Selamat Hari Raya Aidilfitri



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN


IKHLAS DARI IBU SEKELUARGA

NURUL FATIHAH BT MUHAMAD GHAZALI (IBU)
MOHD ZULKIFLI B. ABU BAKAR (AYAH)
MAHKOTA BADRUL SHAH (ABANG)
INTAN SHAKIRA (KAKAK)
MAHKOTA MAHMUD SHAH (ADIK)
MAHKOTA AL-IDRUS SHAH (BIG AL) 

Ramadhan Terakhir

29 Ogos 2011 bersamaan 29 Ramadhan 11432M.
Maka berakhirlah Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini.
Sempat atau tidak sempat untuk kita raikan pada bulan depan?
Entah… ibu pun tak pasti sama ada sempat atau tidak.

Yang pasti, Ramadhan pada tahun ini tetap berakhir...
Sedih dan syahdu rasa hati bila terkenangakan ramadhan yang bakal pergi...
Terasa diri ini tak cukup amalan untuk mengutip rahmat yang allah bagi di bulan mulia ini..

Apa-apa pun pemergian Ramadhan tetap kita rai bersama.
Hari Raya adalah hari kita meraikan kemenangan umat islam untuk bulan Ramadhan.
Hari raya tetap datang dan Ramdhan tetap akan pergi.

Perbanyakkanlah berdoa, moga-moga kita berpeluang menyambut Ramadhan pada tahun hadapan. Insyaallah...
Untuk itu percukupkanlah amalan walaupun bukan di bulan ramadhan.

Bulan perjuangan dah sampai penghujungnya, itu tandanya hari kemenangan kan tiba, bersama-samalah kita berjabat tangan, tangan di hulur memohon kemaafan.
Esok, kita akan menyambut Hari Raya. Moga-moga hari raya tahun ini adalah hari yang paling bermakna kepada kawan-kawan semua. Sama-samalah kita bermaaf-maafan sesama kita. Semoga tiada lagi sengkata antara kita umat islam.

Sebelum ibu terlupa, ibu ingin mengucapkan kepada semua yang mengenali atau pun yang sudi mengunjungi blog GoGetIbu ni.
             
Terima kasih ibu ucapkan kerana sudi menerima ibu sebagai kawan anda semua.
Di kesempatan ini juga, ibu memohon beribu-ribu kemaafan jika sekirannya selama ibu berblog, ada yang terasa atau terguris hati dengan apa yang ibu tulis.


BALIK KAMPUNG

Oh… Oh… Oh… Balik kampung
Oh... Oh... Oh...  Balik kampung
Hati riang.....

Sedap kan lagu ni? Bila time nak raya je mesti lagu dendangan Sudirman ni dimainkan di semua rangkaian media tak kira sama ada di TV atau Radio.

Teruja tak dengar lagu ni? Mesti semua orang teruja dan gembira kan? Mana tidaknya... Tinggal berapa sehari lagi untuk berhari raya. So, bila tinggal dua hari lagi ni, mesti dah ada yang balik kampung atau masih ada yang dalam perjalanan nak balik atau baru nak bertolak. Ye tak?

Dalam sibuk-sibuk nak balik kampung untuk berhari raya ni, satu je kena ingat  
[ KESELAMATAN DI JALAN RAYA ]
 
Dalam kegembiraan yang ada, jangan pula bertukar menjadi kedukaan kepada yang tersayang. Apa-apa pun keselamatan hendaklah didahulukan.

Sebaik-baiknya rancang dahulu perjalanan. Dijangkakan keadaan trafic akan sesak bermula semalam. Bagi laluan udara pula usah bimbang, kerana masih dalam kawalan yang baik secara sistematik. Nasihat ibu pastikan kawan-kawan dapat rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan. Berhentilah jika mengantuk ketika memandu.

Untuk mendapatkan tip yang lengkap dari ibu, sila buka Tip “ Percutian ceria bersama anak-anak ”. insyaallah tip yang ibu bagi berguna kepada kawan-kawan supaya semuannya dalam keadaan baik dan selamat.
 
“ Berhati-hati di jalan raya ”

“ Kepulangan anda untuk dirai, bukan untuk ditangisi ”
                                                                                         
“ Ingat orang tersayang ”

Selamat Hari Wanita


Wanita banyak pengertiannya

Wanita sebagai ibu
Wanita sebagai teman
Wanita sebagai isteri
Wanita sebagai SEGALA-GALANYA....

Ibu ingin megambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua wanita-wanita di Malaysia.

SELAMAT HARI WANITA

Ameerah Asha Azizan - Remaja Hilang

Kedatangan bulan Ramadan kali ini pastinya disambut dengan perasaan hiba oleh Azizan Hassan, 43, dan isterinya, Shahrizad Shafian, 40, apabila anak perempuan mereka, Ameerah Asha Azizan, 17 menghilangkan diri sejak 12 Ogos lalu.

Ameerah Asha Azizan

Ameerah Asha Azizan yang dikatakan tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan di Sekolah Menengah Puchong Utama 1 pada mulanya memberitahu bahawa dia akan pulang lewat sedikit sekitar pukul 4 petang kerana perlu menghadiri kelas tambahan.

Selepas itu pada pukul 5.30 petang, Ameerah menghubungi ibunya dan memberitahu bahawa dia akan lewat pulang ke rumah kerana ketika itu tidak ada bas dan hari hujan. Usaha mencari Ameerah dilakukan selepas kedua ibubapanya mulai berasa bimbang apabila sehingga pukul 6.30 petang Ameerah Asha masih tidak pulang ke rumah di Puchong.

Menurut Shahrizad, mereka telah keluar mencari Ameerah Asha di sekitar sekolah dan juga hentian bas namun tidak berjaya dan telefon bimbitnya gagal dihubungi sehingga kini. Tidak ada sesiapa nampak dan tahu di mana  Ameerah Asha berada termasuk guru dan rakannya,” katanya.


Shahrizad memberitahu, anak sulung daripada dua beradik itu merupakan seorang yang lemah lembut dan sangat menghormati ibu bapa. “Dia juga seorang yang sangat menepati waktu dan akan menghubungi saya sekiranya dia terlewat pulang,” katanya.

Ameerah Asha bakal menduduki ujian percubaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 5 September ini dan merayu orang ramai agar membantu mencari anaknya. Mereka yang mempunyai maklumat mengenai Ameerah Asha bolehlah menghubungi Azizan di talian 013-7743477 atau Shahrizad (012-6430432).

Special Post For A Special Day

Hari ini adalah hari yang paling istimewa dan paling gembira bagi ibu. Nak tahu hari ni hari apa? Cuba kawan-kawan teka?
Today is my 27th birthday. 

Full of excitement... why???
One – Today is my Birthday.
Diam tak diam, usia ibu dah meningkat. Jap je masa berlalu kan? Dah tua?
Oh… No... No… I’m still young!! Banyak lagi yang nak ibu terokai dan pelajari tak kira dari segi apapun. Tapi tulah kan, rasanya macam baru semalam umur 26 tup2 dah masuk 27th.  Sekarang semua benda dah jadi pantas. Punyalah pantas sekarang sampai cerita pun berkisahkan pantas macam cerita “NO ORDINARY FAMILY” and “SUPERMAK”. Nak tahu ibu cerita apa? Ni dia cerita ibu yang bertajuk “SUPERIBU” lah, apa lagi. 

Siapa nak register  jadi pelakon “SUPERIBU”? He...He... ?  
Two –  My Birthday in Ramadan.
First time My Birthday in Ramadan. Ibu amat bersyukur because this years ibu dapat sambut birthday in Ramadan. Bukan senang ibu nak dapat ni… Tahun lepas pun tak dapat sebab dua hari lepas birthday baru ramadhan. Tahun 2008 & 2009 lagi lah..
Hari lahir ibu pada bulan Syaaban. Tak pernah ibu rasa segembira ni bila time birthday tapi ni sungguh menyayat hati. Ibu dah nak menangis ni... cepat2 bagi tisu!! 

Three – I have my Love (my husband)
Sudah masuk 6tahun 6bulan 9hari kami mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah syukur padamu Ya Allah kerana masih memberkati hubungan kami sampai hari ini. Semoga hubungan kami ini akan terus diberkati hingga ke akhir hayat. AMIN…
Bagi wanita, hidupnya akan lengkap dengan adanya teman yang sentiasa Menyayangi, Memahami, Menghargai, Menyanjungi, dan yang paling penting sentiasa Membimbing ke jalan yang diredahai Allah. Begitu juga lelaki...
                                                                        'Thank You for My Love'

Four – I have 4 children.
Sungguh ibu tak menyangka dalam usia ibu yang masih muda ni, ibu dah mepunyai 4children.* Semua ini adalah anugerah yang tidak ternilai harganya. Anak-anak inilah yang akan sentiasa mengingatkan diri ibu siapa ibu sebenarnya. Ibu amat menyayangi kalian… ibu amat berpuasa hati dapat memiliki kalian… ‘Thank you Allah’

* Nak kena tambah cepat2 ni sebelum 40th datang. Next..Insyallah, tunggu Big 3tahun dulu.

Beatbox

Kagum ibu tengok macam mana orang ni boleh buat dua tiga bunyi ni dalam satu masa. Kalau macam ni lah, banyak jugak alat-alat muzik yang nak kena retire. Enjoy the show...


The Story Mory Of Kakak @ Ramadhan

Ibu started ajar anak-anak puasa... Rupanya banyak sungguh dugaan came out. Nak suruh abang and kakak puasa school day tak boleh because kat sekolah, cikgu diorang bagi makan. Ikutkan ibu, nak ajar sangat diorang puasa, tapi buat masa ni applied masa holiday je – Saturday & Sunday. Still nak kena ajar jugak supaya diorang terbiasa. Biar diorang biasakan diri dengan Ramadhan, what do’s and what don’t. Nanti bila besar takdelah ponteng puasa. Bak kata pepatah melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

Ibu pun bulan puasa ni, tak tahu nak masak apa. Bila petang je dah pening duk fikir nak masak apa hari ni? Yelah, nak kena masak yang sedap-sedap barulah ada ummpp untuk berbuka nanti kan...

Sebut pasal cooking mengooking sekarang kakak dah pandai masak sikit-sikit. Bolehlah tahan anak dara ibu sorang ni… dah boleh masak nasi, goreng sayur, goreng ayam, goreng roti celup tepung dan goreng cekodok. Tukang masuk bahan and kachaw. Sukatan ibu yang control. Raw material macam prepare for sayur, bawang tu kakak la yang buat. Yang lain belum ajar lagi… Tapi banyak jugak la "air tangan kakak" yang family ibu makan sekarang ni.

Apapun ibu gembira sangat dengan pencapaian yang ada sekarang. Bulan puasa tahun ni dah ada ‘my own personal assistant in the kitchen’. Kira ok lah, nanti besar senang ibu… tapi ada satu tau, pantang ibu pergi dapur je, dia follow and then ask ibu “ibu want cooking ke?” dia Tanya banyak kali pulak tu. Bila jawab, dia tak puas hati and then she keep on asking again and again. Oh dear… answering is tiring. Ibu Jr. Heh heh heh. Kadang2 malas jugak, ye lah dulu masak 1 jam, sekarang jadi 3 jam. Kalau masak pukul 1, jawabnya pukul 3 karang la baru boleh makan.

Cuma yang bestnya bab rasa merasa ni memang kakak pandai. Can really depend on her. Really trilly. Sepanjang bulan puasa ni, memang dia yang rasa, garam gula cukup ke tak. Yang bestnya, bila ibu rasa masa break-fasting, rasa yang dimodified oleh kakak tu memang ngam-ngam laaa.

“rasa sikit kak”
“tawar laa. Letak salt laa ibuuuu.”……
 “letak kicap adabi la ibuuuu, baru sedap skiiit”….
“ oooooo sedap sedap sedap”

…ni lah cerita yang buat ibu started yakin ngan dia (masa ibu rasa sendiri lepas berbuka)

Big ada jugak. Tukang buat-buat sebok. Nak berebut barang dengan orang yang dah memang sebok (iklan je)

Ibu juga dah start ajar anak2 ibu semayang. Sebelum ni pernah juga ajak semayang together-gether tapi ajak-ajak ayam je la. Sekarang ni feel like it’s very important sebab diorang dah besar. Ibu ajar slowly supaya diorang dapat terima dengan senang. Ajar ambil air semayang and then semayang, then mengaji sikit2. Bila ada free ibu story-mory gak pasal  kenapa kena semayang, kenapa kena posa, what do’s and what don’t….

Doakan ibu berjaya ye!

Kebenaran Al-Quran

Tafsir Al-Quran (Surah Al-An’am ayat 115)

>>> Tiada siapa mampu mengubah kandungan al-Quran <<<

Allah berfirman bermaksud, “Tiada siapa yang dapat mengubah sesuatu pun daripada kalimah-kalimahnya” (Surah al-An’am: 115)

    Ayat ini menegaskan tentang kesempurnaan kitab (al-Quran) yang tetap terpelihara selama-lamamya, tidak ada siapa pun yang akan dapat mengubah atau memindanya.

    Kitab-kitab Allah yang lain iaitu Taurat, Zabur, dan Injil berbeza dalam masalah ini, dimana kitab-kitab tersebut sudah banyak kali manusia mengubahnya terutama paderi-paderi atau rahib-rahib yang mempunyai kepentingan, mengubah kitab-kitab Allah tersebut termasuk memadamkan kenyataan bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah nabi akhir zaman serta tanda-tanda kenabiannya.

    Bagaimanapun manusia tidak berupaya mengubah ketulenan al-Quran buat selama-lamanya sehingga akhir zaman apabila Allah SWT menghilangkan al-Quran daripada dada-dada atau ingatan orang yang menghafaznya dan apabila Allah menghilangkan ayat-ayat al-Quran daripada mashafnya maka tidak ada lagi al-Quran beredar di kalangan manusia sekali gus tidak ada lagi manusia beriman ketika itu.

    Maka berlakulah kiamat yang dasyat dan menghuru-harakan kehidupan makhluk di dunia ini bahkan semuanya yang ada di hadapan mata kita hari ini atau yang ada di dunia ini akan hancur binasa.

    Dan tidak ada siapa pun berupaya mengubah kalimah-kalimahnya dan hukuman yang ditetapkan di dalamnya. Mengapa ada manusia yang boleh mengubah hukum Allah seperti menetapkan hukum zina dengan membayar denda tidak dengan sebat 100 rotan bagi yang belum berkahwin dan rejam sampai mati bagi yang telah berkahwin?

    Apa yang dikatakan hukum syariat atau hukum agama itu sebenarnya bukan hukum agama. Dia adalah hukum ciptaan manusia. Mereka tidak berupaya mengubah kebenaran dan keadilan hukum Allah buat selam-lamanya serta mereka tidak akan mampu mencipta ayat atau hukuman yang adil seperti hukuman Allah buat selama-lamanya di dunia ini apa lagi di akhirat.

    Ibnu Kathir di dalam kitab tafsirnya menyatakan bahawa setiap perkhabaran atau peristiwa yang di ceritakan di dalamnya (al-Quran) semuanya benar walaupun (cerita tentang semut), ia bukan rekaan tetapi ia adalah benar-benar berlaku tanpa ragu-ragu lagi.

    Setiap hukuman yang ditetapkan oleh Allah di dalam al-Quran adalah adil dan tidak ada hukuman yang lebih adil selain daripada hukum Allah. Justeru untuk menerima keadilan mestilah menerima dan melaksanakan hukum Allah. Jika tidak, keadilan itu tidak akan berjaya ditegakkan buat selama-lamanya.

    Ibnu Kathir menjelaskan lagi bahawa apa yang ditegah atau dilarang oleh Allah di dalam al-Quran ialah sesuatu yang berkait dengan perbuatan yang sesat dan lagi menyesatkan, maka setiap yang sesat merosakkan kehidupan manusia sebagaimana firman Allah di dalam ayat yang lain yang bermaksud, “Allah menyuruh mereka melakukan kebaikan dan mencegah mereka daripada melakukan kemungkaran.”
(Surah al-A’araf: 157).

    Justeru itu, jauhilah apa yang ditegah oleh Allah dan laksanakanlah suruhan Allah SWT. Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud: “dan Dialah Tuhan yang sentiasa mendengar dan lagi sentiasa mengetahui”. (Surah al-An’am: 115)

    Yakni Allah sahajalah yang Maha Mendengar segala perbualan dan suara yang dikeluarkan oleh makhluknya di mana sahaja mereka berada dan Dialah juga Yang Maha Mengetahui segala-galanya termasuk apa yang tersembunyi di dalam hati manusia.

    Oleh itu, tiada siapa pun yang boleh memisahkan dirinya dari pemerhatian Allah dalam segala tindak tanduknya dan segala perasaan tersembunyi di dalam hatinya. Dalam erti kata lain, manusia itu mesti taat kepada Allah dalam segala hal, bertindak sesuatu mestilah mengikut perintah Allah dan jangan sesekali melanggar perintahnya kerana Dialah Tuhan Yang Maha Mengetahui segala apa perlu manusia itu buat dan apa dan apa yang manusia itu perlu tinggalkan.

    Yang paling penting hidup kita hendaklah berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah sebagai pegangan hidup. Maka wajib ke atas setiap muslim itu mempelajari fardhu ain disusuli fardhu kifayah supaya keimanan kita kukuh. Maka akan lengkaplah hidup jika sekiranya kita telah berada pada jalannya yang benar-benar suci. Belejarlah mengenal Allah dengan lebih mendalam, insyaallah hidup kita ini berada dalam rahmatnya.

SEMOGA KAWAN-KAWAN MENDAPAT MANFAAT dan SEGALA AMAL DITERIMA OLEHNYA...AMIN.


p/s: Tazkirah di bulan puasa
There was an error in this gadget