Bob Kuman Meninggal Dunia

Salam sejahtera pada semua kawan2, moga semuanya sihat2 hendaknya..

Ingat tak post ibu pasal Bob Kuman jatuh sakit tu? Ni ibu nk beritahu pulak berita terbaru pasal beliau bahawa pelakon lawak Bob Kuman sudah meninggal dunia dalam tidur pada 3 Mei 2012 jam 4.38 petang.

Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di rumah akibat sesak nafas. Arwah tidak sedarkan diri pada jam 3 petang lagi dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh. Jenazah dibawa ke Kuala Sawah, Seremban untuk di kebumikan. 

Jenazah yang dibawa dengan van tiba di tanah perkuburan selepas di sembahyangkan di rumah ibunya di Kampung Sega Tengah dengan dihadiri 200 rakan dan saudara.

Ibu Allahyarham, Siti Khatijah Yassin, 69, dan isteri Allahyarham, Normah Othman, 29, enggan bertemu dengan wartawan2 kerana masih bersedih. Pemergian Allahyarham satu kejutan kerana pada akhir hayatnya Bob kelihatan semakin sihat dan masih boleh berlawak bersama keluarga. Namun kelurga beliau harus pasrah dengan ketentuan Allah.
  
Arwah di percayai menghidap penyakit jantung, kencing manis, paru-paru berair, dan obesiti. Masalah sesak nafasnya bertambah teruk serta berlarutan sejak penghujung tahun lalu. 

Ibu ada jugak dengar ketika penggambaran drama Jangan Pandang Belakang Congkak  Bob pernah sesak nafas yang teruk apabila miang buluh masuk menerusi hidungnya dan menyebabkan pendarahan yang banyak.

Ibu ada baca di facebook, twitter, dan laman sosial lain mengenai kematian Bob yang palsu.. Ibu pun tidak menyangka bahawa gurauan2 orang ramai menjadi kenyataan... Apa nak buat, memang dah sampai masanya.. cuma ibu nak pesanlah, jangan sesekali kita mendoakan perkara yang buruk pada orang lain.. Apa pun, semua ini sudah tertulis dan kita semua akan menemui ajal tak kira tua atau muda.

Apa pun, ibu sekeluarga mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang2 yang soleh hendaknya. Bersama2 kita semua sedakahkan Al-FATIHAH buat Allahyarham.


0 comments : Apa Pendapat Anda! Terma dan Syarat ▼
Sila Ambil Perhatian:
GO GET IBU tidak akan bertoleransi terhadap tilisan berbentuk SPAM. Komen yang dilihat melampau, tidak bertanggungjawab, menghina agama dan ahli-ahlinya akan dipadam sebaik sahaja dikesan oleh IBU. Kindly respect others!!!

There was an error in this gadget