Hawa Nafsu Dorong Penyakit Hati

Ketinggian dan kemuliaan seseorang manusia menurut islam bukan diukur berdasarkan kekayaan, pangkat, atau keturunan yang dimilikinya.

Sebaliknya, ia dilihat daripada sudut ketakwaan dan keimanan kita kepada Allah SWT di samping kesucian hatinya yang bebas dari sifat mazmumah(tercela).

Rasulullah SAW menjelaskan perkara ini ketika ditanya seorang sahabat kepada baginda bahawasanya: “Wahai Rasulullah, siapakah di kalangan manusia yang terbaik?
Lalu baginda menyatakan: “Orang mukmin yang bersih hatinya” Namun ditanya sekali lagi: “Apakah maksud orang yang bersih hatinya?”

Rasulullah SAW terus menyatakan: “Orang yang bertakwa serta bersih hati adalah mereka yang tidak menderhaka, tidak bersifat khianat, tiada dendam dan tiada hasad dengki dalam dirinya”. (Riwayat ibnu majjah)

Seseorang yang tipis dan tidak kuat imannya akan mudah dihinggapi penyakit hati, kerana penyakit ini muncul dari dorongan hawa nafsu yang jahat dan hasil godaan syaitan laknatullah yang sentiasa ingin menyesatkan manusia. (Itu janjinya)

Berdasarkan penjelasan di atas, bahawa sesungguhnya sifat-sifat yang tercela itu haruslah di jauhi oleh kita semua. Akan tetapi apa yang kita lihat dunia hari ini, sifat yang tecela ini amat berleluasa tak kira bangsa, lelaki atau wanita, muda atau tua, berlainan warna kulit mahupun berlainan agama.

Sifat-sifat ini boleh membawa kepada perlakuan tidak adil atau berlaku zalim terhadap sesama manusia. Jelas dalam sabda Rasulullah SAW bahawasanya: “Jauhkan diri kamu daripada hasad dengki, sesungguhnya hasad merosakkan amalan kebaikan sebagaimana api memakan kayu kering”.

Selain itu, dalam menghadapi kehidupan ini,umat islam hendaklah menjauhi sifat takbur dan sombong kerana ia sifat yang tercela dan dibenci Allah SWT. Seseorang yang memiliki sifat takbur dan sombong akan mebuat dirinya terlupa sebagai makhluk Allah yang tiada apa-apa.

Perlu kita sedari, jika kita mempunyai sesuatu kelebihan, ia sebenarnya adalah pinjaman dan semuanya datang daripada Allah SWT bagi tempoh sementara sahaja. Pada asalnya sifat sombong itu adalah sifat iblis yang dulunya diketahui tidak mahu sujud kepada Nabi Adam AS di dalam syurga sebagaimana diperintahkan oleh Allah.

Ini kerana iblis beranggapan dirinya lebih mulia dan hebat lantaran asal kewujudannya dari api, sementara Nabi Adam pula dari tanah. Jelas di sini, sifat-sifat tercela ini apabila wujud dalam masyarakat, ia bukan hanya akan membawa kerosakan, malah orang yang bersifat demikian turut menerima padahnya.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “...Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu bahaya kebinasaan dengan sifat bakhil, dan perbaikilah dengan sebaik-baiknya segala usaha dan perbuatan kamu, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha perbaiki amalannya”.

Oleh itu sama-samalah kita menyucikan hati kita dengan menghindari sifat tercela ini supaya kita mendapat rahmat daripda Allah SWT. Mrilah bersama-sama kita berusaha supaya kita sentiasa ingat kepada Allah SWT, kerana semua yang ada dan terjadi di muka bumi ini adalah hak miliknya semata-mata.          

0 Ulasan