Suami dan Kehamilan

Bermulanya tugas sebagai seorang Suami dan seorang Ayah...

Tatkala mendengar berita bahawa si isteri hamil, perasaan suami akan berbaur suka dan gelisah. Suka kerana bakal menimang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama orang yang dicintai.
   
Gelisah pula kerana tidak pasti akan tanggungjawab yang perlu dilakukan. Bukan itu sahaja, keadaan isteri yang lemah, terlalu emosi, sensitif, sering mual dan muntah, dan lain-lain hal benar-benar menduga kesabaran si suami. Di saat getir inilah kita dapat lihat sejauh mana keikhlasan cinta si suami terhadap si isteri. Mengurus dan berdepan dengan keadaan isteri yang hamil adalah detik awal untuk si suami sebelum bergelar seorang AYAH.. 

Alhamdulillah... ibu bersyukur kerana dikurniakan pada ibu seorang suami yang prihatin dan bertanggungjawab.. ibu ingat lagi  macam mana ayah layan ibu setiap kali ibu dalam pantang... ibu pantang sendiri,  jadi takde orang jaga, so.. everything kena control sendiri.. siap ayah bukak spa kat rumah lagi..he..he.. seronok kan?
   
Sedarkah si suami bahawa sikap simpati dan memberi sokongan kepada isteri melalui tempoh2 kehamilan dapat mengurangkan beban yang dihadapi? Bukannya nak kena buat tu, buat ni, cuma sekadar belain manja dan urutan sudah cukup memadai bila si isteri mengadu sakit. Mesti lega punyalah... malah keputusan berhenti merokok adalah sumbangan terbesar terhadap isteri dan anak yang bakal lahir. Kalau boleh alhamdulillah, tapi kalau tak mampu, isteri2 mesti faham punyalah... bukan senang kan?
Temanlah selalu isteri pergi ke mana sahaja, nak2 lagi bila isteri pergi buat check perut. Teman isteri di wad bersalin adalah perkara penting dalam hidup isteri kerana masa tu suami amat2 di perlukan di sisi.  

Kerenah Wanita Hamil
  • Setiap wanita hamil pasti berbeza-beza keaadaan kehamilannya. Sebagai suami adalah tidak wajar sekiranya anda membandingkan isteri anda dengan wanita hamil yang lain.
  • Mungkin wanita hamil lain sihat dan cergas sepanjang tempoh kehamilannya tetapi keadaan isteri anda pula lemah dan selalu sakit. Janganlah pula si suami menganggap ini kerenah mengada2 atau untuk menarik perhatian suami tetapi ini adalah satu proses kehamilan yang terpaksa dilalui wanita hamil apatah lagi kehamilan adalah sesuatu yang unik dan sukar di fahami.

Ini antara masalah wanita hamil yang patut di ketahui setiap lelaki yang bergelar Suami :
 
  • Ramai wanita mendapati 3bulan pertama adalah mencabar. Pada minggu   ke 12, janin dah membentuk sepenuhnya. Ditambah dengan peningkatan hormon, jadi wanita hamil mudah letih dan lemah.
  • Pada awal kehamilan, mood wanita hamil akan lebih berubah2 serta menjadi lebih sensitif dan pemarah. Bagi suami2 bersabarlah, kerana itu hanyalah sementara.
  • suami akan berasa kecewa kerana ada sesetengah wanita hamil kurang keinginan melakukan hubungna seks. Fahamilah.. akan tetapi kebanyakan pasangan akan lebih kepuasan pada trimester ke2 proses kehamilan.

Menemani Isteri
Kebanyakan wanita hamil akan rasa lebih selesa pada trimester ke2. mual dan muntah akan berakhir serta kembali bertenaga. Inilah peluang untuk mengajak isteri keluar bersiar2, membeli barang keperluan bayi dan menemani isteri lebih kerap.

Tunjukkan sikap perihatin anda dengan meluangkan masa menemani isteri membuat pemeriksaan kandungan pada minggu ke 20 kerana lazimnya doktor akan membuat imbasan Ultrabunyi pada kandungan untuk melihat kedudukan janin. Masa ni anda dapat melihat jari jemarinya, kaki dan bentuknya. Pastinya ini kenangan manis yang sukar dilupakan oleh kebanyakan suami.

Tunjukkan Kemesraan
Apabila memasuki trimester akhir, isteri mungkin akan merungut sakit belakang, bengkak kaki dan buku lali, tak boleh tidur, dan pedih ulu hati. 

Jangan bimbang, ini perkara biasa.
 
Si suami hanya perlu memberi semangat dan tunjukkan kemesraan yang lebih kepada isteri anda.

Pada masa ini bayi menjadi cergas, oleh itu suami haruslah selalu mengusap perut isteri dan rasailah tendangan lembut bayi anda. Berbuallah dengan bayi, kerana ia bukan sahaja baik untuk bayi malah turut mengembirakan hati isteri.
There was an error in this gadget