Selamat Hari Raya Aidilfitri

Di kesempatan yang ada ini, ibu menyusun sepuluh jari memohon beribu2 kemaafan andai kata ada salah dan silap selama ini...

Terimalah beberapa Ungkapan "Pantun Raya" untuk anda semua..

Lapar Puasa Terketar2,
Bila berbuka lega rasanya,
Kad raya tak sempat nak hantar,
SMS pun kira oklah ye…!

Cincin disarung hati berdebar,
Jarinan lembut wajah terhias,
Ramadan disambut penuh sabar,
Aidilfitri disambut dengan meriah.

Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
memohon dimaaf kekhilafan diri,

Cahaya ramadam berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati..

“Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”.

Katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan...

Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah AIDIL Fitri,
NAk antar KAD RAYA Posmen dah cuti,
SMS aje penggganti diri

Jika jiwa sebening air,
maka jangan keruhkan.
Jika hati seputih awan,
jangan mendungkan.
Raih kemenangan dengan saling bermaafan.

ambangan indah lagi Berseri,
Mnjadi hiasan diAidilfitri,
SMS dkirim pengganti diri.
Tanda ingatan tk lupa dihati.

“Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.

”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hari raya”.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Ikhlas dari Ibu Sekeluarga :
Nurul Fatihah (Ibu)
Mohd Zulkifli (Ayoh)
Mahkota Badrul Shah (Abang)
Intan Shakira (Kakak)
Mahkota Mahmud Shah (Adik)
Mahkota Al-Idrus Shah (Big Al)
Intan Nur Shafiqah (Nono)

Pesan Ramadhan

Aku lihat RAMADHAN dari kejauhan..
Lalu kusapa ia..." Hendak ke mana?" Dengan lembut ia berkata, "Aku harus pergi, mungkin JAUH & sangat LAMA.

Tolong sampaikan pesanku utk org MUKMIN:

"Syawal akan tiba sebentar lagi, ajaklah SABAR utk menemani hari-hari dukanya, peluklah ISTIQOMAH saat ia kelelahan dalam perjalanan TAQWA, bersandarlah pada TAWADHU saat kesombongan menyerang, mintalah nasehat QUR'AN & SUNNAH disetiap masalah yg dihadapi..

Sampaikan pula salam dan terima kasih utknya kerana telah mnyambutku dengan sukacita dan melepaskan kepergiaanku dengan derai air mata..
Kelak akan aku sambut ia di SYURGA dari pintu AR RAYYAN...

Selamat meraih pahala terbaik di detik-detik terakhir RAMADHAN..

Masih ad beberapa hari lagi utk bercengkerama dengan RAMADHAN...

"Ya Allah, andai di hari ini ada diantara hamba2 Mu yang Engkau angkat derajatnya,Engkau ampuni dosa2nya, Engkau lapangkan rezekinya, Engkau muliakan keturunannya,Engkau lepaskan dari semua kesulitannya, Engkau indahkan akhlaknya dan Engkau berkahi segala hartanya..

Maka In Syaa Allah jadikanlah saudaraku yang sedang membaca ini beserta keluarganya sebaik-baik hamba yang mendapatkannya....

Celoteh Ibu



Assalamualaikum teman-teman ibu semua…

Macam mana puasa tahun nie? Ada kemajuan diri berbanding tahun2 lepas? Dah start latih anak2 berpuasa? Anak-anak yang besar, puasa penuh tak tahun nie? Anak2 ibu Alhamdulillah, semua puasa penuh empat2 orang macam tahun lepas… Big-Al yang baru 4tahun pun nak joint berpuasa sama seperti tahun lepas. Nak buat macam mana, dia sendiri yang nak, Ibu tak paksa... Lagipun dia sendiri sebut “Big- Al kuat” sambil tunjuk aksi tangan kuatnya.. Tahun lepas, memang agak susah lah sikit nak latih diorang. Dugaan pun banyak berbanding tahun nie sebab diorang masa tu kan baru nak berlatih berpuasa… 

Ibu ingat lagi, macam2 ragam protest ada.. Bila petang jer, terpaksalah tahan telinga nie dengar diorang mintak nasi dan air di tambah pula dengan bermacam2 soalan seperti “Ibu, bila nak azan maghrib nie?” “Ibu, bila boleh minum nie, dahaga lah” dan macam2 soalan lagi… Rasa nak tutup lubang telinga nie dengan kapas. Tahu sajerlah, time tu kan kita orang perempuan tengah sibuk kat dapur nak masak, jadi kelam kabut di buatnya.. So, tahun nie diorang dah jadi biasa dan telah faham apa erti sebenar berpuasa di bulan ramadhan, Alhamdulillah… 

Masalahnya, puasa tahun nie Ibu pulak yang tak bertenaga seperti tahun2 sebelum nie… Tubuh selalu rasa letih dan lemah, kadang2 rasa mengantuk lain macam… Orang tua2 kata, bawakan budak dalam perut… So, Bila anak2 dah OK, ibu pulak yang KO nyer… hehehehe  

Normally, setiap kali ibu pregnant, ibu akan jadi lebih aktif dan cergas daripada biasa dalam melakukan kerja rumah dan sebagainya… But pregnant kali nie, lain macam sikit… Maybe, pregnant anak2 sebelum ni, ibu tak pernah rasa letih, lesu, alahan, muntah2, dan sebagainya yang biasa di lalui oleh wanita2 lain…  Alhamdulillah, itu semua nikmat dari Allah…

 So, pregnant kali ni, first time ibu rasa macam mana rasa “Alahan” tu sebenarnya… Memang tidak dapat di nafikan, first day ibu muntah tu, memang perit anak tekak… Pantang makanan masuk dalam perut, mesti keluar balik selepas makan… Kadang2 tu, baru sajer nak masuk mulut, dah tak boleh tahan sebab lauk yang terhidang depan mata terdiri daripada ikan atau pun telur… Ayam dan daging boleh di terima lagi… Huhuhuhu

Habis jer 3bulan mengharungi liku2 alahan, tup2 dapat pulak satu penyakit baru, badan ibu jadi lesu dan tidak bermaya untuk membuat kerja rumah… Kadang2 rasa mengantuk yang teramat sangat sampaikan ibu sendiri pun tidak tahu puncanya… Nak kata tidur lewat, tak silap bulan puasa nie tidur awal jer. Nak kata tak cukup tidur, rasanya terlebih tidur lah kot…. 

Puasa tahun ni, memang ibu kena banyak2 bersabar. Dugaan paling genting sekali ialah Che Nono buat hal dah.. Yerlah kan, dahlah ibu tengah sarat pregnant, dengan tubuh yang letihnya, che Nono pulak buat hal tak boleh nak berenggang langsung dengan ibu… Sekejap2 mintak dukung, sekejap2 nangis manja dia tu. Nak marah, tak jadi nak marah bila tengok muka cute dia tue. So, layan jerlah… 

Ok,lah… Rasanya setakat ni jerlah dulu celoteh ibu di bulan puasa nie… Sakit pinggang nak duduk lama2 depan skrin computer nie… Raya pun tak lama dah nie dan bulan ramadhan pun tak lama lagi akan menutup tirainya. So, pesan ibu pada semua kawan2, jom sama2 lah kita mempertingkatkan amalan di saat2 akhir ramdhan nie… Insyaallah kita semua tergolong dalam golongan orang2 yang beriman. Ibu undurkan diri dulu yer… 
Assalamualaikum w.b.t…

17 - Peringatan atau Amaran


Ibu banyak baca discussion dalam Whatsapp sehari dua ni. Subhanallah. Rupanya ramai yang mengkaji hubungan insiden MH17 dengan 17. Make sense dan kali ni IBU rasa betul2 yakin dengan penemuan kawan2 kita ni. Bila di'elaborate'kan dengan lebih detail dlm groups' discussion rupanya disebalik apa yg terjadi ni ada jugak peringatan Allah Taala yg dapat dikesan oleh sahabat2. Alhamdulillah.

Let's move. Ibu nak tunjukkan serba sedikit hasil perkongsian kawan2.




Nama pesawat / laluan penerbangan
MH17
Boeing 777 Malaysia Airline laluan MH17 pertama kali diterbangkan pada
17/7/1997
Penerbangan terakhir / terhempas pada tarikh
17/7/2014
Dan semalam adalah ulangtahun penerbangan ini
17 tahun
2014 - 1997
17 tahun
dan khabarnya ditembak oleh
SA 17 Missile


Ada apa dengan angka 17??????

Kebetulan???????

Pendapat ibu, andai kita meletakkan Allah mendahului makhluk, sudah tentu ini merupakan satu peringatan. Look at these....

Subuh
 2 rakaat
Zohor
 4 rakaat
Asar
 4 rakaat
Maghrib
 3 rakaat
Isya'
 4 rakaat
Jumlah            
17 rakaat

May be. Dalam kita diancam pelbagai dugaan, dari sekecil2nya hingga ke sebesar2nya...Penguasa Kepada Segala Yang di Langit dan di Bumi sedang berpesan....(sekurang2nya kepada orang2 yang masih ingin ambil tahu)

KEMBALILAH KEPADA ALLAH. KEMBALIKAN HAK2 ALLAH. KALAU DINILAI MENGIKUT KONTEKS MANUSIA, (mana mungkin) SEORANG HAMBA INGIN BERKONGSI HARTA DENGAN TUANNYA, MAKA TERCEDERALAH SIFAT2 YANG ADA PADA TUANNYA. KITA HIDUP DIJALAN SYARIAT, TAK MUNGKIN KITA MAMPU PULANGKAN SEGALA2NYA KEMBALI KEPADA ALLAH SEPANJANG MASA. MAKA PESAN RASULULLAH, MATIKANLAH DIRI KITA DARI SEBARANG AKUAN INI SEKURANG2NYA TUJUH BELAS (17) RAKAAT SEHARI. SUBHANALLAH....MAHA SUCI ALLAH

Disebalik insiden MH17

INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAAJI'UUN... dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

Yang pasti tiada siapa mampu menangguhkan apatah lagi mengingkari sebarang kemungkinan yang telah ditetapkan Allat Taala. Semoga kita semua sentiasa mendahulukan penglihatan matahati kita kepada Allah Taala dahulu, sebelum diletakkan kepada makhluk. Insya Allah.

MH370 ....... MH17

Peristiwa ke dua untuk kita rakyat Malaysia, melibatkan MAS dan Boeing. Selain daripada org2 yang sudah tahu dan memahami terlebih awal dari kita, hanya Allah sahaja yang tahu. Terlajak kata dikhuatiri menimbulkan fitnah.
MH370 semakin dilupakan. Ibu cuma nak cakap pasal berita terbaru ni je.

MH17...17 Julai.

Pendapat ibu mudah saja. HIDDEN AGENDA - Mengalihkan tumpuan dunia terhadap kekejaman ISRAEL di bumi GAZA.Satu dunia sedang melihat kekejaman Israel di Palestin dan banyak negara di dunia mula melancarkan protes, demo dan boycott secara besar-besaran. 

Tiba2, pesawat M'sia Airlines MH17 pula dijadikan kambing hitam baru slps peritiwa MH370 yg masih mnjadi misteri yg belum terungkai. Ditembak dgn missile dan terhempas di bumi Ukraine yg sedang bergolak menjadikan keadaan atau krisis semakin sulit dan bakal merumitkan lagi proses damai. Masing2 saling menuding jari mencari siapa dan kenapa, bagaimana dan mengapa.

Maka, satu dunia pun beralih ke MH17...sedangkan di Gaza, serangan baru 24 jam dilepaskan pihak Israel..bumi Syria pun tiada siapa yg peduli. Penduduk islam Palestine dan Syria dibantai saban hari. Maka, episod duka umat islam Gaza akan berterusan kerana MH17 bakal mengambil alih ruang utama di dada akhbar dan media...agak IBU itulah agendanya. 

Jalan ceritanya berbeza, tetapi matlamatnya tetap sama.

 " Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka . Katakanlah : " Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk ( yang benar ) " . Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu , maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu . " (Surah Al-Baqarah : 120 ) .
 

Al-Qassam, Roket dan Drone Ababil

Terkini sehingga 16/7/20 ilayah Israel, Briged Al-Qassam juga mengerahkan drone ke wilayah  Yahudi  . 

Namun pertahanan e tersebut tidak memberi impak fizikal yg besar dalam pertempuran Hamas dan bak jatuh pesawat tanpa juruterbang tersebut pada Isnin, 14 Julai waktu setempat. Meski begitu, tetap saja pesawat tanpa juruterbang yang diberi nama Ababil ini mencerminkan level baru kecanggihan teknologi Hamas, dan Israel memandang hal ini dengan serius.

Ini pertama kalinya Hamas meluncurkan sebuah  drone  ke Israel. Meskipun pegawai-pegawai tentera Israel telah sejak lama tahu bahawa kelompok tersebut memiliki teknologi ini. 

"Hamas mencuba segalanya yang dia boleh untuk memberikan tindakan dan serangan balas, dan adalah hal penting bagi kita mempersiapkan tentera dengan sistem pertahanan pperingkat tertinggi kita," kata Menteri Pertahanan Israel Moshe Yaalon - AFP, Selasa (15/7/2014).

"Penembakan pesawat tanpa juruterbang dengan sistem pertahanan udara kami ini merupakan contoh usaha mereka untuk menyerang kami dengan cara apapun yang mungkin," tambahnya.

Menurut Isaac Ben-Israel, Jeneral Angkatan Udara Israel dan mantan ketua badan antariksa Israel, drone Hamas mirip dengan pesawat yang dikirimkan gerilyawan Hizbullah di Lebanon selama perang tahun 2006 dulu.

Dikatakannya, kemampuan drone tersebut terbatas. "Namun di masa akan datang, teknologi ini akan semakin meningkat. 

Introducing The Cutest Hijab Model Ever - Cik Nono

Petang tadi ibu ingat nak up date pasal Gaza... 
Tup2 badan nie rasa letih lah pulak.. Baby dalam perut ni asyik bergerak aktif jer... 
Lepas berbuka lagilah rase letih, mujur ada gelagat cik Nono yang mencuit hati,terhibur lah jugak hati nie, rasa penat pun kurang sikit.. 

So, esok jerlah yer ibu post pasal berita terbaru di Gaza.. 
Jom layan dulu gambar2 gelagat Si Kecil Manis nie.. 

Inilah gambar2 Intan Nur Shafiqah aka Cik Nono...


Berita Terkini di Gaza : Mujahhid Al-Qassam berjaya menembak kereta kebal milik Zionis


http://4.bp.blogspot.com/-L8TV539FAgE/UZIFQd2JQGI/AAAAAAAAa0o/rwNH4rIm38g/s1600/KER.jpg


Ibu baru dapat info nie tadi dari kawan ibu... 

Latest  News - Mujahid Al-Qassam berjaya menembak kereta kebal Merkava milik Zionist di kem tentera Zikim menggunakan roket cornnet

Kalau teman2 nak tengok videonya just open link nie
http://youtu.be/MDosame44Tk

Nanti jika ada perkembangan terkini yang lain, ibu akan kongsikan bersama teman2...

Briged Al-Qassam ( bhg 2 )


Operasi dan aktiviti

Peralihan kepada organisasi bersenjata yang dikenali bermula ketika penetapan Persefahaman Oslo untuk membantu Hamas menentang perjanjian tersebut. Pada 2003 dan 2004, briged di Gaza menghadapi serangan IDF, termasuk pengepungan Jabalya pada Oktober 2004. Walau bagaimanapun, pertempuran tersebut mengakibatkan kerugian yang besar buat briged. Namun begitu, kumpulan ini berjaya mengumpulkan semula kekuatan dan berupaya meneruskan serangan pada tahun-tahun berikutnya.

Pada tahun 2005, perjanjian gencatan senjata dicapai oleh Israel dan Pihak Berkuasa Palestin. Briged ini mengambil kesempatan untuk mengumpul kekuatan sepanjang masa tersebut. Sementara itu, Pihak Berkuasa Palestin menerima tekanan daripada Israel untuk melucutkan persenjataan Hamas, namun usaha tersebut tidak dapat dilakukan. Hal ini demikian kerana risau akan penentangan besar-besaran oleh sayap tentera parti tersebut dan kemungkinan berlaku perang saudara. Dalam jam-jam seterusnya, briged tersebut mengaku bertanggungjawab melancarkan roket-roket Qassam ke bandar Sderot di Israel.

Pada 10 Jun 2006, susulan insiden di pantai Gaza di mana 7 orang penduduk awam tekorban, briged tersebut mengumumkan pembatalan gencatan senjata yang dicapai pada 2005 dengan Israel. Insiden tersebut menyaksikan tentera Israel membedil 8 bom artileri ke arah pantai berdekatan bandar Beit Lahia pada 9 Jun 2006. Dalam jam-jam seterusnya, briged tersebut mengaku bertanggungjawab melancarkan roket-roket Qassam ke bandar Sderot di Israel.

Pada Jun dan Julai 2006, briged tersebut terlibat dalam operasi yang membawa kepada penangkapan Gilad Shalit, di samping pertempuran hebat di Genting Gaza dalam Operation Summer Rains yang dilancarkan oleh Israel. Ini merupakan kali pertama briged tersebut terlibat secara aktif melawan tentera Israel dalam masa 18 bulan.

Kekuatan persenjataan

 



Pejuang-pejuang briged sedang menyediakan roket al-Qassam[1]
Sejak penubuhannya pada 1987, keupayaan ketenteraan briged ini telah berkembang dengan pesat, daripada memiliki raifal sehinggalah roket Qassam dan banyak lagi.

Briged ini mampu bergantung harap pada jumlah besar individu yang menawarkan diri untuk menyertai perjuangan mereka, menyeludup bekalan keperluan dan membekalkan senjata buatan sendiri seperti Al-Bana dan Batar (pelancar roket), Yasin (pelancar roket anti-kereta kebal) dan roket Qassam.

Dalam satu wawancara dengan Salah Shehadeh,[2] beliau ditanya tentang pembuatan senjata yang dijalankan oleh al-Qassam, di mana beliau menerangkan;
"...Kami mempunyai saintis yang pakar dalam pembangunan senjata, yang menjalankan penyelidikan dan eksperimen terhadap roket Al-Bana, yang merupakan gabungan sebuah RPG (grenad berkuasa roket) dan LAW (senjata ringan anti-kereta kebal), dan berbeza berbanding Al-Qassam 2 kerana direka untuk (menembusi) perisai berketebalan sederhana. Bom tangan dihasilkan untuk memenuhi keperluan peralatan dan ahli-ahli, dan kesemuanya telah membuktikan keberkesanannya, dan Kementerian Pertahanan Israel sendiri membuktikan kehebatan bom-bom tangan tersebut. Kesemua grenad dan roket adalah buatan tempatan, (dan) dihasilkan dengan mudah. Bahan peledak dalam Al-Qassam 1 dan 2 dan Al-Bana diperbuat daripada bahan mentah yang mudah. (Sekalipun) golongan wanita boleh menghasilkannya di rumah..."

Walaupun jumlah sebenar ahli dalam gerakan ini hanya diketahui oleh kepimpinan briged, pada 2011 Israel menganggarkan pasukan ini mempunyai beberapa ratus ahli yang mendapat latihan ala tentera, termasuk di Iran dan Syria. Tambahan pula, briged ini mempunyai kira-kira 10 000 pakar operasi yang memiliki 'tahap kemahiran dan profesionalisme yang pelbagai', yang juga merupakan ahli pasukan keselamatan, Hamas dan penyokong-penyokongnya. Pakar-pakar operasi ini dijangka akan memperkukuhkan briged semasa situasi darurat.


Pemimpin-pemimpin yang dibunuh oleh Israel

12 Julai 2006 Tentera Udara Israel (IAF) mengebom sebuah rumah di kejiranan Sheikh Radwan di bandar Gaza, di mana komander Mohammed Deif, Ahmad Al-Ghandur dan Raid Said mengadakan mesyuarat. Rumah tiga tingkat itu diratakan sepenuhnya, menyebabkan pegawai Hamas Nabil Al-Salmiah, isteri dan lima anak mereka serta dua kanak-kanak lain maut. Dua daripada pimpinan itu mendapat cedera ringan manakalaMohammed Deif mendapat kecederaan tulang belakang yang memerlukan pembedahan empat jam.

1 Januari 2009 Nizar Rayan, seorang pemimpin tertinggi Hamas berperanan sebagai perhubungan antara kepimpinan parti dengan sayap tenteranya, terbunuh dalam serangan oleh Tentera Udara Israel dalam Operation Cast Lead. Sebutir bom 2 000 paun digugurkan di rumahnya, menyebabkan kematian keempat-empat isterinya dan sebelas anak mereka.

3 Januari 2009 Pesawat Israel menyerang kereta yang dinaiki oleh Abu Zakaria Al-Jamal yang menyebabkannya gugur syahid.

4 Januari 2009 Tentera Udara Israel menyerang dan membunuh Husam Hamdan dan Muhammad Hilo di Khan Yunis.
There was an error in this gadget