Bekas PM Jepun Shinzo


Bekas perdana menteri Jepun Shinzo Abe dikhuatiri maut selepas ditembak ketika sedang berkempen di wilayah Nara hari ini, lapor media tempatan.

Abe juga adalah perdana menteri Jepun yang berkhidmat paling lama, iaitu setahun pada 2006 dan sekali lagi antara 2012 dan 2020.

Penyiar nasional NHK berkata susulan kejadian itu seorang lelaki berusia 40-an ditahan kerana cubaan membunuh dan pistol dirampas daripadanya, memetik sumber polis. 

Abe, 67, kemudian dilaporkan rebah dan darah kelihatan dari lehernya, kata sumber Parti Demokratik Liberal (NDP) kepada Agensi Berita Jiji.

Menurut NHK dan Agensi Berita Kyodo, Abe dikejarkan ke hospital dan tidak menunjukkan tanda-tanda terselamat.

Menurut Kyodo News, Abe berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mungkin mengalami serangan jantung.

Mengesahkan insiden tersebut, Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Hirozaku Matsuno dilaporkan berkata, kejadian berlaku sekitar 11.30 pagi waktu tempatan.

Katanya, Abe berada di Nara sebagai sebahagian program kempen pilihan raya yang dijadual berlangsung pada Ahad (10 Julai).

Sementara itu, beberapa media melaporkan bahawa tembakan itu dilepaskan dari arah belakang dan mungkin dilepaskan dari pistol.

NHK melaporkan susulan kejadian, seorang lelaki ditahan, namun tiada butiran lanjut berhubung kejadian setakat ini..

0 Ulasan