Nota Ibu Dan Si Manja

 SAAT-SAAT AWAL KELAHIRAN
Pada awal kelahiran ini pasti masa yang amat berharga buat si ibu dan si ayah. Ketika inilah air mata kegembiraan berlinangan tanda syukur pada Yang Maha Esa kerana telah memberi seorang zuriat yang ditunggu-tunggu selama ini. Apatah lagi si manja yang lahir itu anak pertama. Alangakah gembira yang tidak terhingga semua ahli keluarga.

Ibu doakan kepada ibu-ibu yang bakal melahirkan
anak, semoga anda semua mendapat apa sahaja yang diidamkan
 dan jangan lupa kepada yang memberikannya.

Selesai sahaja kegembiraan disambut, perkara pertama yang harus dilakukan oleh si  ibu adalah menyusukan anaknya dengan susu ibu. Di sini ibu sarankan kepada semua ibu-ibu supaya menyusu si manja anda dengan susu ibu. Susu ibu adalah susu terbaik untu si manja anda. Susu ibu dapat mengeratkan kasih sayang di antara anda dan si manja – ikatan yang berkekalan sepanjang hayat. Ia juga membantu si manja menjadi lebih sihat dan pintar. Alhamdulillah semua anak-anak ibu, ibu bekalkan dengan susu ibu dari lahir sampai diorang sendiri dah tak nak.



FAEDAH PENYUSUAN ANAK
  • Susu ibu merupakan makanan terbaik untuk kanak-kanak. Ia mengandungi kesemua nutrien dalam jumlah yang sesuai dan kandungannya berubah mengikut keperluan tumbesaran kanak-kanak.
  • Dengan susu ibu, ia dapat mencegah pelbai penyakit kepada si manja anda. Susu ibu dapat melindungi si manja daripada terkena kuning, cirit-birit, demam selsema, asma, dan lain-lain.
  • Susu ibu juga akan menjadikan si manja anak pintar dan cergas.
  • Apabila anda menyusukan anak anda dengan susu ibu, dengan sendirinya hubungan anda dengan si manja lebih akrab. Susu ibu juga dapat mengeratkan lagi kasih sayang di antara ibu dan si manja.
  • Ia juga dapat mengurangkan kos perbelanjaan susu kerana free je..tak payah bayar..lagipun mudah untuk ibu-ibu pergi ke hulu ke hilir, tak payah nak susah-susah bawa air panas, air masak, dan susu. Ibu yang susah sikit big al, sebab dia sendiri tak nak minum, sebualan je minum susu ibu. Abang2 ngan kakak dia    semua berhenti susu sendiri.



What’s in Breast Milk

Bagi bayi, susu ibu adalah makanan terbaik dan paling lengkap. Salah satu khasiat istimewa dalam susu ibu ialah alfa-laktalbumin, yang  juga dikenali sebagai alfa-protein.
Ada dua kategori protein susu dalam susu ibu – protein wei & kasein.

Berlainan dengan susu lembu yang mengandungi sebahagian besar protein kasein
(20% wei berbanding 80% kasein), susu ibu mengandungi lebih banyak wei
(60% wei berbanding 40% kasein). Alfa protein adalah komponen protein wei utama yang ditemui dalam susu ibu.

Beta-laktoglobulin adalah salah satu komponen protein wei, yang mungkin merupakan pemangkin reaksi alahan pada kanak-kanak. Protein ini kebiasaannya tidak wujud dalam susu ibu. Alfa-laktalbumin (Alfa-protein) adalah protein yang wujud dalam susu semua jenis mamalia. Dalam susu ibu, ia merupakan komponen utama protein wei dan membentuk 25-35% daripada jumlah protein. Ia juga merupakan sumber asid amino dan kaya dengan triptofan dan sisteina.

Susu ibu mengandungi kandungan triptofan dan sisteina dalam kepekatan yang lebih tinggi kerana nisbah wei terhadap kasein yang tinggi berbanding dengan susu ibu.  

Memahami Mata Si Manja

Bayi yang baru lahir lebih mudah terganggu berbanding mata orang dewasa. Liang air mata dan refleks air mata bayi masih belum berkembang  sepenuhnya semasa lahir dan hanya terbentuk selepas enam minggu bayi di lahirkan. Ini menjadikan mereka kurang berupaya mengeluarkan air mata untuk mengeluarkan gangguan bendasing.

Mata kanak-kanak mudah terdedah kepada kerosakan terutamanya oleh cahaya biru yang tidak ditapis oleh kornea mata sebelum ia sampai ke retina belakang mata. 

Perasaan paling best masa  dia pandang kita, kita dapat rasa kasih sayang dalam dirinya pada  kita n dia pun same dapat rasa kita kasih ke dia. Masa ni, cara dia berbual dengan kita adalah melalui matanya. Ibu suka sangat tengok gaya mata anak-anak.. kelakar sangat. Adik suka kedip mata, Kakak, dia suka buat mata juling, Abang pulak suka bulatkan mata, Big Al suka pejam mata, siap mimik muka macam orang makan asam lagi... pah tu dia suka ha..ha.. macam2 lagilah. Tapi, tulah penghibur di kala suka n duka..betul tak? Cara diorang nak ambil hati kitalah katakan...

# Oleh itu, bagi para ibu di luar sana hendaklah memilih produk penjagaan bayi yang baik dan bermutu bukan lihat pada hargannya semata-mata. Ibu kebiasaannya menggunakan jenama SUDZY yang ibu amat pasti kualiti, harga yang berpatutan dan yang paling penting selamat untuk bayi. Sabun Badan dan Syampo SUDZY amat sesuai untuk si manja kerana ia menjaga si manja dengan sempurna.. baunya yang wangi, tidak memedihkan mata dan yang bagus sekali si manja jadi tertarik untuk mandi dengan senang. 

Jenama lain yang biasa ibu guna ialah JOHNSON’S n JOHNSON’S BABY Dengan pemahaman tentang pentingnya penjagaan mata si manja, JOHNSON’S BABY telah memulakan formulasi No More Tears 50 tahun dahulu untuk memastikan formula yag lembutuntuk mata si manja dalam semua produk pembersihannya. Ibu pun suka sangat guna produck JOHNSON’S. Yang paling kerap ibu pakai JOHNSON’S BABY MILK BATH & LOSYENnya sekali. Memang lembut bila dipakai. Wangi pulak tu..
“ Suami dan Si manja semakin sayang ”

P/S: “ Jaga-jaga dengan bahan kimia dalam produk yang anda guna “

                  { Little Eyes, Big Vision }


MEMAHAMI MULUT SI MANJA


Dalam bab memahami mulut si manja, step yang paling penting ialah kita sentiasa berbual dengan si manja supaya si manja dapat bertutur dengan lebih cepat dan baik. Cuba untuk memahami apa yang dikatakan si manja, kalau tak faham, buat2 faham dan angguk @ gelengkan kepala anda. Lama2 anda akan faham dan memahami bahasa mereka..anda kan ibu mereka..mesti faham punyalah...  Jom kongsi!!!!


Ini bab yang paling seronok sekali kerana ramai di kalangan ibu bapa menunggu saat-saat nama @ panggilan mereka dipanggil oleh si manja. Di saat inilah hati ibu-ibu mula berbunga.. IBU! MAMA! UMI! MAK! MAMIEY!  (panggilan untuk ibu)  AYAH! ABI! WALID! DADDY! PAPA! (panggilan untuk ayah)... bila si manja sebut je AYAH! IBU! macam nak pengsan dia punya parent...ada siap riuh sekampung...habis telefon saudara-mara bagitahu... punyalah exited, tapi biasanya berlaku bila first son je, bila second son macam biasa dahh... 


Ibu cadangkan bagi ibu-ibu yang ada kamera, rakamkan detik-detik manis ini supaya dapat menjadi kenangan kepada si manja anda bila mereka besar kelak. Di situ juga ia dapat membuktikan kasih sayang kita kepadanya bila dia melihatnya di masa akan datang. Ia juga sebagai ukuran perbandingan dengan adik-beradik pada usia berapakah anak pertama dan seterusnya boleh becakap..


@ Ni Ibu nak pesan tau!! Penting juga untuk anda sendiri menjaga pertuturan ketika bersama si manja kerana itu semua akan menjadi ikutan paling cepat pada si manja.



MEMAHAMI PERGERAKAN TANGAN SI MANJA


Dari awal kelahiran lagi pergerakan si manja banyak pengertiannya. Berbagai-bagai andaian atau pengertian yang telah di buat oleh kedua ibu bapa si manja itu sendiri. Kadang-kadang bukan semuanya betul akan tetapi boleh membuatkan seisi keluarga ketawa. Yang pasti setiap pergerakan si manja akan mebawa makna yang tertentu di hati si ibu. 


Begitu juga dengan memahami pergerakan tangan si manja. Ketika di awal kelahiran tiada maksud tertentu apabila si manja menggerakkan tangannya, but ia menandakan respond kasih sayang antara si manja dan si ibu. 


Kebiasaannya apabila si manja melangkau usia empat bulan ke atas, semestinya pergerakan tangannya menandakan ada sesuatu yang di maksudkan oleh si manja. Ketika inilah pergerakan tubuh banyak berlaku dan si ibu hendaklah peka membaca apa yang di maksudkan bagi setiap pergerakan.


# This is time very important for mum of learning how to do decide for baby. 


PERTUMBUHAN GIGI


Tanda-tanda awal pertumbuhan gigi :-
Terdapat pelbagai tanda awal pertumbuhan gigi, akan tetapi tanda-tanda di bawah adalah tanda-tanda yang biasa berlaku.


# Akan mengalami demam.
# Gusi sakit atau bengkak.
# Kemerahan pada pipi.
# Perubahan pada pembuangan air.
# Ruam lampin.
# Perubahan selera makan.
# Kerap terjaga dari tidur pada waktu malam.
# Ruam pada muka atau dagu.
# Sentiasa ingin menggigit mainan dan jari. 


Cara-cara merawatnya :-


Terdapat pelbagai cara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan ketidakselesaan si manja anda.