Restoran Gelap Gelita

Sanggup anda makan dalam gelap? Sebuah restoran di paris yang di beri nama Dans Le Noir menyediakan makan malam dalam kegelapan tanpa dapay melihat apa pun. Bukan kerana tiada bekalan elektrik, tapi konsep itu sengaja di lakukan bagi memberi satu pengalaman baru buat para pengunjungnya.

            Kenapa restoran itu dibiarkan gelap gelita tanpa diterangi satu pun cahaya lampu? Pemiliknya seorang lelaki Perancis berusia 43tahun, Edouard de Broglie memberitahu, idea unik itu diambil dari konsep asal yang dibuat oleh Jorge Spielmann, seorang lelaki buta dari Zurich, Switzerland. Kerana itu, para pengunjung restoran tersebut bukan sahaja menikmati makan malam, tetapi juga di beri peluang merasai sendiri pengalaman orang buta yang tidak dapat melihat dunia terang.
           
Begitu pun, keselamatan pengunjung sentiasa di utamakan. Sebelum melangkah masuk ke dalam restoran, para pelayan akan memimpin dan memandu arah para pengunjung untuk duduk di kerusi kosong, menuang minuman dan kemudiannya memberitahu di mana letaknya pinggan dan gelas serta piring. Malah para pelayan berkenaan turut membantu mereka yang ingin ke tandas atau ingin mencuci tangan.
           
Peliknya, kebanyakan pengunjung yang baru selesai makan di restoran tersebut tidak tahu apa sebenarnya yang mereka makan. Semuanya gara-gara kerana tidak dapat melihat ekoran keadaan yang sangat gelap. Hasilnya, pengalaman menarik itu membuatkan para pengunjung restoran tersebut bersyukur kerana masih dikurniakan panca indera yang sempurna.    

So, bagi ibu pengajarannya amat bermakna. Kita seharusnya bersyukur kerana masih dapat melihat. Gunakanlah panca indera kita yang masih sempurna ini dengan sebaik mungkin. Gunakan ia untuk perkara-perkara yang berfaedah..  

0 Ulasan