Seronoknya hari raya

Assalamualaikum... 
Firstly,  ibu minta maaf  sebab hari raya baru2 ni , ibu diam sejenak... Bukan apa, hari raya pertama sampai hari raya ke 5, ibu sedih lah jugak sebab tak dapat balik beraya Di kampung dek kereta rosak.

Actually, ibu ingat tahun nie,  kami sekeluarga tak dapat nak beraya lah..  Mybe raya haji ni pulak lah baru balik,  tu pun jika ibu tak bersalin lagi lah..

Itulah yang dikatakan ketentuan Allah,  kita hanya merancang,  akan tetapi Allah lah sebaik-baik perancang. Inilah kali pertama pengalaman beraya di perantauan tanpa arah tuju .

Bukannya tak pernah pun beraya di perantauan dan tak balik kampung. Dulu masa tinggal di Perak,  kami beraya sakan jer walaupun tak balik beraya di kampung.  Cuma bila kereta rosak memang susah nak pergi ke mana2 saje di tambah pula dengan ibu yang kurang kenal lagi orang di sekeliling rumah ni sebab ibu kan baru pindah.

So,  first raya tu kira ok lah lagi sebab dapat pergi beraya kat area2 rumah.  Cuma bila masuk jer raya kedua dan seterusnya, anak2 dah mula bising tanya macam2 soalan ceput emas seperti "Ibu, bila nak balik kampungnya?" "Ibu kata nak jalan2,raya rumah orang?". Ibu sendiri tak tahu nak cakap apa,  just bagi diorang penjelasan sampai diorang faham jerlah..

Alhamdulillah, pada hari raya ke5, kitorang dapat sms yang mengatakan kereta sudah siap dibaiki.  Alhamdulillah, akhirnya kami dapat juga balik kampung halaman untuk beraya. Sukanya budak2 ni bila dapat beraya.

Rupa2nya, ada hikmah juga balik lewat,  sekurang kurangnya dapat jua ibu berjalan sekeliling kampung menziarahi saudara mara yang telah uzur di akhir usia. Lama dah ibu tak pergi jalan2 keliling kampung macam masa kecil2 dulu. Dulu best kalau time raya,  habis semua rumah pergi. Suka sangat dapat kutip duit raya. So, bila dapat peluang berjalan kaki macam dulu2, apa lagi...

Anyway, raya tahun ni is almost perfect jer walaupun hanya 2hari and lewat dari orang lain,  alhamdulillah... Walaupun raya tahun ni cukup berbeza dari tahun2 yang sebelum ni, ibu still berpuas hati.  Apapun, gambar2 kenangan raya tetap ada..  Semuanya adalah pengalaman kan? Kawan2 macam mana? Komen lah sikit,  mesti beraya sakan nie.. 

Gambar2 kenangan hari raya pertama

0 comments : Apa Pendapat Anda! Terma dan Syarat ▼
Sila Ambil Perhatian:
GO GET IBU tidak akan bertoleransi terhadap tilisan berbentuk SPAM. Komen yang dilihat melampau, tidak bertanggungjawab, menghina agama dan ahli-ahlinya akan dipadam sebaik sahaja dikesan oleh IBU. Kindly respect others!!!

There was an error in this gadget