My Wonderful Terengganu

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua teman-teman ibu. Korang semua sihat? Ibu doakan semoga semuanya sihat walafiat dan jangan lupa pada Allah Yang Maha Esa..

First nak inform pada korang semua lah, ibu sebenarnya dah balik menetap di Terengganu lepas stay kota Bharu 8tahun lepas tu. Seronok sangat bila leh balik duk kampung sendiri ni. Terimbau kenangan lama sebelum ibu kahwin dulu.. 😆😄

Macam manalah tak seronoknya, makanan kat Terengganu ni memang tip top no1 sedap tak terkata lah.. jadi bila boleh kat anak-anak ibu yang memang excited bab makanan ni, apalagi terus diorang jadi tak tentu arah lah dibuatnya..

Masa mula2 kitorang balik tu kan, banyak benda jugaklah yang dah berubah especially jalan raya & pembangunan. Yang part paling kelakar, siap sesat jalan kat bandar, padahal dulu selalu pergi kot.. Bas pun dah lain sekarang, makin classic & canggih.. Teringat zaman sekolah dulu, selalu naik Bas Mini warna pink siap ada nombor khas untuk kampung masing-masing.. hahaha 😁😆

But now, lagilah canggih sebab banyak benda dah maju ke depan seperti “Terengganu drawbridge”. Punyalah ramai bebeno orang melawat Terengganu dek kerana nak tengok secara live Terengganu bridge ni. Boleh di katakan setiap masa ada jer orang lepak di sekeliling tu. Di tengah malam pun diorang siap bersantai bagai nak rak bersama keluarga menjalankan aktiviti masing-masing.


Kalau korang nak tahu lah kan, sekarang ni diorang buat pembangunan Mayang Mall, tapi ibu tak tahulah bila agaknya nak siap yerr.. Antara yang menarik kat situ termasuklah :-

1. Pasaraya Sogo sebagai Anchor tenant. 2. Pawagam 8-screen.                                    3. 20 storey service apartment.

#Lokasi projek di kawasan KTCC (tanjung) belakang Hotel Grand Continental. So, siapa yang rasa nak melawat Terengganu tu, jom lerr cepat sebelum kena PKP balik kang tak pasal-pasal dokleh jalang orang ganu kate..

Apapun yang boleh ibu kata Terengganu memang terrbaiklah. Kalau korang nak makan yang BEST2 jomlah jalan2 kat kampung ibu.. 

#terengganu #wondefulterengganu #orangganuhebat #ganumolek 

0 Ulasan