kebahagian agar itu juga menjadi realiti dalam hidupnya. Sesetengah orang pula berusaha bertanyakan pengalaman orang2 yang dah lama dalam alam perkahwinan dan sebagainya.


Boleh dikatakan kita sanggup lakukan apa sahaja untuk mengecapi kebahagian kerana ia lebih bernilai dari wang dan harta benda. Korang kena faham tau, keluarga bahagia tak bermakna sekumpulan orang dewasa dan kanak-kanak yang berkumpul dan tinggal dalam rumah semata-mata. Ia sebenarnya lebih kepada ikatan kasih sayang yang suci yang terjalin antara pasangan manakala anak-anak pula adalah amanah dari Allah. Lagi bahagia jika ikatan itu terjalin kerana Allah Taala. 


Tapi apakah yang di maksudkan dengan asas dan ciri-ciri keluarga bahagia ini? Jika kita pandang ciri-ciri keluarga bahagia ni, seolah-olah kita nampak ia hanyalah satu perkara kecil jer dalam kehidupan harian kita. Namun hakikatnya ia memberi impak yang besar dalam jangkau masa panjang. So, jangan pandang ia perkara yang remeh yerr!


Jom ibu list kan beberapa ciri-ciri keluarga bahagia :-

  • Solat bersama
Sebagaimana yang kita sedia maklum, solat adalah tiang agama. Jika kita jaga solat dengan sendirinya perilaku kita pun turut terjaga. Amat penting untuk kita solat berjemaah kerana itulah kunci utama keluarga bahagia. 

Bila solat berjemaah di jalankan bersama, insyaallah ukhuwah serta kasih sayang antara ahli keluarga menjadi lebih erat. Setelah selesai solat, amalkan bacaan zikir dan hadith bersama-sama supaya ahli keluarga mendapat keberkatan Allah sekaligus membersihkan hati dari kejahatan.

Mesti ramai yang tertanya-tanya, macam mana nak solat berjemaah dengan keadaan semua orang sibuk dengan hal masing-masing? Tak susah pun korang just wajibkan dalam rumah, nak solat jer  mesti berjemaah tak kira walaupun sekadar 2org yang ada. Jika ada waktu semua ahli keluarga ada, solat lah berjemaah beramai2. Biasakan rumah dan diri selalu berada dibawah payungan sayap para malaikat.

  • Amalkan sunnah nabi
Cuba praktikkan dalam rumah, amalkan selalu sunnah2 nabi walaupun sekecil-kecil perkara. Contohnya apabila tengok anak-anak makan minum berdiri, korang terus suruh diorang duduk sambil bagitahu nabi suruh duduk waktu makan atau minum. 

Begitu juga jika melihat anak-anak solat berseorangan, terus suruh solat berjemaah dengan adik beradik yang mana ada di rumah waktu tu. Waktu makan pun sama, sentiasa makan berjemaah walaupun 2orang.  Nak lagi bagus makan dalam talam seperti Rasulullah.

Amalkan selalu sunnah2 nabi Muhammad walaupun perkara itu nampak remeh di mata kita. Insyaallah dengan amalan ni, rumah kita akan sentiasa dalam rahmat-Nya jua dibawah payungan sayap malaikat.

  • Makan bersama
Makan bersama ahli keluarga juga satu aspek penting dalam mengeratkan hubungan kasih sayang kerana waktu tu, kita sekeluarga dapat mengecapi nikmat rezeki yang Allah bagi untuk keluarga kita.

Perkara ini nampak remeh, tetapi sebenarnya, waktu makan bersama keluar sangat penting. Ketika ini juga, pastikan gangguan gadjet dijauhkan.

Membaca doa bersama-sama, kemudian bercerita tentang hari masing-masing, merancang aktiviti bersama, berkongsi cerita menarik dan sebagainya.

Jadikan makan bersama sebagai suatu kebiasaan, setiap ahli keluarga pasti akan rasa kekurangan jika salah seorang tiada.

  • Melakukan kerja rumah bersama
Selain waktu makan bersama, melakukan kerja rumah bersama juga dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Malah dengan bergotong-royong ataumelakukan kerja rumah, ia dapat meringankan beban si ibu atau isteri yang telah penat memasak dan menyiapkan kerja rumah yang lain.

Apabila ibu dan bapa bekerjasama menguruskan hal rumah, ini akan menunjukan contoh yang baik untuk anak-anak. Mereka juga akan melakukan yang sama nanti. Didik anak dari kecil dalam kerja rumah walaupun anak lelaki supaya diorang boleh berdikari dan pandai mengatur kehidupan di masa hadapan. 

  • Keluar bersiar-siar bersama
Aktiviti luar bersama keluarga adalah amat digalakan kerana bukan sahaja mengeratkan hubungan kekeluargaan, malahan dapat meningkatkan kesihatan mental dan fizikal.

Lakukan aktiviti seperti berkelah, beriadah atau bermain bersama. Melakukan aktiviti bersama dapat membina kenangan indah serta menjadikan hubungan kekeluargaan lebih istimewa.

  • Sentiasa mengingati sifat baik
Jika kita sentiasa mengingati perkara yang baik tentang ahli keluarga kita, kita akan lebih memahami jika salah seorang ahli keluarga mengalami masalah dan menjadi negatif. Ini akan membuatkan kita lebih prihatin dengan kelakuan ahli keluarga kita.

Prihatin amat penting dalam hubungan kekeluargaan bagi mengukuhkan lagi kasih sayang antara keluarga. 

Jadi, kalau anda ingin membina keluarga bahagia, jangan lupa ciri ciri keluarga bahagia yang satu ini, ya!

Ok, 👌 korang cuba buat dulu apa yang ibu cadangkan ni, insyaallah dengan berkat niat yang baik kerana Allah, korang sekeluarga akan dipermudahkan segala urusan. Amalkan selalu sunnah2 nabi, insyaallah barakah kasih sayang keluarga bahagia tu akan datang dengan sendirinya.





0 Ulasan