Kisah Melahirkan Adik 2



Ketentuan Ilahi

Tanggaal 16.4.2008 tepat jam 5pagi, ibu terkejut dari tidur kerana kesakitan yang teramat sangat. Mungkin sudah sampai masa ibu bersalin. Apa lagi, terus ibu kejutkan ayah untuk memberitahu ibu dah sakit nak bersalin dan sudah tidak tahan lagi. Ayah masih lagi terpinga-pinga dan panic. Bila ayah dah sedar sikit, ayah terus panaskan enjin kereta dan keluarkan kereta dari parking. (kereta kancil ni beli khas untuk hantar ibu lahirkan adik).

Abang ngan kakak masih tidur. So, ayah angkat je abang dan kakak masuk dalam kereta. And then, baru ibu masuk di bahagian belakang. Senang sikit nak berbaring dibelakang walaupun sempit. Memang betul tekaan ibu, tak tahan duduk lama-lama pun. Tak sampai berapa minit je, terus ibu baring. Tak tahan, sakit sangat.

Baru dua batu bergerak, ibu dah tak tahan. Ibu cuba rasa, kepala dah keluar sikit. Ibu pun terkejut terus menjerit beritahu ayah.

“Ayah!! Kepala dah keluar!!”
“Tahan jap ibu!! Sabar! Sabar!”
“Cepatlah ayah! Cepatlah ayah! Dah tak tahan sangat dah ni...”
“Kita berhenti kat klinik desa jelah ibu..Tak sempat pergi hospital dah ni.”
“Suka hati ayah lah... Asalkan ibu boleh beranak cepat”
“Ibu tahan ye! Ayah bawa laju sikit.
“Dah sampai belum?”
“Sikitt lagi nak sampai.”
“Cepatlah ayah!!”
“Dah sampai dah. Nanti ayah panggil Kak Ila” (Nurse KD) 

Suasana masa tu kelam kabut, sampai terjaga abang  ngan kakak dari tidur. Diorang tengok je ibu kesakitan depan mata diorang. Ayah datang balik start kereta and parking betul2 depan klinik. Peranan kak illa sebagai jururawat masyarakat sangat bermakna dalam situasi begini. Setelah siap semua barang keperluan bersalin, kak illa terus suruh ibu push. Apa lagi, cepat-cepat ibu push. Terus keluar.

Tanggal 16.04.2008 @ 5.26am dengan berat 2.7kg, maka lahirlah si teruna sawo matang ini di dalam kereta dan di hadapan Klinik Desa. Alhamdulillah, sekali push sahaja dah keluar. Yelah, dari tadi lagi dia nak keluar. Ibu je yang duk tahan dia jangan keluar lagi. Adik ni lain sikit dari anak-anak yang lain. Masa ibu push tu, ibu ingat ibu dah tak dapat jumpa lagi semua orang sebab masa tu ibu macam berada di satu tempat lain tau!

Sedar-sedar, kak illa panggil ajak naik atas klinik. “Eh! Masih hidup lagi aku rupanya. Alhamdulillah...” Kata ibu dalam hati.
Tup-tup lahir dalam kereta kancil baru beli tu jugak... (memang khas untuk dia pun)
Inilah yang dikatakan KETENTUAN ALLAH SWT.

0 Ulasan