Kemudahan Gugur Kandungan


Tengoklah apa yang terjadi pada manusia akhir zaman. Sudah tiada nilai moral yang baik menguasai diri.. kenapa semua ini terjadi? Adakah salah ibu-bapa yang mendidik mereka? Adakah salah kawan2 yang menghasut mereka? Adakah salah cikgu kerana tidak mengambil peduli tengtang dirinya? Ataupun memang ada yang tak kena dengan dirinya sendiri....

Walaupun apa puncanya.. Bagi ibu tiada kata 'terlambat' untuk kita semua membaiki diri dan bertaubat meminta keampunan kepada Allah S.W.T diatas segala dosa yang telah kita lakukan kerana pintu taubat sentiasa terbuka untuk orang2 yang mahu bertaubat..

Pesan ibu, biila dah taubat tu... biarlah taubat nasuha ( berjanji tidak akan mengulangi kesilapan lalu lagi ). Insyaallah hidup kita di berkati Allah Yang Maha Esa. Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang..

Bila kita sebut tengtang hukumnya pula, hukum pengguguran kandungan itu sendiri memang wajib difahami dengan baik oleh kaum muslimin, sama ada dari kalangan pengamal perubatan mahupun masyarakat amnya.  Sebab bagi seorang muslim, syariat Islam merupakan kayu ukur bagi seluruh perbuatannya.  Selain itu mengikatkan diri dengan syariat Islam adalah kewajiban bagi seorang muslim sebagai bukti keimanannya terhadap Islam. 
Allah SWT berfirman: Maka demi Tuhanmu, mereka pada hakikatnya tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu (Muhammad) sebagai pemutus perkara yang mereka perselisihkan di antara mereka.” [Qs. an-Nisaa` (4): 65]. “Dan tidak patut bagi seorang mu`min laki-laki dan mu`min perempuan, jika Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, kemudian mereka mencari pilihan (yang lain) dalam urusan mereka.” [TQS. al-Ahzab (33): 36].


Maka, ibu serulah kepada semua kaum hawa yang dah terlanjur... Bertaubatlah sebelum melakukan tindakan yang bodoh walaupun tiada sesiapa yang tahu kerana dengan tindakan kita itu, kita akan disoal siasat di alam barzah kelak... So, macam mana kita nak jawab kelak? Setiap perkara yang kita lakukan akan dihintung walaupun sekecil zarah. Jadi renung2 kanlah yer...


0 comments : Apa Pendapat Anda! Terma dan Syarat ▼
Sila Ambil Perhatian:
GO GET IBU tidak akan bertoleransi terhadap tilisan berbentuk SPAM. Komen yang dilihat melampau, tidak bertanggungjawab, menghina agama dan ahli-ahlinya akan dipadam sebaik sahaja dikesan oleh IBU. Kindly respect others!!!

There was an error in this gadget