OPRAH WINFREY

Salah satu rancangan tv yang ibu paling suka adalah Oprah. Oprah adalah rancangan yang diminati ramai kerana topik-topiknya yang begitu menarik hati penonton ditambah dengan Oprah sendiri yang sangat HEBAT.

Oprah sentiasa menyediakan topik-topik yang sungguh menarik. Last week bab Coklat Godiva yang telah menawarkan diri untuk menghias studio rancangan Oprah.

Coklat Godiva telah menghias studio rancangan Oprah dengan jayanya. Mereka telah menghias dengan begitu cantik sekali. Everything di perbuat daripada Coklat Godiva.

Mereka telah menyiapkan everything dalam tempoh 1400 jam dan telah menggunakan anggaran sebanyak 15 juta Coklat Godiva.

Hiasan yang paling sukar di lakukan adalah membuat candlelight dengan menggunakan Coklat Godiva 100%.

Diantara lainnya adalah bingkai gambar Oprah, cabinet, rak buku berserta buku, pasu bunga dengan sejambak bunga (menggunakan coklat putih), meja, kerusi, unggun api, dam, dinding, foto dinding (besar), dan juga corak-corak dinding. Semuanya tak nampak seperti di perbuat dari coklat (dari jauh). Memang betul-betul menyerlah. Padahal semuanya dari coklat. 

Semua di atas di perbuat daripada Coklat Godiva 100%. Percaya tak? Kena percayalah... memang benar!! Amazing kan? Menarik tak? Apa yang tak menariknya, kalau you all tengok mesti telan air liur punyalah… Tengok coklat yang sedap-sedap tu bukan boleh tahan kan? Oprah dengan penonton pun tak sabar-sabar nak menikmatinya. Di akhir rancangan, penonton dijemput makan semua coklat dia atas pentas. Huhu... bestnya..

I like Chocolate… I like Chocolate…!!!
 
Satu lagi topic yang menarik adalah perbincangan tentang ‘GIANT GEORGE’

Giant George adalah seekor anjing yang terbesar dan tertinggi di dunia yang pernah di lihat. Giant George telah memecah ‘Rekod Dunia’ baru-baru ini.

Giant George adalah anjing jinak yang baik, tidak nakal dan comel. Ayahnya (tuannya) cukup sayang padanya. Kegemarannya adalah menaiki kereta golf.
   
Ketinggiannya di paras pinggang tuannya. Ibu tak pasti berapa kaki, yang pasti bila tuannya duduk atas kerusi, dia juga duduk di atas kerusi, lebih besar dia dari tuannya. Gayanya begitu pandai dan cantik bila dia duduk di atas kerusi seperti manusia.

Pada asalnya, tuannya tidak tahu akan keistimewaan anjing beliau. First beliau dan isterinya mengetahui hal ini, apabila kandang yang di bina untuk George tiba-tiba sempit untuk di tinggal. Dari situlah tuannya mengetahui ia dari baka yang besar.
After that, tuannya memberi tempat tinggal yang baru iaitu satu ruang bilik yang cantik berserta dengan tilam untuknya.

Cuma apa yang malangnya, jangka hayatnya tidak panjang. Kemungkinan besar hidupnya hanya bertahan selama 7-8 tahun sahaja. Ini risiko bagi anjing-anjing yang berasal dari baka besar.

Bila kita fikirkan balik, ini juga salah satu ciptaan tuhan yang tidak ternilai harganya. Semua yang ada di muka bumi ini adalah hak mutlak miliknya begitu juga dengan kita. So, tak hairanlah apa yang kita fikir mustahil, baginya tidak mustahil.
   

0 Ulasan