Minum " Air gula " untuk ibu mengandung

Assalamualaikum kawan-kawan semua... Apa khabar? sihat ke hari ni? Ibu sekeluarga alhamdulillah sihat...

Tonite, ibu nak kongsi sikit cerita pasal pengalaman ibu minum air gula kat klinik pagi tadi...
Kalau di ikutkan sebenarnya ibu kena minum pada 4hb 8, tp hari nie baru pergi klinik... hehehe

Kan raya hari tu ibu balik raya di kampung dah masuk raya ke5... So, bila excited sangat boleh balik kampung tu, mulalah lupa yang ibu kena pergi minum air gula di klinik. Bila balik semula ke Kota Bharu pun, dah jadi betul2 lupa la pulak... hahahaha

Pagi tadi baru teringat, tu pun sebab nak kemas2 sikit hand bag, tup2 terlihat kat depan buku merah kertas temujanji minum " Air gula"  Alamak...!!! Tarikh dah lepas lama lah...(terdetik dalam hati)...  Apa lagi, terus ibu call klinik untuk sahihkan balik macam mana, mujur nurse baik2. Ingatkan kena marah...

So, diorang bagi lah tarikh baru iaitu jatuh pada hari ni oleh kerana hari ni adalah hari check up untuk ibu2 yang mengandung cuma kawasan lain, bukan kawasan kampung yang ibu menetap... First, ibu berdebar2 jugak sebab dengar kawan2 asyik bercerita yang minum air gula nie sangat2 lah tak sedap but bila dah jejak kaki at klinik, terus hilang rase berdebar tue....

For your information, first time ibu minum air gula ni tau... Sebelum nie mengandung 5orang anak, takde pulak nak kena minum air gula nie... BIla tanya nurse pasal apa kena minum, baru ibu tahu yang diorang start benda nie dri tahun lepas lagi sebenarnya... Bila seseorang itu berumur lingkungan 25tahun dan ke atas memang kena minum air gula. tue.. (dek faktor umur katanya)

First, kena ambil darah dulu, and then diorang suruh habiskan 1gelas air gula... Masa nak minum tu, bermacam2 soalan bermain di kepala, macam manalah agaknya rasa air gula ni yer? betul ke tak sedap seperti yang kawan beritahu? Payau sangat ke? Manis sangat ke? Siap ada kawan2 yang nak termuntah lah bila minum dan berbagai2 lagi respond dari kawan2 pasal air gula nie...

Tanpa berlengah, ibu terus teguk perlahan2, ternyata betul apa yang di khabarkan yang air gula tu tersangat2 lah manis di campur dengan rasa yang cukup payau... memang rasa nak temuntah pun ada, terpaksalah tahan ... Alhamdulillah habis semuanya, cuma last selepas habis jer minum, ibu termuntah jugaklah sikit...

Dalam masa 2jam lagi, kena ambil darah sekali lagi.... But, dalam tempoh 2jam tu, diorang pesan suruh rest jer, tak boleh makan, tak boleh minum and buat apa2 kerja sampai berpeluh...
So, ibu ambil keputusan untuk balik rumah dulu, rest kat rumah jer... Rumah dekat jer dengan klinik, tu yang balik lah dulu, mudah sikit rest kat rumah dari menunggu 2jam kat klinik yang sesak dengan orang ramai tue... Jam 10.30, ibu pergi semula ke klinik. Kali nie kejap jer, just ambil darah and terus boleh balik...

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar... Bila ibu tanya nurse keputusan tu boleh tahu bila sama ada ibu kena tunggu lagi terus diorang jawab keputusan tue akan keluar 2minggu lagi... Apa lagi, ibu pun balik lah.. Sampai jer rumah, terus makan nasi, laparlah dari semalam lagi tak makan... Lega rasanya semuanya dah selesai jua Harap2 keputusan nanti menunjukkan kesan yang  baik2 jer... Ibu pun kena pergi klinik lagi 20hb 8 nie untuk check up bulanan seperti biasa... itulah rutin bagi ibu2 mengandung....






0 Ulasan