Ameerah Asha Azizan - Remaja Hilang

Kedatangan bulan Ramadan kali ini pastinya disambut dengan perasaan hiba oleh Azizan Hassan, 43, dan isterinya, Shahrizad Shafian, 40, apabila anak perempuan mereka, Ameerah Asha Azizan, 17 menghilangkan diri sejak 12 Ogos lalu.

Ameerah Asha Azizan

Ameerah Asha Azizan yang dikatakan tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan di Sekolah Menengah Puchong Utama 1 pada mulanya memberitahu bahawa dia akan pulang lewat sedikit sekitar pukul 4 petang kerana perlu menghadiri kelas tambahan.

Selepas itu pada pukul 5.30 petang, Ameerah menghubungi ibunya dan memberitahu bahawa dia akan lewat pulang ke rumah kerana ketika itu tidak ada bas dan hari hujan. Usaha mencari Ameerah dilakukan selepas kedua ibubapanya mulai berasa bimbang apabila sehingga pukul 6.30 petang Ameerah Asha masih tidak pulang ke rumah di Puchong.

Menurut Shahrizad, mereka telah keluar mencari Ameerah Asha di sekitar sekolah dan juga hentian bas namun tidak berjaya dan telefon bimbitnya gagal dihubungi sehingga kini. Tidak ada sesiapa nampak dan tahu di mana  Ameerah Asha berada termasuk guru dan rakannya,” katanya.


Shahrizad memberitahu, anak sulung daripada dua beradik itu merupakan seorang yang lemah lembut dan sangat menghormati ibu bapa. “Dia juga seorang yang sangat menepati waktu dan akan menghubungi saya sekiranya dia terlewat pulang,” katanya.

Ameerah Asha bakal menduduki ujian percubaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 5 September ini dan merayu orang ramai agar membantu mencari anaknya. Mereka yang mempunyai maklumat mengenai Ameerah Asha bolehlah menghubungi Azizan di talian 013-7743477 atau Shahrizad (012-6430432).

1 Ulasan