Banjir teruk di Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU: Keadaan banjir di Terengganu semakin buruk dengan bilangan mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kini mencecah lebih 2,500 orang.

Seramai 2,563 mangsa banjir daripada 772 keluarga dipindahkan ke 51 PPS di lima daerah, setakat jam 8 pagi tadi, meningkat berbanding 1,533 orang (432 keluarga) di 30 PPS, malam tadi.

Kemaman terus mencatatkan bilangan mangsa tertinggi apabila seramai 1,244 orang ditempatkan ke 18 PPS termasuk di Dewan Orang Ramai Kampung Teladas, Dewan Sivik Air Putih, Balai Raya Padang Kubu, Dewan Sivik Felda Seberang Tayor dan Dewan Orang Ramai Batu 14 Kuala Tayor.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Kemaman hanya merekodkan 847 mangsa banjir (242 keluarga) di 15 PPS, semalam.

Di Dungun pula penduduk yang terjejas ialah seramai 138 orang manakala Kuala Terengganu (58 orang) dan Marang (5 orang),” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Di Hulu Terengganu, mangsa meningkat berganda kepada 652 orang berbanding 334 orang yang direkodkan pukul 5 petang semalam. 

“Bagi Besut pula, sebanyak 11 PPS dibuka bagi menempatkan 414 mangsa, manakala di Setiu (234 mangsa) dan Dungun (69 mangsa),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Sekretariat itu berkata, cuaca semasa pagi ini masih lagi hujan lebat berterusan di kesemua lapan daerah.

Terengganu mulai dilanda banjir bermula semalam dan bencana kali ini disifatkan yang paling teruk dalam lima episod gelombang monsun Timur Laut sejak 2 Disember lalu.

#banjir #banjirkualaterengganu #banjirteruk #airnaik #hujan #infoterengganu

0 Ulasan