Ayahanda Rani Kulup beraksi di pentas


Link Ayahanda Rani Kulup menyanyi.. https://youtu.be/scaxfwYJVFc

Siapa beliau sebenarnya???
Beliau adalah Abdul Rani bin Kulup Abdullah (lahir 10 Mac 1953) merupakan seorang aktivis dan pesara tentera di Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM). Beliau sering muncul di televisyen setelah membuat banyak laporan polis mengenai isu semasa dan dikatakan telah membuat 1,000 laporan polis sejak 2011.

Dia juga di kenali dengan “Kipidap dongibab” dan “Ko tunggu aku report polis”  yang begitu sinonim dengan dirinya. Di sebalik personalitinya yang lucu itu, ramai yang tidak mengetahui kisah hebat lelaki yang sering memakai beret berwarna merah, beruniform dan berkaca mata hitam.

Dilahirkan dan dibesarkan di Kajang, Selangor, beliau mempunyai dua isteri Zaleha Talib dan Nor Sharijan Mohammad, dan dikurniakan sembilan orang cahaya mata bersama 12 orang cucu dan dikenali dengan imej berpakaian lain daripada yang lain. Beliau juga berbakat dalam bidang muzik dan pernah menganggotai kumpulan muzik Sometimes.

Abdul Rani Kulup juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan. Beliau membuat penampilam filem pertama menerusi filem Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi arahan Eyra Rahman dan seterusnya muncul dalam telefilem Rongples Rongtaim untuk siaran di Astro Citra menerusi slot Karya 12.


Ayahanda Rani Kulup menyertai Angkatan tentera (ATM) kerana tekad untuk melindungi orang awam. Patutlah beliau tidak gentar melaporkan segala kesalahan kepada pihak polis walaupun tindakannya itu mungkin akan menggugat keselamatannya sendiri.

Beliau juga pernah bertempur dengan pengganas komunis di Gua Musang, Kelantan, Kuala Kacau di Terengganu dan juga di Nibong tebal pulau Pinang serta banyak lagi.

0 Ulasan