62 Petua Kebahagiaan Rumahtangga

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan. Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga bersama, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu menghadapi segalanya yang bakal menjulang kebahagian, insyaallah.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr.Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang bakal mahupun yang telah melayari rumah tangga.

1.     Doa yang berterusan.
2.     Patuh ajaran agama.
3.     Murah dengan pujian.
4.     Murah dengan khidmat.
5.     Murah dengan belaian kasih sayang.
6.     Murah dengan sentuhan.
7.     Mencari kebaikan pasangan.
8.     Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9.     Cari kebaikan dan pembaikan diri dari setiap pertengkaran.
10.     Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11.     Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12.     Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
13.     Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/berpisah sementara.
14.     Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15.     Tolak ansur.
16.     Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17.     Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18.     Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19.     Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20.     Sanggup berkorban buat pasangan.
21.     Menghormati pasangan.
22.     Berasa amat beruntung  (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23.     Perhubungan seksual yang sihat dan diredhai.
24.     Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25.     Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26.     Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27.     Meletakkan hak kepada pasangan.
28.     Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29.     Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30.     Mengawal perasaan marah. Buat perjanjian.
31.     Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32.     Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33.     Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34.     Memahami peranan ‘pasangan’.
35.     Hubungan perasaan sesama pasangan.
36.     Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci di dalam hati.
37.     Bentuk kod kasih sayang dan hanya anda berdua yang tahu.
38.     Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39.     Tujuh kali puji dan satu teguran.
40.     Sebut ‘I LOVE YOU’ sepanjang masa.
41.     Banyakkan bergurau senda dan bermesra.
42.     Sentiasa berterus terang.
43.     Beri masa untuk perubahan berlaku (banyak bersabar).
44.     Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45.     Elakkan salah pasangan.
46.     Cari titik permulaan.
47.     Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48.     Lebih banyak memberi daripada menerima.
49.     Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50.     Sentiasa bersemangat – Bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51.     Seimbangkan hubungan dari segi :
          (a)    Mental.
          (b)    Emosi.
          (c)    Fizikal.
          (d)    Sosial.
          (e)    Spritual.
          (f)    Pendidikan dan ilmu.
          (g)    Ekonomi.
52.     Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53.     Tidak terlalu mengongkong.
54.     Tidak bertindak bersendirian.
55.     Memberi peluang untuk berbeza :
          (a)    Pendapat atau pandangan.
          (b)    Hobi.
          (c)    Kegemaran.
          (d)    Cita rasa.
          (e)    Warna pilihan.
          (f)    Makanan dan minuman.
          (g)    Impian atau cita-cita dan sebagainya.
56.     Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57.     Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negetif.
58.     Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59.     Tidak meminta yang bukan-bukan.
60.     Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61.     Mencari kelainan dan perubahan positif.
62.     Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

Ini tambahan dari ibu....
63.     Salah seorang mesti bertolak ansur (ketika berlaku pergaduhan besar@kecil).
64.     Paling mustahak adalah kesabaran dan keikhlasan.
65.    Sentiasa ingat kepada pencipta sekelian alam.     


Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Inikan Pula Suami Isteri..