Celoteh Ibu



Assalamualaikum teman-teman ibu semua…

Macam mana puasa tahun nie? Ada kemajuan diri berbanding tahun2 lepas? Dah start latih anak2 berpuasa? Anak-anak yang besar, puasa penuh tak tahun nie? Anak2 ibu Alhamdulillah, semua puasa penuh empat2 orang macam tahun lepas… Big-Al yang baru 4tahun pun nak joint berpuasa sama seperti tahun lepas. Nak buat macam mana, dia sendiri yang nak, Ibu tak paksa... Lagipun dia sendiri sebut “Big- Al kuat” sambil tunjuk aksi tangan kuatnya.. Tahun lepas, memang agak susah lah sikit nak latih diorang. Dugaan pun banyak berbanding tahun nie sebab diorang masa tu kan baru nak berlatih berpuasa… 

Ibu ingat lagi, macam2 ragam protest ada.. Bila petang jer, terpaksalah tahan telinga nie dengar diorang mintak nasi dan air di tambah pula dengan bermacam2 soalan seperti “Ibu, bila nak azan maghrib nie?” “Ibu, bila boleh minum nie, dahaga lah” dan macam2 soalan lagi… Rasa nak tutup lubang telinga nie dengan kapas. Tahu sajerlah, time tu kan kita orang perempuan tengah sibuk kat dapur nak masak, jadi kelam kabut di buatnya.. So, tahun nie diorang dah jadi biasa dan telah faham apa erti sebenar berpuasa di bulan ramadhan, Alhamdulillah… 

Masalahnya, puasa tahun nie Ibu pulak yang tak bertenaga seperti tahun2 sebelum nie… Tubuh selalu rasa letih dan lemah, kadang2 rasa mengantuk lain macam… Orang tua2 kata, bawakan budak dalam perut… So, Bila anak2 dah OK, ibu pulak yang KO nyer… hehehehe  

Normally, setiap kali ibu pregnant, ibu akan jadi lebih aktif dan cergas daripada biasa dalam melakukan kerja rumah dan sebagainya… But pregnant kali nie, lain macam sikit… Maybe, pregnant anak2 sebelum ni, ibu tak pernah rasa letih, lesu, alahan, muntah2, dan sebagainya yang biasa di lalui oleh wanita2 lain…  Alhamdulillah, itu semua nikmat dari Allah…

 So, pregnant kali ni, first time ibu rasa macam mana rasa “Alahan” tu sebenarnya… Memang tidak dapat di nafikan, first day ibu muntah tu, memang perit anak tekak… Pantang makanan masuk dalam perut, mesti keluar balik selepas makan… Kadang2 tu, baru sajer nak masuk mulut, dah tak boleh tahan sebab lauk yang terhidang depan mata terdiri daripada ikan atau pun telur… Ayam dan daging boleh di terima lagi… Huhuhuhu

Habis jer 3bulan mengharungi liku2 alahan, tup2 dapat pulak satu penyakit baru, badan ibu jadi lesu dan tidak bermaya untuk membuat kerja rumah… Kadang2 rasa mengantuk yang teramat sangat sampaikan ibu sendiri pun tidak tahu puncanya… Nak kata tidur lewat, tak silap bulan puasa nie tidur awal jer. Nak kata tak cukup tidur, rasanya terlebih tidur lah kot…. 

Puasa tahun ni, memang ibu kena banyak2 bersabar. Dugaan paling genting sekali ialah Che Nono buat hal dah.. Yerlah kan, dahlah ibu tengah sarat pregnant, dengan tubuh yang letihnya, che Nono pulak buat hal tak boleh nak berenggang langsung dengan ibu… Sekejap2 mintak dukung, sekejap2 nangis manja dia tu. Nak marah, tak jadi nak marah bila tengok muka cute dia tue. So, layan jerlah… 

Ok,lah… Rasanya setakat ni jerlah dulu celoteh ibu di bulan puasa nie… Sakit pinggang nak duduk lama2 depan skrin computer nie… Raya pun tak lama dah nie dan bulan ramadhan pun tak lama lagi akan menutup tirainya. So, pesan ibu pada semua kawan2, jom sama2 lah kita mempertingkatkan amalan di saat2 akhir ramdhan nie… Insyaallah kita semua tergolong dalam golongan orang2 yang beriman. Ibu undurkan diri dulu yer… 
Assalamualaikum w.b.t…

0 Ulasan