Lawak Bersama Pak Abu

Hari ni ibu nak kongsi lawak Pak Abu dengan kawan-kawan. Lagak Pak Abu yang lucu betul-betul buat ibu ketawa. Boleh tersenyum seorang diri dibuatnya. Kisahnya begini....

Suatu hari, masuk seorang pemuda bernama Apai ke warung Pak Abu. Apai berpakaian smart, siap dengan spek mata hitam lagi. Pak Abu pun tertarik hati untuk berborak dengan Apai.

Pak Abu   : Anak ni kerja apa?
Apai        : Saya seorang ‘logic thinker’ pak cik.
Pak Abu   : Logic thinker? Kerja apa benda tu?
Apai        : Hmm... susahlah saya nak terangkan pada pak cik. Nanti pak cik tak faham!
Pak Abu   : Cubalah bagi satu contoh kat pak cik nak oi!
Apai        : Okey senang saja. Mula-mula saya nak tanya dulu, pak cik ada akuarium di rumah?
Pak Abu   : Oh! Ada! Ada...
Apai        : Kalau begitu, logiknya mesti pak cik ada bela ikan, kan?
Pak Abu   : Betu! Ada macam-macam jenis ikan dalam akuarium pak cik.
Apai        : Kalau begitu, secara logiknya pak cik ni sayangkan haiwan.
Pak Abu   : Betul tu! Hmm! Pak cik memang sayangkan ikan-ikan pak cik tu.
Apai        : Kalau haiwan pun pak cik sayang, apatah lagi anak pak cik. Mesti pak cik sayang, kan?
Pak Abu   : Eh! Mestilah pak cik sayangkan anak-anak pak cik.
Apai        : Secara logiknya, kalau pak cik ada anak, bermakna pak cik ada isteri, kan?
Pak Abu   : Sudah tentu. Isteri pak cik seorang wanita yang cantik dan bijak.
Apai        : Bagus! Bagus! Bermakna secara logiknya, jika pak cik ada isteri dan anak, sudah tentu bermaksud pak cik tidak ‘mati pucuk’ kan?
Pak Abu   : Haha... begitulah lebih kurang ‘logic thinker’ tu pak cik!
Pak Abu   : Oooh... macam tu. Barulah pak cik faham sekarang. Senang  aje ye!

Setelah Apai pergi, jiran Pak Abu iaitu Pak Kasim datang berbual dengan Pak Abu pula.

Pak Kasim  : Eh! Tadi saya tengok Pak Abu bukan main rancak borak dengan budak tadi tu. Borak pasal apa Pak Abu?
Pak Abu     : Oh! Tadi tu aku berborak pasal ‘logic thinker’!
Pak Kasim  : ‘Logic thinker’? Apa benda tu Pak Abu?
Pak Abu     : Ha, mari sini aku nak terangkan (dengan wajah over confidentnya). Mula-mula aku nak tanya dulu, kamu ada akuarium ke tidak?
Pak Kasim  : Tak adalah pulak Pak Abu! Kenapa?
Pak Abu     : Alamak... kalau kamu tak ada akuarium, logiknya tak ada ikan! Err.. logiknya ... Itu tanda kamu ‘mati pucuk’! (sambil menggeleng-gelengkan kepala).
Pak Kasim : Hai, takkan saya ‘mati pucuk’ pulak Pak Abu. Bukankah bini muda saya kat rumah tu tengah mengandung! (ketika itu bersama Pak Kasim 3 orang anaknya sedang menikmati hidangan)    

:P

0 Ulasan