CABARAN MAUT RESTORAN BUKIT


Sanggupkah anda menempuh cabaran mendaki bukit, menyusur tebing bukit yang curam, semata-mata untuk merasai keenakan makanan sebuah restoran di puncak bukit?

Ia tentunya pelik, namun itulah yang berlaku di sebuah restoran di puncak Bukit Hunan di Wilayah Goaundong, China. Ia mendapat sambutan di kalangan pengunjung yang gemar dengan aktiviti lasak.

Untuk sampai ke puncak bukit, peserta yang ingin ke restoran itu perlu memastikan kesihatan fizikal mereka stabil. Ini kerana mereka akan menaiki sebuah kereta kabel sejauh 7km menghubungkan Bukit Hunan dan menyusur tebing bukit yang tinggi.

Sesampai di puncak, peserta perlu menyusur tebing yang curam beralaskan dua keping deretan kayu sebagai pemijak dan rantai besi untuk berpaut sejauh 500meter.

Sebaik sampai ke penghujung lereng bukit, peserta perlu mendaki bukit setinggi 1,000meter untuk sampai ke kemuncak bukit itu sebelum ke restoran tersebut.

Inilah cabaran getir yang perlu mereka lalui sebelum di rai dan diberi hidangan yang menyelerakan. Biasanya, peserta dibantu oleh beberapa petugas yang mahir sepanjang mendaki puncak bukit tersebut.

Setakat ini, belum ada sebarang kemalangan jiwa berlaku di situ. Kesemua peserta dikehendaki mengikut arahan dan peraturan yang diberikan oleh pihak penganjur. Tidak pula diketahui bagaimana restoran itu dibina dan bagaimana pemilik restorannya menerima bekalan makanan untuk dimasak kepada pengunjung yang datang.

Menurut seorang peserta, Xiang Xhu, 35, mereka menghabiskan masa lapan jam untuk sampai ke puncak bukit maut itu dengan berhati-hati. “Bukan semua orang boleh melakukannya. Ia bukan satu pendakian yang mudah. Mereka yang ingin mendaki puncak bukit ini perlu menjalani latihan fizikal sebelum melakukan aktiviti ini”.ujarnya.

Aktiviti lasak ini kata Xhu lebih tertumpu kepada ketabahan, keberanian, dan kekuatan fizikal. Bukan semua orang sanggup melakukan aktiviti berbahaya ini. Menyentuh mengenai hidangan yang terdapat di restoran itu, kata Xhu ia sesuatu yang menyelerakan. Seperti mana restoran lain, restoran ini menyediakan makanan yang paling istemewa walaupun ia bukan restoran lima bintang.

“Apa yang penting, perjalanan ke restoran ini penuh mencabar. Aktiviti ini amat berguna kepada mereka yang lasak dan mempunyai pengalaman dalam aktiviti pendakian”, jelas Xhu. Untuk menyahut cabaran ini, satu kumpulan terdiri 20orang diperlukan untuk menjalani aktiviti ini, diawasi oleh beberapa petugas profesional.

Cabaran-cabaran yang harus ditempuh oleh pengunjung restoran:-

@ Peserta harus mendaki bukit sebelum sapai ke puncak.
@ Peserta perlu berhati-hati ketika menyusuri tebing Bukit Hunan.
@ Menaiki kereta kebal sejauh 7km ke puncak Bukit Hunan.
@ Semua peserta terpakasa menempuh laluan sukar yang merbahaya .
@ Restoran yang menjadi idaman setiap peserta yang berani menyahut cabaran.

0 Ulasan