Onak Duri Dalam Rumah Tangga


First melangkah ke alam perkahwinan mestilah tak biasa lagi kan.. macam2 dalam kepala... aku kena buat apa hah? Macam mana nak mula? Nak masak apa? Masa tu masak pun tak pandai sangat.. buat puding n kuih sikit2 tahulah, tapi lauk tak pandai.. Nasib baik ibu ayah yang ajar semuanye. Boleh kata dalam seminggu dua lepas kahwin tu still rasa berdebar.. yelah, kita tak pandai lagi selok belok berumah tangga kan? Kawan2 pun mesti macam tu jugak kan? Lama2 ok lah.. orang kata bila kita dah serasi dengan suasana n persekitaran kita, insyaallah segala berjalan dengan baik.

Ketika inilah saat2 manis banyak berlaku. Biasalah mula2 kahwin lah katakan... J
Semua orang pun akan merasai semua ni.. Apabila dah berkahwin semestinya setiap pasangan mahukan cahaya mata. Begitu juga dengan ibu.. alhamdulillah, penantian kami tak sia2. Selepas  beberapa bulan kami diijabkabulakan, ibu telah disahkan hamil First Son. Gembiranya hati tak terkata... ibu memang ingat ibu tak dapat memberikan zuriat pada ayah sebab mengikut kata Doctor ibu kemungkinan tak dapat hamil. Sebenarnya sebelum kahwin ibu banyak penyakit, Magrainlah, Buasir (dah teruk), Sakit2 Sendi lah (masa tu gemuk : 89kg), Darah Tinggi lah ( last belum kahwin 150/80 ) sebelum tu tinggi lagi lah.. dan yang paling teruk sekali datang bulan tak teratur ( setahun 2x). Tu yang doctor cakap tak ada harapan nak dapat anak tu...

Masa tu ayah bagi ibu makan Nutrilite selama 2bulan ikut program ayah sendiri. Ayah memang pakar bab-bab perempuan ni. Ayah paksa ibu makan Vitamin, minum air buah2 yang di kisar dengan vitamin n tak minum air manis 2bulan. Untuk memperbaiki kitaran datang bulan ibu, ayah bagi makan EPO supaya darah berkitar dengan baik.. Alhamdulillah.. ALLAH punya kuasa. Selepas melelepasi tempoh 2bulan, semua penyakit ibu dah tiada lagi. Setiap kali check-up pregnankan abang darah tinggi ibu dah tiada n sampai sekarang maintain. Itulah yang dapat mengandungkan abang dan yang lain2. tanpa sebarang masalah tu. Syukur, rezeki tuhan bagi. Tuah anak tu...
 
Semuanya berjalan dengan lancar... Tetapi hidup ini tidak lengkap tanpa ujian dari yang maha esa.. Hidup berkeluarga kekadang mesti ada bit of problem. Sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri. Cuma kita harus pandai mengatasinya.... PARA IBU PASTI BOLEH !!! Semangat gitu... Don’t give-up!!!

0 Ulasan