Assalamualaikum dan selamat malam semua.. tengah buat per tu? Ibu sedang rest sambil layan YouTube malam ni lepas tidurkan anak2. Biasanya bila anak2 dah tidur, keluar bilik balik buat check up apa yang tak beres lagi..
Ade jerr benda yang nak kene buat kalau keluar balik.. Ada sekali tu husband siap berteriak dengan paksa & marah suruh masuk tidur. “Esok-esok lah pulopnyaa” kata husband ibu.
Yerlah kan, time anak2 tidur nilah boleh habiskan mana yang belum beres. Basuh pinggan mangkuk ke, lipat kain baju ke dsb. Malam ni bagi can lah walaupun tahu ada sikit lagi pinggan dalam sinki yang tak beres lagi tuuuu..
Abaikan semuanya.. malam ni kita layan Jerr lah.. lagipun anak2 letisan lagi duk ngemas rumoh tok ma diorang untuk jamuan cucu baru kelmarin. Buat majlis kecil-kecilan jer tapi tetap letih kan bila nama pun jamung gok..
Apa kata malam ni ibu kongsi 20 idea aktiviti bersama keluarga..
- Keluarkan Permainan papan yang mana ada.
- Buat satu diari bagi tujuan Mencatat aktiviti harian family.
- Membuat aktiviti masak memasak. Time nilah boleh menilai kemahiran anak2 perempuan masing2. Manalah tahu jika hasilnya lumayan juga sedap, korang boleh buat perniagaan untuk menjana pendapatan baru..
- Adakan bacaan maa'thurat setiap kali selepas solat subuh & selepas solat asar.
- Adakan bacaan quran tiap-tiap malam bersama seluruh isi keluarga..
- Adakan malam menonton filem bersama keluarga. Setiap malam, satu orang daripada ahli keluarga dapat memilih satu filem untuk ditonton.
- Lakukan aktiviti bersenam bersama keluarga tercinta.
- Bantu anak2 dengan home work mereka bagi yang masih belajar.
- Bercerita suka duka bersama anak-anak yang telah besar meningkat remaja.
- Bermain teka teki, dam ular, congkok atau bina sesuatu dari bahan2 mainan seperti lego dsb
- Buat Senarai destinasi pelancongan dalam negara yang ingin di lawati..
- Kemaskan rumah. Selongkar barangan tidak terpakai dan ketepikannya bagi pemberian bantuan kebajikan.
- Lakukan kerja-kerja rumah bersama ahli keluarga.
- Hiaskan rumah secantik yang boleh.
- Berkelah atau berkhemah di laman rumah.
- Adakan panggilan video bersama rakan-rakan atau saudara mara anda!
- Rancang percutian keluarga anda di negeri tempat anda tinggal.
- Mulakan aktiviti berkebun di rumah.
- Cipta satu group family supaya semua ahli terlibat dalam semua aktiviti.
- Reka satu peta bagi tempat-tempat yang anda ingin lawati
0 Ulasan