Setahun Yang Lalu



Tak kira hijrah atau masihi, ada baiknya kita toleh ke belakang meninjau dan meneliti apa yang telah kita lalui dan kita lakukan.

Tahun baru islam 1433 Hijrah baru muncul. Bagi yang terasa kepantasan masa yang pergi, mungkin terasa ada yang tertinggal belum disudahkan. Namun, ada juga yang mahu menyudahkan sebelum berakhirnya 2011.

Terpulang kepada diri masing-masing tetapi kadangkala ada baiknya kita menoleh ke belakang sepanjang 12 bulan lalu, meneliti apa yang kita lalui. Sesetengah orang berkata jangan pandang belakang kalau ingin ke depan tetapi secara peribadi, ibu merasakan ia perlu untuk kita menilai semula sejauh mana perjalanan dan perlaksanaan kita di atas muka bumi ini pada setahun yang lalu.

Bumi mana yang tidak di timpa hujan. Justeru itu, mana-mana kekurangan harus di perbaiki demi mencari kehidupan yang lebih baik daripada semalam. Apa yang penting, kita mengambil sedikit sebanyak perkara-perkara lepas yang dapat merubah hidup kita bertambah baik pada masa akan datang.
Yang baik dijadikan tauladan, dan yang buruk dijadikan sempadan. Apa sahaja perkara buruk yang telah berlaku pada diri kita, hendaklah kita mengambil pengajaran untuk menempuh hari-hari mendatang. Perkara yang baik pula, haruslah kita memperbaikinya supaya menjadi lebih baik.

Namun sekarang, ramai yang tidak mempedulikan semua hal terutamanya hal akhirat. Ramai yang sanggup lakukan apa sahaja bertentangan dengan agama semata-mata kerana mengejar dunia yang hanya sementara jua.

Takut ibu rasa bila difikirkan balik. Actually Allah dah beritahu segala-galanya di dalam Al-Quran tanda-tanda akhir zaman. Cuba kita fikir, adakah kita ini berada di akhir zaman? Jawapannya adalah YA. Why? Cuba kita buka mata luas-luas, banyak perkara yang berlaku sekarang seperti apa yang telah tertulis di dalam Al-Quran.

Oleh kerana itu, penting juga untuk kita pandang ke belakang apa yang telah kita lakukan dalam ‘Setahun Yang Lalu’. Adakah amal kita sudah cukup untuk kita bawa bersama bila kita di pangil kelak? Sempat kah kita beramal pada ‘Setahun Yang Akan Datang?’ 

Bagaimana kita nak mulakan kehidupan baru pada tahun baru? First, kita belajar Mengenal Allah. Sentiasa dekatkan diri kita dengannya. Sebagai hambanya, lakukan apa yang disuruh, tinggalakan apa yang di larang. Insyaallah, hidup kita tidak lagi akan rasa serba resah sebaliknya akan lebih tenang. Beramal lah selagi di beri peluang.

Semoga amalan kita di terima oleh Yang Maha Esa. Amin.. Amin.. Ya Rabbal a’lamin…

0 Ulasan