Ceritanya Beginiii........


Assalamualaikum semua…..

Alhamdulillah, akhirnya selesai jua ibu kemaskinikan balik blog ibu walaupun serba kekurangan…  Banyak jugak dugaan untuk kemaskini balik blog yang sudah lama ditinggalkan nie… Bila kita nak tukar jer yang baru, terus dia jadi macam Log tak boleh nak buang yang lama tu… Untung ada suami yang pandai sikit2 bab nie, bolehlah dia tolong ibu.. Tq My Dear…

Ok, kita sambung balik cerita pasal apa ibu stop berceloteh beberapa tahun nie…  Tak silap ibu lah kan, ada ibu up date last bulan Jan 2012 pasal ibu pindah dari perak balik ke Pulau Musang,Terengganu and then dari Pulau Musang ke Durian Burung…  Masa kitorang mula2 pindah, ibu tak lah sesibuk mana just sibuk simpan barang2 n kemas rumah ajer.. Kira sempatlah nak jenguk2 internet time anak2 tidur.. 

Few month later, ibu telah buka kedai makan masakan panas juga berniaga ice blended kat tanah kosong arwah tokki sebelah rumah kitorang.. Buka pulak dari pagi sampai malam.. Kalau kawan2 nak tahu, mase tu ibu sedang pregnant anak yang kelima tau..  Alhamdulillah, kudrat kuat Allah bagi untuk ibu  berniaga walaupun tengah sarat mengandung, minatlah katakan…. So, sebab itulah ibu jarang sangat mengadap depan computer untuk layari internet..  Yerlah, sari suntuk berniaga, penatlah kan.. 

Ibu berniaga sampailah ibu sakit nak melahirkan anak yang keima..  Lepas jer selesai ibu melahirkan, tup2 suami dapat panggilan dari kawan karibnya… Alhamdulillah, rezeki anak agaknya, suami ibu dapat peluang pekerjaan yang bagus dengan kawan karib dia di Kota Bharu… Apa lagi, suami ibu bersetuju untuk berkerja di sana.. Sempatlah jugaklah  berpantang di rumah Ma ibu seminggu, then kitorang satu keluarga pindah ke Kota Bharu… 

So, kedai tu tutup begitu sahaja sebab adik2 pun tak nak ambik alih.. Bila dah tak berniaga di tambah pulak dengan habis dah berpantang, adalah mase terluang sikit… Mase tu ibu adalah cuba nak maintain balik blog ibu nie, tup2 terkejut ibu bila buka jer blog terus jadi ERROR n tak boleh nak masuk langsung… Bila ibu tanya orang n checking balik rupa2nya dek kerana ibu tak maintain dalam tempoh yang lama…

Memang  frustrated lah mula2 tu, hari demi hari, mimggu demi minggu, macam2 cara dah ibu bersama suami usahakan but kitorang still tak Berjaya… Than and than kitorang  dah redha pasal blog nie..  One night, sedang leka ibu n suami bercerita pasal cerita2 dulu, terkeluar topic pasal blog ibu, apa lagi terus kitorang cuba buat kali kedua.. kali ni suami ibu nekad sangat nak cuba sampai berjaya masuk balik dalam blog ibu because dia tahu ibu sayang sangat kat “ Gogetibu “. Kalau buat baru pun, memang tak dapat dah guna balik nama “gogetibu” tue.. 

Alhmadulillah peluang kedua diterima akhirnya… Mybe berkat Ramadhan yang mulia, bulan di mana Allah memakbulkan doa hambanya..  For your information, ibu sekarang sedang pregnant  anak yng ke enam tau... Nanti  ibu cerita balik pasal anak yang ke lima n info kehamilan yang ke enam nie yer… 

Ok lah, sampai sini dulu lah yer.. ibu nak masuk dapur jap, nak panaskan lauk sikit untuk sahur nanti.. Pada kawan2 ibu, ibu ucapkan  selamat bersahur lah yer…. Ibu mintak diri dulu.. Assalamualaikum…  

0 Ulasan