Pertempuran di Gaza semakin sengit


Dunia Islam masih lagi dilakar dengan tangisan duka ummah, darah yang berkubang di Syria yang telah mengorbankan lebih 200 000 nyawa, jutaan rakyat syria yang bergelandangan di sempadan negara.

             Image result for pertempuran di gazaImage result for pertempuran di gazaImage result for pertempuran di gazaImage result for pertempuran di gaza

Israel dan Hamas melanjutkan saling serang dengan sengit, hari Sabtu, sementara pasukan Israel berkumpul di perbatasan Gaza, bersiap akan kemungkinan serangan darat. Militer Israel melancarkan lebih dari 200 serangan udara terhadap Jalur Gaza yang dikuasai Hamas hari Sabtu, menarget gedung-gedung pemerintah termasuk kantor Perdana Menteri Ismail Haniyeh dan Kabinet Hamas. Haniyeh tidak berada di sana ketika itu. Misil Israel juga menghantam lokasi-lokasi peluncuran roket dan terowongan-terowongan penyelundupan senjata.

Palestin belum berhenti menangis pilu, 66 tahun Nakbah yang menghilang mereka daripada peta dunia. Kerajaan campuran yang dibentuk antara Fatah dan Hamas belum lagi terbayang cahaya dihujung terowong, warga Palestin masih dijeruk kejerihan. Hamas yang diserang habis-habisan terus berusaha menyerang balik. Suara sirine serangan udara bergema di Israel selatan, ketika orang-orang Palestina menembakkan puluhan roket ke seberang perbatasan Gaza. Suara sirine itu membuat warga Israel berlarian ke tempat-tempat perlindungan , sehingga jalan-jalan menjadi lengang.

Bosnia Herzegovina yang dilanda banjir paling buruk dalam sejarahnya, juga dengan sejuta nyawa yang terkorban dua puluh tahun lampau, masih tersisa kesengsaraan. Myanmar sesiapa pun tak endah, dengan puluhan ribu muslim disembelih kejam, tanpa kewarganegaraan yang sah, sangat ironis dengan jeritan kegembiraan gol menerjah gawang. Berjejeran pula darah muslim Afrika Tengah minta didengari.. kita pula memekakkan telinga, sambil mengunyah kacang, mencicip kopi panas , menyorak sorai perlawanan bola, diam tak berkutik untuk derita ummah!

Teman semua...
Langit tak selalu cerah, gerah boleh menerjah kita dimana-mana pun , maka berpada-padalah dalam hidup ini. Ramadhan yang berkah telah kunjung tiba , bulan maghfirah sejuta warna, bulan para pendosa berpeluang membasuh noda. Jangan pula Ramadhan karim tahun ini hilang erti kerana keobsesan kita pada sebuah piala Dunia. Jom terus  berdoa dan membantu ummah.. Dalam hitungan dan unjuran kita pada Brazil, Argentina, Belanda, Sepanyol, England, adalah wajar juga kita TIDAK lupakan Gaza, Syria, Mesir, Myanmar, Afrika Tengah dan peta luka umat Islam yang lain.

Terkini, Gaza berkubang darah saat peminat-peminat sukan bolasepak dunia meratapi kekalahan  pasukan Brazil, ada yang menangis sampai lupa diri dan sebagainya.. Di sana, dentuman bom telah meratah warga Gaza, Khan Younis, Zaitun, Deir Balah, Jabalieh. Asap sedang menjulang ke udara bersama isak tangis kesakitan masyarakat Gaza yang tak dipedulikan dunia. Puing bangunan berserakan termasuk kemusnahan pada masjid, sekolah dan premis awam yang lain, Zionist kononnya ingin membedil rumah pejuang-pejuang HAMAS tetapi ternyata mereka pembohong nombor wahid dalam dunia. Visual menunjukkan mayat kanak-kanak , wanita, orang awam yang syahid mati di bunuh di bulan jihad ini, ramadhan syahrul jihad yang tak pernah berbohong menyaksikan kemenangan Islam.

Ketika ini, pejuang al Qassam iaitu sayap tentera HAMAS sedang melancarkan serangan balas yang gencar, termasuk serangan paling nekad unit komando al Qassam yang berenang sejauh enam kilometer ke perairan Israel dan berjaya menyerang pengkalan tentera laut Israel. Roket-roket al Qassam juga menghujani Haifa, bahkan Tel Aviv sehingga menimbulkan kepanikan luarbiasa rakyat entiti haram Israel. Saat Israel mengerahkan pasukan simpanan tenteranya seramai 40 000 orang untuk menggempur garisan peperangan, warga Gaza sedang berbaiah untuk menjadi peminang bidadari di bulan jihad ini. Laungan takbir, qunut nazilah sedang menggema di setiap inci tanah Gaza, " jaisyu Muhammad" akan mengejar kamu wahai Yahudi laknat kerana ramadhan tidak pernah melemahkan urat nadi dan api semarak para pencinta kafilah syuhada. 

Pada umat Islam semua, kita bersolidariti dengan kesakitan saudara aqidah kita di Gaza. Duka mereka ialah luka kita, jerih mereka adalah tangis kita, Gaza akan menuntut hak mereka di akhirat sana. Ayuh bantu mereka hatta walau hanya dengan doa kalian.

Dalam tangisan sedih para mujahid, ada juga kegembiraan kerana berlaku juga peristiw2 ajaib ketika serangan berlaku contohnya Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

ketika sessi Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???  

Satu lagi peristiwa di mana Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata, mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya. Mungkin inilah yang di katakan pertolongan yang di hantar oleh ALLAH untuk menunjukkan kekuasaannya...
Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia.

Apa2 pun, ibu menyeru kepada kawan2 semua dan juga seluruh umat islam, teruskanlah berdoa dan ini juga adalah peringatan untuk diri kita sendiri supaya tidak selalu leka...


0 comments : Apa Pendapat Anda! Terma dan Syarat ▼
Sila Ambil Perhatian:
GO GET IBU tidak akan bertoleransi terhadap tilisan berbentuk SPAM. Komen yang dilihat melampau, tidak bertanggungjawab, menghina agama dan ahli-ahlinya akan dipadam sebaik sahaja dikesan oleh IBU. Kindly respect others!!!

There was an error in this gadget