Resepi


PUDING GULA HANGUS
                     
Bahan (A) PUDING
10   biji telur
1     tin susu cair
¾    cawan gula
1     penutup esen vanila
Secubit garam

Bahan (B) GULA PERANG
10 sudu besar gula
Sedikit air masak

Cara-Cara  Membuatnya :-
1-       Panaskan dahulu kukusan di atas dapur.

2-       Masukkan semua bahan-bahan A kedalam bekas pengisar.

3-       Kemudian kisar semua bahan tadi sehingga betul-betul kembang, ketepikan.

4-       Masukkan bahan-bahan  B ke dalam periuk kecil dan masak dengan api perlahan. Hendaklah di kacau selalu sehingga gula menjadi perang.

5-       Kemudian ambil 1 biji loyang besar, sapukan gula perang tadi di permukaan dan sekeliling loyang tersebut dengan cepat dan rata.

6-       Kemudian biarkan ia seketika. Selepas itu tuangkan bahan-bahan A ke dalam loyang perlahan-lahan.

7-       Setelah itu masukkan loyang tadi ke dalam kukusan yang telah di panaskan. Tutup  dan tunggu selama 20 minit.

8-       Cuba buka penutup, ambil sebatang lidi lalu cucukkan pada puding, angkat lidi dan lihat jika sekiranya ada atau tiada  kesan puding pada lidi. Jika tiada bererti puding telah masak.

9-       Biarkan ia sejuk,kemudian balikkan loyang ke atas dulang atau piring besar.


PUDING KEEMASAN


Bahan (A) PUDING 
1½ sudu besar mentega
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
250ml susu manis 
250ml air
3 biji telur 


Bahan (B) GULA HANGUS 
125gm gula pasir 
4 sudu besar air


Cara-Cara Membuatnya :-
1- Bahan B : satukan semua bahan dalam periuk. Masak hingga pekat dan kekuningan.


2- Tuangkan bahan ini kedalam mangkuk atau loyang, ketepikan.


3- Bahan A : pukul telur hingga kembang.Masukkan gula dan pukul lagi.


4- Tuangkan susu manis, air dan esen vanilla, kacau sebati.


5- Kemudian tuangkan bancuhan ini ke dalam mangkuk berisi gula hangus. Letak sedikit mentega ke atasnya.


6- Kukus dalam pengukus selama 20 minit.Tunggu hingga masak.


     * Siap untuk di hidangkan. 
     * Sesuai di jadikan hantaran perkahwinan atau pencuci mulut di majlis-majlis keemasan..


ROTI TELUR


BAHAN-BAHANNYA :-
10 keping roti 
3 biji telur 
3 sudu besar susu pekat
Garam secukup rasa


CARA-CARA MEMBUATNYA :-
1. Pukul telur hingga kembang, kemudian campurkan semua bahan-bahan lain dan gaul sampai adunan sebati.


2. Panaskan sedikit sahaja minyak, apabila sudah panas, celupkan roti dan goreng hingga masak. (ala-ala bakar).


3. Apabila sudah masak, angkat lalu potong roti kepada 4 pada setiap keping.


* Boleh dihidang kepada keluarga dan tetamu. Enak dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan sos cili. 


 ROTI CELUP TEPUNG


BAHAN-BAHANNYA
Roti - dipotong 4 (potong segi tiga)
2 biji telur
1 sudu kecil cili boh
2 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil santan
Sedikit tepung jagung
Sedikit tepung gandum
Sedikit nestum keluarga
Garam secukup rasa


CARA-CARA MEMBUATNYA :-
1. Pukul telur hingga kembang, kemudian campurkan semua bahan-bahan lain dan gaulkan sampai adunan sebati. Jangan terlalu cair atau terlalau keras. Kira-kira boleh celup rotilah.


2. Panaskan minyak, apabila minyak sudah panas, celupkan roti yang telah dipotong satu persatu dan goreng hingga kekuningan. Kemudian angkat dan toskan minyak.


* Siap untuk dihidangkan pada keluarga atau tetamu. Enak dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan sos cili. 



DAGING MASAK KICAP LADA HITAM


Bahan-bahan A :-
1 sudu planta
2 sudu minyak masak
1 mangkuk daging - dipotong dadu 
Secubit garam
Sedikit serbuk kunyit


Bahan-bahan B :-
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih - ditumbuk
4 ulas bawang merah - ditumbuk
½ sudu besar lada hitam - ditumbuk 
½ sudu kecil serbuk lada hitam aji
2cm halia - dihiris 
1 sudu kecil cili boh
1 serpihan kecil kulit kayu manis
1 biji bawang besar - dihiris bulat 
1 sudu  besar kicap pekat 
2 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa
1 cawan air


Cara-cara membuatnya :-
1. Panaskan minyak masak bersama planta. Gaulkan daging dengan garam
    serta serbuk kunyit. Goreng hingg kekuningan. Kemudian angkat dan 
    ketepikan.


2. Panaskan minyak masak bersama planta, tumiskan bahan-bahan yang 
    telah ditumbuk hingga  naik bau. Masukkan cili boh dan tumis sampai 
    pecah minyak.


3. Kemudian masukkan kicap pekat, kicap manis, halia, serpihan 
    kulit kayu manis, serbuk lada hitam dan air.


4. Biarkan ia mendidih, setelah itu kacau dan kacau sehingga ia kering.
    Perlahankan api, masukkan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan 
    Bawang besar, gaulkan dan terus tutup api. Angkat dan hidangkan.
    Taburkan sedikit daun sup atau bawang goreng untuk hiasan.


DAGING CINCANG & KACANG PANGGANG

Bahan-bahannya :-
4sudu besar planta 
500gm daging cincang 
1mangkuk air rebusan tulang atau daging
1 tin kacang panggang
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 biji tomato (dipotong dadu)
2 sudu  serbuk cili 
1 biji cili merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris) 
Sedikit garam dan gula


Cara-cara membuatnya :-
1.  Kacang parang direndam dan direbus hingga lembut. Daging cincang digoreng hingga kekuningan dan empuk, ketepikan.


2.  Panaskan planta dalam periuk, tumiskan bawang putih, bawang besar, dan tomato.


3.  Masukkan serbuk cili, cili merah, daging cincang, garam, gula, dan air rebusan. Kecilkan api dan biarkan mereneh hingga pekat.


4.  Akhir sekali, masukkan kacang parang dan dikacau rata.


5.  Masukkan masakan ini dalam bekas tahan panas. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180°c hingga kekuningan.