BOB LOKMAN: KALAU KORANG NAK MATI MALAM NI.... DATANG SINI!!!
Bob Lokman
Selesai solat Isyak aku diajak oleh Ustaz Akmal ke satu program seorang
sahabat kami di Taiping, disitu pelbagai perkara dibincangkan oleh kami
sambil jari jemari serta anak mata begitu asyik melayari FB.
Tiba2 Ustaz Akmal mendapt satu berita dr FB yang menyatakan bahawa Bob
Lokman telah ditangkap oleh JAIS disebuah surau di Hulu Langat dan
beliau diseret ke Balai Polis, sebaik mendengar berita tersebut aku
terus menghantar message ke pada Bob Lokman samada betul atau tidak
berita tersebut.
Selang 5 minit Bob menelefon aku. "Cepatnyerr
sampai berita nie...". perkataan pertama yang keluar dari mulut beliau.
"Biasalaa bang....zaman sekarang kan zaman teknologi." balas aku. "Betul
kerr citer nie bang....cer citer cer citer...". gurau aku.
Bob
pun memulakan ceritanya, menurut beliau apabila selesai sahaja
menyampaikan tazkirahnya, beliau didatangi oleh seorang Pegawai Pejabat
Agama sambil diiringi beberapa orang penguatkuasa (ada yang berambut
merah katanya). seterusnya Pegawai itu menerangkan bahawa beliau telah
melakukan kesalahan. "Apa kesalahan aku?". tanya bob.
"Encik
didapati menyampaikan tazkirah tanpa tauliah dan ini melanggar perintah
sultan". ujar Pegawai tersebut. Bob yang pada mulanya hanya mendengar
kata2 dari pegawai itu terus menjawab "Dulu waktu aku jahat, korang buat
tak tahu jer... sekarang bila aku nak jadi baik dan nak ajak orang buat
baik, korang tahan-tahan aku pulak... jadi kalau korang nak tangok aku
jadik jahat balik korang datang dekat sini, biar aku tunjukkan". ujar
bob. "waktu nie aku tengook sumer kecik jerk..." bob bagitaw aku.....hi3
"Aku sanggup mati malam nie untuk pertahankan Islam, kalau korang pun
nak mati jugak datang sini, tapi aku tak tau laa korang nak mati kerana
apa". ujar bob lagi dalam keadaan seorang pun tak berani mendekatinya.
ada sorang pakcik tue cakap "Pertama kali saya tengok pegawai pejabat agama kena maki dengan orang" ujar bob kepada aku.
Adegan seterusnya ialah dibalai polis dimana beliau menyambung
"Tazkirahnya" sehinggakan semua senyap tak terkata apa dan akhirnya
beliau balik kerumahnya.
"Esok (hari ini) aku akan bagi
tazkirah di sebuah surau di Batu Caves plak, ko tengok laa esok pegawai
mana plak yang akan kena "tazkirah" dengan aku". ujar bob di akhir
perbualan.
Harapan kita semua semoga abang Bob Lokman tabah dan cekal dengan ujian ini....Takbir!!!!
0 Ulasan