Tips

RAHSIA SEMULAJADI UNTUK MENYERIKAN WAJAH SI IBU

Tak perlu belanja besar @ menghabiskan masa untuk jadi ibu yang hebat dan cantik berseri sentiasa. Lets go! Kita tengok ada apa ye kat dapur...?  jen...jen...inilah cara2 hebat ibu yang boleh anda lakukan sendiri di rumah. Mesti meletop punyalah..

RAMUAN SEMULAJADI YANG BERSESUAIAN KULIT ANDA :

  • MENTIMUN – Tekapkan mata anda selama 10 minit dengan kepingan mentimun untuk menyejukkan serta mengurangkan bengkak dan kerangsangan pada mata anda.
  • PISANG – Lenyek dan tambah sedikit madu. N then you sapu je kat mana2 kulit kering @ ada masalah kulit. Ia merupakan penawar semulajadi terbaik untuk kulit kering atau kulit bermasalah.
  • TOMATO – Isi buah dikatakan mengandungi pati semulajadi yang boleh menenangkan serta mengembalikan seri wajah yang tidak bermaya. Anda nak lenyek pun boleh, nak hiris bulat2 pun boleh..lepas tu letak je kat atas muka dalam 10minit gitu..n then wash your face.. yang balace tu gosok2 pada tangan ke, kaki ke..
  • TEPUNG OAT – Sebagai alternatif kepada krim pengelupasan yang terdapat di pasaran, anda boleh menyediakannya sendiri dengan mencampurkan tepung oat bersama krim pekat. Pakai macam kita pakai krim biasa..
  • SUSU SUAM – calcium  terbukti amat penting untuk keperluan dalaman dan luaran tubuh anda. Rendam tangan atau kaki anda yang lesu di dalam susu suam untuk menguatkan kuku serta menghidratkan kulit.
  • MADU – Dengan fungsinnya yang memerangkap lembapan serta bersifat anti-bakteria, madu menjadi pilihan yang baik dari sudut kesihatan dalaman mahupun luaran. Dengan itu madu adalah salah satu bahan untuk membuat masker supaya kulit wajah anda akan lebih berseri-seri atau rendaman untuk kaki yang melegakan.
  •  Jika mahu yang terbaik pilihlah madu yang terbaik seperti MADUKA HONEY atau SABUN MADU  COMPLEXION  BAR. Ibu dah mencubanya dan hasilnya terbukti amat berkesan pada luaran mahupun dalaman.
  • GARAM LAUT – Ejen pengelupasan yang melegakan juga bermanfaat kepada kesihatan. Ia dikatakan membantu dalam proses peredaran darah dalam tubuh.
  • LIMAU NIPIS – Dapat membantu anda menghilangkan  bau badan. Apa yang anda perlu buat, potong limau kemudian anda gosok di mana sahaja badan yang berbau. Ibu guna dua cara. Cara traditional ibu guna limau nipis, cara moden ibu guna  deodorin yang bermutu seperti DEODORANT & ANTI PERSPIRANT ROLL-ON, REXONA, dan lain-lain lagi yang  pastinya berkesan.
  • NENAS – Anda kisar nenas sampai lumat kemudian tapis dan tuang ia ke dalam baldi terus anda rendam kaki anda sambil menggosok selama beberapa minit.


TIP-TIP TERPENTING UNTUK KEHAMILAN YANG SIHAT
  •  Dapatkan rehat yang secukupnya.
  • Manjakan diri anda dengan solekan terkini atau dandanan rambut baru untuk meningkatkan keyakinan diri. Paling tidak hiaskan diri cantik-cantik untuk dua orang tersayang.
  • Hadiri setiap temujanji antenatal – ia boleh menenangkan minda dan juga menjaga kesihatan fizikal.
  • Laburkan wang untuk membeli pakaian mengandung yang membuatkan anda rasa amat yakin. Pakaian juga amat penting untuk keyakinan diri.
  • Berlatih melakukan senaman lantai sekurang-kurangnya lima kali sehari. Jika anda melakukan senaman seperti berenang, yoga, banyak berjalan, atau senaman menggunakn bola besar adalah lebih baik untuk kehamilan anda.
  • Ajak si dia turut serta dalam kehamilan anda sebaanyak yang boleh – inikan bayinya juga. Tak gitu ibu-ibu semua?
  • Minta dan terima bantuan yang diberikan. Anda tidak dapat melakukan segala-galanya yang biasanya anda boleh buat dan ramai yang sudi membantu.
  • Hargailah emosi anda yang berlebihan itu. Apabila horman anda kembali stabil, anda akan kenang kembali saat-saat pabila perkara kecil pun boleh membuatkan anda menangis dan makan hati.
  • Buatlah rawatan kuku, wajah, atau bulu mata samaada di salon atau di rumah sahaja –  ini juga akan membuat diri anda yakin dan anda rasa diri anda sangat berharga.
  • Jangan menderita dalam senyap. Jika anda risaukan tengtang apa sahaja, walaupun perkara itu remeh temeh, berbincanglah dengan si dia atau doctor di temujanji yang akan datang. Ingatlah bahawa si dia atau doctor sedia membantu.  

TIPS UNTUK PERCUTIAN BERSAMA FAMILY
  • Mestilah membuat perancangan telebih dahulu. Bila? Di mana? Money cukup?
  • Sediakan @ kemaskan pakaian yang hendak di bawa dan sesuai untuk destinasi yang dituju. Contohnya: Pakaian renang untuk percutian di tepi laut, di tepi pantai, atau di water fall. Sediakan stoking dan baju panas untuk percutian di puncak bukit. Baju gantian hari2 mestilah cukup.
  • Bawa bersama ubat-ubatan untuk emergency case example: Fever, Flu, Diarrhoea (cirit-birit).
  • Check barang2 yang hendak di bawa mencukupi (tiada yang tertinggal).
  • Check keadaan kenderaan anda. Minyak cukup tak? Minyak hitam ada tak? Air cukup tak? Bawa air 2,3 botol di bonet belakang untuk kenderaan anda bila air kehabisan.
  • Bancuh susu di rumah (dalam 1botol) sebelum memulakan perjalanan.
  • Pastikan bekalan air masak dan air panas mencukupi untuk membancuh susu.
  • Beli susu tepung dalam pek mini. Ia mudah di bawa ke mana jua. Boleh juga di letakkan dalam bekas kedap udara yang kecil untuk bajet beberapa hari.
  • Sebelum melangakah keluar, pastikan dapur gas tidak bernyala       ( IMPORTANT!). Lebih selamat kalau kita buka kepala gas and then tutup pulak dengan penutup dia yang warna merah tu...

  • Buka 1 lampu di ruang tamu, dan 1 lagi di luar rumah supaya orang syak kita ada di dalam rumah.
  • Pastikan pintu rumah di kunci dan pagar di mangga sebelum menaiki kenderaan ( VERY IMPORTANT! ).
  • Sediakan tempat duduk kanak2 untuk si manja. Bagi anak2 yang lebih berumur,pastikan memakai tali pinggang keselamatan.

10 LANGKAH PEMAKANAN SEIMBANG KETIKA MENYUSU

>  Nikmati pelbagai pilihan makanan berkhasiat sepanjang hari.
>  Makanlah banyak roti dan bijirin (jenis bijirin penuh adalah lebih baik)
>  Masukkan makanan yang tinggi kandungan asid lemak omega-3 seperti ikan
yang berminyak, makanan yang diperkaya dengan omega seperti roti atau telur,
dan minyak canola.
>  Cuba capai kuota 5 hidangan sayuran dan 2 hidangan buah-buahan setiap hari.
>  Nikmati makanan kaya kalsium setiap hari (1 hidangan bersamaan dengan
secawan susu @ atau minuman soya yang diperkaya dengan kalsium, sekeping
keju @ 1 tub yogurt)
>  Ambil gula atau makanan yang mengandungi gula secara bersederhana.
>  Pilih makanan yang kurang garam dan gunakan sedikit garam sahaja dalam makanan.
>  Makan makanan yang mengandungi zat besi setiapa hari seperti daging merah
tanpa lemak dan bijirin sarapan yang diperkuat.
>  Minum 2 liter air sehari.
>  Kekalkan berat badan yang sihat dengan menyeimbangkan aktiviti fizikal
dengan Pengambilan makanan ( cuba untuk dapatkan 20-30 minit aktiviti sehari )  

kunci untuk berjaya dalam penyusuan susu badan adalah agar ibu mendapat rehat yang cukup dan mengambil snek bersaiz kecil tetapi kerap serta
hidangan yang membantu melonjokkanparas tenaga. Cuba untuk
tidak terlalu risau hendak mengurangkan berat badan selepas
bersalin dengan kadar segera. Makanlah apabila lapar dan
minum apabila dahaga serta ikutilah pemakanan yang
seimbang untuk membantu anda menikmati saat
menyusukan si manja anda dengan jayanya.


TIP UNTUK IBU HAMIL

Gejala biasa
Merungut tentang sesuatu perkara sekurang-kurangnya satu gejala ketika mengandung adalah perkara biasa. Anda harus berasa lega kerana ramai wanita lain turut mengalami keaadan serupa. Bilakah anda harus berasa rungsing? Apakah yang boleh anda lakukan?

“Sakit kepala adalah gejala biasa ketika mengandung. Sebelum memakan ubat, pastikan anda telah mendapat nasihat doktor terlebih dahulu kerana ibu-ibu mengandung tidak boleh mengambil sebarang ubat-ubatan sesuka hati. Jika sakit anda berterusan segeralah bertemu dengan doktor.

Loya dan muntah
Pada peringkat awal kehamilan, ramai wanita mengalami masalah ini. Keadaan ini dipanggil “mabuk hamil”. Berikut adalah beberapa tip untuk melegakan mabuk hamil:

*Bangun tidur perlahan-lahan dan duduk di sisi katil sebanyak beberapa minit.
*Makan roti bakar atau biskut tawar setelah bangun pagi.
*Jangan biarkan perut anda kosong: makan 5 atau 6 hidangan kecil sehari.
*Jika terasa loya, jangan minum jus sitrus, kopi, atau teh.
*Elakkan bau-bau yang kurang menyenangkan.
*Anda juga boleh mengunyah asam atau makan coklat masam.