Sempena Hari Bapa


Sempena Hari Bapa, ibu nak berkongsi cerita ngan kawan2 semua... Semoga ianya menjadi tauladan buat kita semua. Ceritanya macam ni...

            Waktu itu, jam menunjukkan tepat kul 9malam. Seorang doctor memeriksa pesakit dari tingkat 7 wad 712. Ada pesakit baru yang dimasukan akibat serangan jantung. Di kepala katil tertulis nama ‘Abdullah’.
           
Ketika doctor itu menghampirinya, pesakit itu teruja ingin mengetahui siapa yang datang akan tetapi sayu bila mendapati doctor yang menghampiri beliau. Abdullah mula bersuara, “Boleh doctor bagi saya pen dan kertas?”  Doctor itu terus memberikan pen dan kertas. “Boleh tak...,” Dia terdiam sambil menitiskan air mata. Lalu doctor itu memegang tangannya menunggu bicara seterusnya. Sambil menyekat air mata, Abdullah berkata “Boleh tak doktor tel anak saya dan beritahu saya sedang sakit tenat?” ujarnya dengan suara tersekat2. Doctor mengangguk tanda mengiyakannya. Sebaik sahaja doctor melangkah keluar, sekali lagi Abdullah bersuara “Boleh tak doctor tel anak saya sekarang? Seberapa segera yang boleh?”.
           
“Baiklah, saya akan menelefon anak encik dengan segera”. Kata doctor sambil berlalu pergi. Berdasarkan borang maklumat pesakit, doctor itu dapat menghubungi anak Abdullah “Assalamialaikum Adam, saya Dr.Faizal dari hospital. Ini berkaitan ayah encik. Dia dimasukkan ke hospital kerana mendapat serangan jantung  dan....”. “Hah? Tidak!!” jeritan Adam membuatkan doctor itu terkejut. “Abah tidak penatkan?” “Doctor, please, jangan biarkan dia pergi dulu,” Suara Adam kedengaran sungguh sedih. “Insyaallah, dia berada dalam keadaan baik”. Kata doctor untuk menenangkan Adam. “Doctor tidak faham, Abah dan Saya sudah lama tak bercakap. Pada hari ulang tahun saya yang ke21, kami telah bergaduh mengenai teman wanita saya, saya terus meningalkan rumah. Saya kesal kerana menurut kata hati. Hati saya nak sangat jumpa n cium2 tapak kakinya memohon ampun di atas dosa saya terhadapnya kerana kalimat terakhir yang saya katakn padanya adalah “Saya bencikan Abah!” Doctor turut sedih mendengar Adam bercerita. Masing2 sangat kehilangan sehingga membuat doctor itu menggelamung memikirkan ayahnya yang jauh.
           
Tiba2, “Kod 99, bilik 712. kod 99!” Pemberitahuan itu bergema menerusi alat pembesar suara hospital . Abdullah! Doctor Faizal terus meluru kebiliknya. Periksa denyut nadi, tidak ada. Abdullah dapat serangan jantung buat kali kedua! Kejutan eletrik diberikan ke atas dada Abdullah berulang kali, juga tiada hasilnya. Abdullah sudah tiada lagi... Beberapa orang nurse menanggalkan exigent dan alat2 lain. Kemudian satu persatu nurse keluar dari ruangan bilik Abdullah. Yang tinggal hanyalah dortor itu sambil bergumam, “Bagaimana aku hendak berdepan dengan anaknya nanti?”.

Sebaik sahaja doctor keluar, doktor melihat ada seorang anak muda yang bertanya sesuatu pada jururawat lantas memintanya bersabar. Sejurus kemudian dia menekup mukanya yang penuh dengan seribu penyesalan. Dia menangis. Doctor pasti itu Adam. Lalu doctor menghampirinya. Adam memandang tanda nama doktor. “Maafkan saya Adam.” Setelah lama membisu, Adam bersuara “Saya tidak pernah membencinya doctor, bahkan saya amat menyayanginya”.

Perlahan2 kami menuju ke bilik712. Adam merangkul kaki Si Ayah sambil mulut tidak berhenti2 meminta maaf. Doctor tidak sanggup melihat lagi adegan sedih itu, sedih ditinggalkan seseorang yang sudah lama tidak bertemu. Belum sempat doctor berpaling, tiba2 doctor tersentuh secarik kertas di atas meja sebelah arwah dan baru dia teringat kertas yang diminta arwah sebelum meninggal. Ia tidak lagi kosong malah ada coretan yang tertulis “Adam, anak Abah yang tersayang. Abah dah memaafkanmu nak. Abah berdoa agar engkau juga memaafkan abah. Abah tahu kau menyayangi abah, bukan? Sesungguhnya abah juga menyayangimu anakku sayang. Dari - Abahmu -”.

Doctor itu terus menghulurkan kertas itu kepada Adam. Adam membacanya sekali, kemudian dua kali, wajahnya perlahan2 bersinar, kedamaian mulai terpancar dari matanya. Kemudian Adam terus memeluk kertas itu dan diciumnya bertalu-talu.

Di luar jendela, beberapa bintang di lihat bersinar di kegelapan malam. Doctor itu terus meninggalkan Adam menuju kebiliknya kerana tidak tahan melihat adam kesedihan. Lalu doctor itu terus mencapai telefon, ingin menelefon ayahnya dan mengatakan kepadanya bahawa dia amat menyayangi ayahnya dan amat menghargai jasa2 membesarkannya selama ini. “Saya  sayangkan Ayah”.

0 Ulasan