Ragam Ayah


Berita gembira 1st pregnancy ibu turut dikongsi bersama teman2 yang rapat dengan kami. Alhamdulillah.. Ibu sihat sepanjang kehamilan ni, tiada muntah2, tiada pening2, tiada meragam apa2, boleh kata semua ok. Cuma yang tak oknya, ayah sebab first son dia yang mengidam lebih2. Ibu tak pulak. Ada malam tu sekali, ayah mengidam nak makan ketam, masa tu dah kul 10malam. Pasaraya nak tutup dah. Tapi tak tahan, keluar jugak pergi cari ketam. Nasib menyebelahi kami, pasaraya TSB berhampiran tak tutup lagi.

Alhamdulillh... ada pun ketam, tapi tak freesh lah sebab yang pagi tadi. Ah, lantaklah.. yang penting beli n ada. Nak tahu harga berapa? Mahalnya kamain, 3ekor saiz kecil je RM7.00. But  is time, tak kira berapa ekor, berapa ringgit, yang penting boleh makan.

Sesampai je kat rumah, terus ayah suruh ibu rebus cepat2. Tunggu punya tunggu ayah tak tahan, ayah suruh ibu angkat, tuk2 buka tengok tak masak lagi. So, rebus balik. Ibu kata kat ayah “ sabar lah ayah! Tunggu lah masak dulu!!” ayah jawab “Yelah, rebus sampai masak!”. Bila masak je, terus ayah kopek2 tubuh ketam tu dengan gelojohnya. Fuyoo... Tak kira hot dah.. Kesian pulak ibu tengok. Sampai licin ayah makan...

Masa mengandungkan Abang, ibu kerja lagi, balik dari kerja je mesti ibu beli Air Soya bawah jambatan on the way balik. Air Soya amat bagus untuk bayi kerana mengandungi protein. Ada orang kata, kalau nak anak jadi cerdik, putih serta cantik, minum air soya. Ni orang kata... Yang pastinya bagus untuk ibu2 mengandung.

Macam orang lain jugak, ibu lalui hari2 yang penuh bermakna ini dengan sepenuh hati n tabah dalam apa jua keadaan. Bila dah berbadan dua, keyakinan n keberanian tu datang dengan sendirinya tau. Masa tu ibu cukup bersemangat untuk melakukan apa jua kerja dalam mengejar erti hidup yang sebenar. ‘Anak’ adalah pembakar semangat semua ibu2. Betul tak kawan2?  

Sebenarnya sempena hari bapa ni, ibu nak  ucapkan selamat hari bapa kepada semua bapa2 di dunia ini. Pengorbanan seorang bapa sejati tak terbeli dengan segala apa yang ada di muka bumi ini.

Selamat Hari Bapa

0 Ulasan