Selamat Hari Raya Aidilfitri

Di kesempatan yang ada ini, ibu menyusun sepuluh jari memohon beribu2 kemaafan andai kata ada salah dan silap selama ini...

Terimalah beberapa Ungkapan "Pantun Raya" untuk anda semua..

Lapar Puasa Terketar2,
Bila berbuka lega rasanya,
Kad raya tak sempat nak hantar,
SMS pun kira oklah ye…!

Cincin disarung hati berdebar,
Jarinan lembut wajah terhias,
Ramadan disambut penuh sabar,
Aidilfitri disambut dengan meriah.

Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
memohon dimaaf kekhilafan diri,

Cahaya ramadam berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati..

“Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”.

Katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan...

Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah AIDIL Fitri,
NAk antar KAD RAYA Posmen dah cuti,
SMS aje penggganti diri

Jika jiwa sebening air,
maka jangan keruhkan.
Jika hati seputih awan,
jangan mendungkan.
Raih kemenangan dengan saling bermaafan.

ambangan indah lagi Berseri,
Mnjadi hiasan diAidilfitri,
SMS dkirim pengganti diri.
Tanda ingatan tk lupa dihati.

“Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.

”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hari raya”.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Ikhlas dari Ibu Sekeluarga :
Nurul Fatihah (Ibu)
Mohd Zulkifli (Ayoh)
Mahkota Badrul Shah (Abang)
Intan Shakira (Kakak)
Mahkota Mahmud Shah (Adik)
Mahkota Al-Idrus Shah (Big Al)
Intan Nur Shafiqah (Nono)

0 Ulasan