Briged Al-Qassam tentera Allah



 
Mungkin ramai yang tidak tahu dngan lebih detail pasal Briged Al-Qassam nie..Jadi, ibu tolong dapatkan info yang lebih terang dan jelas untuk teman2 ibu semua pasal tentera Allah nie.. Mereka betul2 berjuang fisabilillah (di jalan Allah).. Allahhu Akbar 3x!!!!

Briged Izz ad-Din al-Qassam (كتائب الشهيد عز الدين القسام; dinamakan bersempena dengan nama Izz ad-Din al-Qassam, kadang kala diringkaskan kepada Briged Al-Qassam) ialah sayap bersenjata kepada pertubuhan sosial-politik Palestin, Hamas. Ditubuhkan pada 1992, di bawah penyeliaan Yahya Ayash, matlamat utama kumpulan tersebut ialah membina organisasi ketenteraan jelas bagi menyokong matlamat Hamas, yang pada masa itu berkait dengan menghalang perundingan Persefahaman Oslo. Dari 1994 hingga 2000, Briged Izz ad-Din al-Qassam melaksanakan beberapa serangan ke atas tentera dan orang Israel.
Pada permulaan Intifada Kedua, kumpulan ini menjadi sasaran utama Israel. Kekuatan kumpulan dan keupayaannya bagi melaksanakan serangan rumit dan membawa maut mengejutkan ramai pemerhati. Briged Izz ad-Din al-Qassam mengoperasi beberapa sel di Tebing Barat, tetapi kebanyakannya telah dimusnahkan menjelang 2004 selepas sejumlah besar operasi Pasukan Pertahanan Israel (IDF) di kawasan tersebut.[petikan diperlukan] Sebaliknya, Hamas mengekalkan kehadiran berkuasa di Genting Gaza, umumnya dianggap sebagai kubu kuatnya.
Briged Izz ad-Din al-Qassam disenaraikan sebagai organisasi pengganas oleh Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom…

Dari segi bahasa, Izz bermaksud 'pertolongan', 'ketaatan' atau 'kebanggaan', manakala Din bermaksud 'agama'. Al-Qassam boleh diterjemah sebagai 'pemisah'.
Dari segi sejarah, Izz ad-Din al-Qassam ialah nama seorang mujahid yang gugur syahid pada 1935 berdekatan Jenin. Al-Qassam dilahirkan di Syria dan dibuang ke Palestin kerana menentang pendudukan Perancis di Syria dan Lubnan. Di Palestin, dia meneruskan perjuangannya dengan menentang pendudukan British yang telah berjanji untuk menjadikan Palestin sebagai tanah air bangsa Yahudi yang menyebabkan masyarakat asal Palestin ditindas.
Briged Izz ad-Din al-Qassam dinamakan bersempena nama beliau.

Latar Belakang

Pada tahun 1984 Syeikh Ahmad Yassin, Salah Shehadeh, Dr. Ibrahim Maqadima dan tokoh-tokoh yang lain bersedia untuk menubuhkan pasukan bersenjata untuk menentang penjajahan. Usaha mereka tertumpu pada mengumpul kekuatan persenjataan untuk aktiviti masa hadapan. Walau bagaimanapun, ahli-ahli kumpulan tersebut ditangkap dan senjata-senjata mereka dirampas. Pada masa itu, kumpulan tersebut belum lagi beroperasi di bawah nama Hamas atau Briged al-Qassam.

Pada 1986, Salah Shehadah membentuk satu rangkaian penentangan yang dipanggil Al-Mujahidin Al-Falistinin (pahlawan Palestin). Rangkaian tersebut mensasarkan pasukan bersenjata penjajah Zionis dan juga pengkhiant-pengkhianat masyarakat Palestin. Rangkaian ini terus beroperasi sehingga 1989; dan operasi mereka yang paling terkenal adalah penculikan dua tentera penjajah: Ilan Sadoon dan Avi Sasbortas. Di samping itu, Hamas (secara rasminya ditubuhkan pada 14 Disember 1987) membentuk rangkaian-rangkaian lain yang serupa, seperti Briged Abdullah Azzam dan Majd. Majd berperanan sebagai cawangan keselamatan menghadapi pengkhianat. Pada pertengahan 1991, Briged Izz ad-Din al-Qassam mula dikenali sebagai sayap ketenteraan Hamas.

Organisasi dan Struktur

Walaupun bergerak di bawah cita-cita politik dan objektif ideologi Hamas, briged ini mempunyai kebebasan yang tinggi dalam membuat sebarang keputusan.
Identiti dan jawatan para pejuang dalam gerakan ini kebiasaannya dirahsiakan sehingga kematian mereka. Semasa bertempur dengan pasukan tentera Zionis, semua pejuang memakai penutup kepala berwarna hitam di mana headband kumpulan tersebut diikat. Jumlah ahli briged ini hanya diketahui oleh oleh kepimpinannya yang mengaplikasikan prinsip kerahsiaan dalam organisasi dan proses rekrut. Setelah mana-mana ahli briged gugur syahid semasa bertempur dengan tentera Israel, barulah namanya disiarkan kepada orang awam. Kebiasaannya nama para syuhada ini disiarkan dalam laman web rasmi al-Qassam.

Organisasi briged ini terdiri daripada rangkaian sel khas yang beroperasi di seluruh Genting Gaza dan Tebing Barat. Setiap sel dalam rangkaian ini bergerak sendiri di bawah arahan kepimpinan briged. Rekrut-rekrut mesti memenuhi syarat-syarat yang ketat. Syarat-syarat tersebut adalah mempunyai akhlak dan alim dalam agama, berintegriti serta istiqamah atau konsisten dalam perjuangan di samping syarat fizikal dan pendidikan bagi melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan. Oleh yang demikian, kebiasaannya ahli-ahli baru direkrut daripada pemuda yang rajin menghadiri solat Subuh berjemaah di masjid. Dalam peristiwa Intifada Kedua yang meletus pada 2000, lebih 800 ahli yang gugur syahid.

2 comments : Apa Pendapat Anda! Terma dan Syarat ▼
Sila Ambil Perhatian:
GO GET IBU tidak akan bertoleransi terhadap tilisan berbentuk SPAM. Komen yang dilihat melampau, tidak bertanggungjawab, menghina agama dan ahli-ahlinya akan dipadam sebaik sahaja dikesan oleh IBU. Kindly respect others!!!

There was an error in this gadget