Disebalik insiden MH17

INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAAJI'UUN... dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

Yang pasti tiada siapa mampu menangguhkan apatah lagi mengingkari sebarang kemungkinan yang telah ditetapkan Allat Taala. Semoga kita semua sentiasa mendahulukan penglihatan matahati kita kepada Allah Taala dahulu, sebelum diletakkan kepada makhluk. Insya Allah.

MH370 ....... MH17

Peristiwa ke dua untuk kita rakyat Malaysia, melibatkan MAS dan Boeing. Selain daripada org2 yang sudah tahu dan memahami terlebih awal dari kita, hanya Allah sahaja yang tahu. Terlajak kata dikhuatiri menimbulkan fitnah.
MH370 semakin dilupakan. Ibu cuma nak cakap pasal berita terbaru ni je.

MH17...17 Julai.

Pendapat ibu mudah saja. HIDDEN AGENDA - Mengalihkan tumpuan dunia terhadap kekejaman ISRAEL di bumi GAZA.Satu dunia sedang melihat kekejaman Israel di Palestin dan banyak negara di dunia mula melancarkan protes, demo dan boycott secara besar-besaran. 

Tiba2, pesawat M'sia Airlines MH17 pula dijadikan kambing hitam baru slps peritiwa MH370 yg masih mnjadi misteri yg belum terungkai. Ditembak dgn missile dan terhempas di bumi Ukraine yg sedang bergolak menjadikan keadaan atau krisis semakin sulit dan bakal merumitkan lagi proses damai. Masing2 saling menuding jari mencari siapa dan kenapa, bagaimana dan mengapa.

Maka, satu dunia pun beralih ke MH17...sedangkan di Gaza, serangan baru 24 jam dilepaskan pihak Israel..bumi Syria pun tiada siapa yg peduli. Penduduk islam Palestine dan Syria dibantai saban hari. Maka, episod duka umat islam Gaza akan berterusan kerana MH17 bakal mengambil alih ruang utama di dada akhbar dan media...agak IBU itulah agendanya. 

Jalan ceritanya berbeza, tetapi matlamatnya tetap sama.

 " Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka . Katakanlah : " Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk ( yang benar ) " . Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu , maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu . " (Surah Al-Baqarah : 120 ) .
 

0 comments : Apa Pendapat Anda! Terma dan Syarat ▼
Sila Ambil Perhatian:
GO GET IBU tidak akan bertoleransi terhadap tilisan berbentuk SPAM. Komen yang dilihat melampau, tidak bertanggungjawab, menghina agama dan ahli-ahlinya akan dipadam sebaik sahaja dikesan oleh IBU. Kindly respect others!!!

There was an error in this gadget