Lauk pauk ibu


Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Maaflah yerr sebab ibu tak update resepi yang ibu janjikan. 

Start buka gerai jualan lauk-pauk ni, betul-betul tak sempat nak update.. Insyaallah ibu akan cuba celah2 masa share resepi untuk korang.. 

Gerai lauk-pauk ibu buka kul4 sampai kul7. So, mana2 warga Terengganu tu jemput2 lah singgah rasa pelbagai jenis lauk-pauk. Ada yang rare, ada yang modern. Ibu jual pun murah2 jer dengan harga mampu milik dari Rm3 sahaja.

Ibu faham situasi orang sekarang dengan ekonomi yang amat ketara, ibu pun lalui benda yang sama dengan anak2 yang ramai, kadangkala tak sempat duit belanja. 

Oleh sebab tulah ibu memutuskan untuk jual harga murah2 jer supaya semua dapat berbuka dengan sedap. Mana yang takde nasi putih pun ibu siapakan supaya senang untuk orang berkerja sampai lewat petang.

Menu hari2 berubah supaya semua tidak bosan. Cumanya menu tetap seperti ayam bakar, ikan limau kasturi (makanan orang dulu2) insyaallah tetap ada hari2 sebab nak dapat kat lain memang tak ada ikan limau kasturi ni.

Jom Lerr pakat mai ramai-ramai cuba sendiri keenakan menu ibu. Lokasi depan KLINIK DR UJI, KAMPUNG MERBAU PATAH, JALAN KUALA BERANG, TERENGGANU.

0 Ulasan