Ramadhan al-Mubarak

Assalamualaikum semua.. macam mana puasa hari ni? Semua ok? Maaflah semalam ibu bz macam2 lupa nak ucapkan selamat berpuasa kepada teman2 ibu semua..

Hari ni korang masak lauk apa berbuka tadi? Share lah sikit dengan ibu korang masak lauk apa.. Kalau sudi share hari2 lagi best.. Ibu hari ni berbuka dengan kuih sekaya telur, daging masak kicap berempah, daging masak merah & ulam timun.. Alhamdulillah anak2 berbuka dengan seleranya. Nanti ibu share resepi untuk korang cuba yerr.. 

Hari ni first time bagi Muzaffar-anak ibu no7 (6tahun) berpuasa. Anak2 yang lain biasanya 4tahun dah start belajar puasa tapi Muzaffar ni special sikit sebab dia tak faham apa itu puasa disebabkan dia cakap pun tak berapa pandai lagi. 

Ikutkan plan nak bagi dia bertahan puasa penuh last2 tumbang jugak kul 4petang. Terjerit-jerit mintak air & nasi. Hahaha 😄 tak tahan ibu dengar terus suruh kakak dia bagi makan. Biasanya dia kalau bangun jer tidur terus mintak makan, ni suruh dia main hp lah, main warna2 lah, main sembunyi2 dsb. 

Next post ibu share resepi yerr.. sempena bulan yang mulia ni, kita sama-sama meningkatkan amalan fardhu mahupun sunat. Semoga Allah memberi kekuatan untuk kita lebih beribadah dan membuka segala pintu rahmat-Nya.


0 Ulasan