Kuasa Ajaib Seorang Ibu

Assalamualaikum dan selamat pagi semua teman-teman.. Moga semua sihat & happy selalu.. 

Alhamdulillah hari ni semua ahli keluarga ibu kembali sihat walafiat selepas di landa demam. Cuma ibu ada batuk sikit lagi. Ayah pun sakit kepala sikit jer lagi tapi suhu badan ok. Korang ingat tak post sebelum ni “Kasih seorang ibu”? Haaa.. hari tu lah anak2 berjangkit2 demam sesama sendiri. 

Mase tu baru 3orang yang tak sihat. Keesokan harinya, 2orang lagi masuk goals.. masuk hari yang ketiga, semua terkena termasuk ibu sendiri. Hari yang ke 5, Ayah diorang tumbang Jugak akhirnya.. 

Very2 buzy & tired bila kita nak menguruskan semua orang yang dalam keadaan sakit ditambah lagi dengan ibu sendiri dalam keadaan yang sama. Betul2 dugaan yang besar. 

Alhamdulillah, dengan kekuatan “Kuasa Ajaib seorang ibu”, ibu dapat menguruskan semua dengan hati yang sabar. Sakit tu belakang kira, janji ibu kena kuat untuk keluarga. Ibu paksakan diri sendiri bangun untuk jalankan rutin harian seperti biasa. 

Korang mesti tahu kan, bila budak-budak demam, diorang jadi lebih sensitif, meracau dsb. Ada adegan menangis, ada adegan nak berdukung jer, dan macam-macam kerenah lagi. Sabar jerrlerr, mase ning IBU2 kena pandai main emosi, kalau tak jawabnya ibu akan jadi harimau bintang..😂😄

Apapun sakit itu adalah rahmat dari Allah jua. Mungkin ada sesuatu yang Allah nak tegur atau nak kita kembali mengingatinya. Sakit tu kan salah satu penghapus dosa. 


0 Ulasan