Pesan Si Tua

Last week, ibu ada pinjam Majalah Mustika dengan kawan ayah, but tak sempat nak baca lagi, so... Semalam, lepas je Big Al tidur, ibu adalah baca sikit. Jom ibu kongsi sikit artikel yang ibu suka ni.. ibu pendekkan cerita ye..

Ada seorang tua sakit tenat n diberitahu oleh doktor yang beliau sudah kesuntukan masa. So, dia panggil isteri n 2 orang anak lelakinya. Lantas dia berpesan supaya menjaga perniagaannya bila dia sudah tiada kelak. Dia berpesan “Anak2 ayah.. bila ayah tiada nanti, kamu amalkan 2 pesanan ayah ni.. Pertama - Jangan menagih hutang dengan orang yang berhutang. Kedua-Jangan benarkan dirimu terkena matahari bila pergi dan balik dari kedai”.

Lepas je lelaki tua tu meninggal, perniagaan diambil alih oleh anak2. Yang anehnya setahun kemudian Si abang berjaya n sebaliknya Si adik jatuh merundum. Suatu petang, si ibu berjumpa dengan anak2nya n bertanya tentang perniagaan mereka. Maka, Si adik terus mengeluh dan Si abang tersenyum. Si ibu pun bertanya pada Si adik,“kamu tak ikut apa yang ayah pesan?” Si adik menjawab “Ikut mak, saya tak menagih hutang, tapi mereka tak bayar. Saya juga terpaksa bayar tambang beca supaya tak kena hujan”. Kata Si adik dalam sebak n kecewa.

Lalu Si ibu bertanya pada Si abang “Kamu pula?” Si abang jawab “Ayah kata jangan minta hutang, jadi saya berniaga secara TUNAI. Hasilnya semua berjalan lancar. Saya pergi kerja sebelum MATAHRI TERBIT, dan balik setelah MATAHARI TERBENAM supaya tidak terkena cahaya matahari. Sekarang perniagan saya maju. Pelanggan bertambah sebab kedai saya paling awal buka dan ditutup paling lewat. Ayah memang bijak!” Kata Si abang tanda berterima kasih atas pesanan ayahnya.

Kawan2 sekelian, orang tua adalah yang tinggi akalnya. Mereka sering menguji kita. Tetapi orang muda sering melihat pada satu lapis permukaan sahaja. Orang muda yang berjaya adalah mereka yang bijak membaca ketinggian akal mereka, juga sentiasa mendengar nasihat orang tua.

0 Ulasan