Memory Raya

Salam sejahtera untuk semua kawan-kawan ibu.
Apa khabar semua? Harap-harap semua orang sihat walafiat.
Ibu kurang sihat sikit. Sejak akhir-akhir ni rasa letih badan je. Gigi pun sakit, dari bulan puasa lagi. Alhamdulillah, sekarang dah selesai cabut gigi yang sakit tu. Lega rasa dapat makan dengan baik semula dan tak perlu lagi berjaga malam dek sakit gigi.
Ibu terima semua ni dengan redha. Semua ni adalah ujian dari yang Maha Esa.

Apa cerita raya tahun ni? Mesti kawan-kawan banyak kenangan manis kan?
Cuba cerita sikit! Kongsi lah dengan ibu!

Ibu ada jugak cerita yang nak dikongsi bersama. Last day of Ramadan, lepas je berbuka terus solat. Excited nak raya lah katakan… Tak sabar nak buat juadah untuk esok. Apa lagi, selesai je solat terus ibu masak nasi impit dan sediakan bahan-bahan untuk buat kuah kacang ngan inti pulut berlapis. Yang paling bestnya, anak-anak sedia membantu ibu. Punyalah excited diorang.

Yang paling kecoh sekali siapa lagi kalau bukan Big Al. Habis barang almari dapur dipunggahnya. Orang sibuk, dia pun sibuk jugak. Abang ngan Adik maintain. Kalau rasa rajin, datanglah  menolong tumbuk bawang. Bila time malas je, pergi tengok tv. Suruh apa pun, buat tak endah je…  Tapi malam tu, betul-betul kecohlah.. hari biasa pun kecoh, ni kan nak raya. lagilah kecoh...

Nak tahu siapa yang paling rajin? Siapa lagi, anak dara ibu lah…
Punyalah excited kakak bila dapat tahu masak kali ni bukan macam hari biasa, tapi untuk makan di hari raya. Sampaikan orang lain dah tidur, dia tak nak tidur lagi. Katanya nak tolong ibu masak.

Bila dah siap masak je, mulalah sibuk nak merasa. Pakar rasa lah katakan…

Kakak : “ Ibu! Ibu! Kakak rasa dulu ”
Ibu      : “ Yelah..yelah.. kakak rasa inti pulut ni... ”
            “ macam mana? Salt cukup tak? ”
Kakak : “ Tak cukup salt and sugar lah ibu! ”
Ibu      : “ Ok, nanti ibu tambah ”
            “ Sekarang macam mana, ok?”
Kakak : “ Aaaa.. Sedap... sedap.... ”
             “ Ibu! Sedapnya ibu... kakak nak sikit lagi ibu!!”
Kakak : “ Aaaa.. Sedap... sedap.... rasa sikit lagi! ”
Kakak : “ Aaaa.. Sedap... sedap.... ”
Kakak : “ sikit lagi ”
Kakak : “ Lagi... ”
Ibu      : “ Hai, dah over ni. Enough! nanti tak cukup pulak inti pulut ibu ni ”

Ni lah ragam anak dara ibu bila duk kat dapur…
Selesai masak inti pulut, nak masak kuah kacang pulak. Aha.. tu dia, baru nampak batang hidung si ayah ni. Apa lagi, ibu mintak lah ayah tolong buang kulit kacang. Kena tolong jugak sikit-sikit kat dapur. Betul tak? Tak boleh lah tengok ngan makan aje. Kena jugak ambil berkat sikit tolong isteri. Kakak ngan ayah buang kulit kacang. Time ibu pulak tengok je..
Bawang dah ready sebab abang ngan adik dah tumbuk sebelum masuk tidur tadi.

Selesai je blend kacang, terus ibu panaskan minyak, kakak pun masukkan bawang dan tumis sampai wangi. Bila ibu masukkan je cili blend, terus kakak berhenti and inform ibu yang dia dah mengantuk. Tinggallah ibu keseorangan, tiada teman rasa. Selesai je, ibu terus solat isya' dan masuk tidur…

Awal-awal pagi ibu bangun mandi sunat raya dan siapkan breakfast nasi impit untuk ambil sunat makan sedikit sebelum ke masjid. And then, ibu kejutkan semua anak-anak. Ibu selesaikan Big Al dulu sebab yang lain dah besar panjang and dah boleh pakai sendiri. Selesai je siapkan diorang cantik-cantik, ibu pergi bancuh air. After that, ayah turn for wake up and bersiap ke masjid.
Ibu tengok, kamain bergaya lagi anak-anak ibu. Everybody Looks Beautiful and Handsome. 

Seleselesai semua bersiap, kitorang makan beramai-ramai. Rasa sungguh indah pagi raya tahun ni dapat berkerjasama bersama-sama menjayakan raya. Kalau raya-raya yang lepas, raya pertama dah keluar jalan sebab kurang aktiviti kat rumah because masa tu anak-anak masih kecil lagi... Sekarang dah besar semua anak-anak ibu…. Ada yang pandai masak, ada yang pandai menyapu, ada yang pandai kemas rumah dan ada yang pandai tunggang terbalikkan rumah. Hee...hee..

Sebelum bertolak ke masjid, kami bersalam-salaman memohon maaf. First, turn ayah and ibu bersalaman, magic hug mohon ampun … And then turn anak-anak berbaris untuk magic hug dan bersalam dengan Ayah... Ibu jadi photographer jap. Selesai, turn Ibu pulak bersalam dengan anak-anak. Ayah pulak jadi photographer. Gambar ibu ngan ayah bersalam je tiada. After that, kitorang terus bertolak ke masjid. On the way balik, kitorang singgah jap rumah mak ngah jarah, linesweeper kat tempat kerja ayah. Ada rezeki lebih, dapat jugak makan lemang. Alhamdulillah, rezeki pagi raya. Dapat lemang 3batang mak ngah bagi bawa balik.

Balik je dari masjid, ibu pun terus sambung masak balik. Banyak lagi yang tak siap. Antaranya nak masak Nasi Beriani, Masak Merah kari Ayam dan kukus pulut kuning dan putih. Tup2 teringat nak makan lemang, apa lagi terus berhenti masak and makan lemang.
Kita makan dulu !!

Inilah raya yang ibu impikan kerana dapat beraya beramai-ramai dan dapat berkerjasama dengan anak-anak. Sebelum ni pun seronok jugak akan tetapi masa tu diorang masih kecil lagi dan bilangan ahli keluarga kurang. Nampak gayanya, lepas ni nak kena tambah lagilah sebab bila diorang besar nanti, mesti seronok beraya sakan beramai-ramai. Mesti seronok kan? (nak berangan jap) Dua hari sebelum raya, masing-masing dah berkumpul kat rumah and berbuka puasa brsama-sama. Lepas je selesai solat maghrib berjemaah, masing-masing sibuk buat persiapan raya. Yang perempuan dengan kerja kat dapurnya, yang lelaki pulak dengan kerja masing-masing. Keesokannya, sibuk bakar lemang dan buat ketupat. Malam raya, ramai-ramai duk depan tv tunggu pengumuman raya. And then pergi masjid solat terawih terakhir beramai-ramai. Pagi-pagi raya bersalam-salaman dan pergi sembahyang raya bersama-sama. Eeee.... Seronoknya masa tu. Ibu berdoa moga-moga impian ibu akan tercapai. Insyaallah...

Sekarang nipun dah dapat rasa sikit-sikit. Bila malam je, diorang punyalah excited. Nak tahu kenapa? Naka main bunga api dan mercun bawang lah. Budak-budak ni kalau bab main, diorang sanggup tak makan. Masa makan asyik duk bertanya bila nak main? bila nak main ni ibu? Biasalah budak-budak... Kita masa kecil dulu pun macam tu jugak kan... Laayannn...

Hari raya ketiga baru kitorang pergi jalan, tupun dekat2 rumah jelah.. Hari raya dah habis tapi MEMORY RAYA tetap tersirat rapi. Moga-moga ramdhan and syawal akan datang akan lebih bersinar untuk keluarga kami dan dirahmati Allah, Insyaallah... Amin2 Ya Rabbal A'alamin.



  


0 Ulasan