Di ambang gerbang 30an

Assalamualaikum semua teman2...

Hari ini, tanggal 09.08.2014 genap lah umur ibu 30th.. Dah masuk kelab 30an lah pulak.. Dulu dalam kelab 20an lagi, boleh lah rasa diri ini masih muda remaja.. Sekarang kenalah rasa diri ini dah berumur kan.. Hehehehe 

Terasa cepat masa berlalu.. Pejam celik pejam celik, anak2 semua semakin membesar.. Macam tak percaya pulak ibu dah masuk 30an and then dah ada 5org anak and tak lama lagi dah nak masuk 6 orang anak.. Tersenyum sorang2 lah pulak malam nie bile terkenang status "30an" tue.. hehehe

Whatsoever, perjuangan harus diteruskan.. Amalan kita pun harus dipertingkatkan tak kiralah 20an, 30an dan seterusnya.. Betul tak teman2?

Dalam kegembiraan menyambut hari lahir, ibu tetap berduka atas peperangan di gaza yang baru sahaja bermula pada jam 2ptg tadi selepas 72jam genjatan senjata sementara.. 

Apa jua yang sedang berlaku di sana, kita yang sedang aman di sini, haruslah berbanyak2 bersyukur kerana masih di beri peluang untuk beribadah dan bertaubat di atas segala kesalahan2 kita yang lalu..

So, pesan ibu pada diri sendiri dan teman2 ibu, jangan buang usia kita dengan sia2.. Selagi hayat di kandung badan, gunalah ia sebaik2 mungkin untuk terus memperbaiki diri ke arah yang lebih baik..

0 Ulasan