Karnival Wow! Putrajaya 2012

Karnival Wow! Putrajaya 2012 bertemakan "Wilayah Persekutuan Hijau" yang akan mengetengahkan pencapaian Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan agensi di dalam insiatif menghijaukan negara ini.

Karnival ini akan berlangsung pada 23 February (hari ini) hingga 26 February 2012.
Bertempat di Sisiran Tasik Putrajaya, Putrajaya.

karnival ini akan mengekalkan acara yang telah mendapat sambutan yang menggalakkan pada tahun lepas.

Diantara acara-acara yang terkenal seperti persembahan tatoo ATM, Persembahan Kesenian dan Kebudayaan, Hot Air Ballon, Upin dan Ipin, Pertandingan Fotografi, Sukan Rakyat, Karaoke dan Futsal.

Acara yang paling dinanti-nantikan oleh semua... Cabutan Bertuah!!!

Saksikan persembahan barisan-barisan artis-artis terkenal seperti M.Nasir, Ramli Sarip, Ella, Hazama, Meet Uncle Husien, Stacy dan Mila. Inilah acara Paling best dan paling hot.

So, saksikan persembahan mereka dalam konsert Wow! Putrajaya pada 9.00malam, 25 Febuari 2012 yang akan di akhiri dengan percikan bunga api.

Ibu rasa, elok juga pada ibu-ibu yang bekerja... Boleh luangkan masa bersama anak-anak memandangkan banyak aktiviti yang menarik minat kanak-kanak...

Seronok kan? Jom kita pakat pergi beramai-ramai untuk mengisi masa bersama keluarga!! JOM!!!


0 Ulasan